BAB 28
Kelas tamat awal daripada kebiasaannya...Fahim yang keluar awal dikejar oleh Mia...
Mia yang baru sahaja berdiri tepat di hadapan Fahim,menarik nafas berkali-kali...Penat dirinya kerana mengejar Fahim...
"Kau kenapa?"Soal Fahim bingung...
Mia mendongakkan kepalanya bagi memandang Fahim...Mia mengukirkan senyuman...
"Kita pergi minum...Dah lama tak lepak sama-sama...Kita ajak Dhia dengan Nuha sekali..."Arah Mia yang cuba berlembut...Fahim mengeluh...
"Kenapa?"Mia kembali menyoal...Kepalanya disengetkan tanda hairan...
"Kau tak rasa yang kau perlu jauhkan diri kau dari aku?Kau tu isteri orang...Aku tak nak timbul masalah baru ja..."Jelas Fahim panjang lebar...
"Dia bahagia dengan isteri pertama dia,Fahim..."Rungut Mia dengan perlahan...
Fahim menatap wajah Mia dengan agak lama...Fahim mengeluh...
"Kau pergilah ajak diorang...Janji,kau ada teman...Aku okay ja..."Ucap Fahim dengan selambanya...
"Okay..."Ujar Mia dengan teruja...
Mia berlari anak bagi mendapatkan Dhia dan Nuha...Merata tempat Mia pergi bagi mencari Dhia dan Nuha...
.
.
.
.
Mereka berempat makan tengahari bersama-sama...Setelah sekian lama,gelak ketawa keluar dari mulut Mia...Kegembiraan itu datang bila dia bersama dengan Dhia,Nuha dan terutama sekali Fahim...
Setelah itu,Fahim menghantar Mia pulang ke rumah...Di dalam perjalanan,mereka berdua banyak mendiamkan diri...Suasana tersebut terasa kekok bagi mereka berdua...
"Nanti cuti semester,kau nak pergi mana?"Mia membuka topik perbualan...
"Aku nak balik rumah mak aku...Lama aku tak jumpa diorang..."Balas Fahim sambil matanya fokus di jalan...
Mia mengangguk...Akhirnya,mereka sampai di depan rumah...Mia masuk ke dalam rumah setelah mengucapkan terima kasih kepada Fahim...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro