05
"Dami! Dahyeon menangis tu! Kau pergilah tengok budak tu."
Dahyeon, hasil Jiu dan Bero. Aku sendiri tak percaya tapi aku dan Jiu masih lagi serumah. Sememangnya bukan seperti suami isteri. Lebih kepada, housemate?
"Ya eomma."
Dami melangkah longlai ke arah Dahyeon yang memegang kepalanya. Apa masalah budak ni? Jalan tak tahu tengok depan sampai nak langgar dinding?
"Kau jangan susahkan aku boleh tak Dahyeon? Aku penat. Nak jaga kau lagi, nak urus diri aku lagi. Aku tak larat Dahyeon."
Dami mengusap kepala Dahyeon. Dia marah, tapi dia tetap sayang Dahyeon. Tak macam eomma. Dahyeon sudah mencapai umur 8 tahun. Tapi sayang, Dahyeon autisme.
Dami, dia dah besar. Dah 12 tahun.
"Dahyeon, dalam rumah ni, aku eomma kau, aku appa kau. Jadi kau tolonglah dengar cakap aku. Bila aku dah ada kerja, aku tak nak duduk dalam rumah ni.
Aku tak nak kau membesar macam mana aku membesar. Rumah ni kosong Dahyeon. Aku tak diberikan kasih sayang. Orang tak kisah pasal aku. Aku sayang kau. Jadi kau jangan sia-siakan kasih sayang aku. Cuma ni yang aku mampu."
Dami membelai rambut Dahyeon. Dahyeon elok sahaja mengendeng pada badan Dami.
"Dami tahu appa dengar. Appa pun senang bila Dami dengan Dahyeon keluar daripada rumah ni. Appa jangan ambil hati. Dami tahu Dami bukan anak appa. Dami tahu, Dami dengan Dahyeon benih orang lain.
Dami tahu eomma banyak lelaki. Dami tahu appa kahwin dengan eomma sebab terpaksa. Dami tahu semua tu. Dami tak kisah. Dami faham. Dami dah terbiasa. "
Seungcheol sentap.
Seungcheol baru sedar. Bertapa Dami terluka jauh lebih teruk daripada dia. Sampaikan dengan tenang Dami berkata dia faham, dia tak kisah, dia terbiasa.
Bertapa terlukanya Choi Dami.
--
[Author]
Who love Dami?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro