BAB 14
Mia,Dhia dan Nuha memerhati dari luar rumah...Mereka hanya memerhati dari jauh...
"Kenapa kau nak syak laki kau tu ada perempuan lain?Kau tak percayakan dia?"Soal Dhia yang ingin tahu...Mia hanya mendiamkan diri...
Mereka bertiga melihat sebuah kereta yang bergerak keluar dari rumah yang diperhatikan oleh mereka...
"Cepat masuk dalam kereta...Nanti terlepas..."Arah Mia dengan agak tegas...Kata-katanya hanya diikuti oleh Dhia dan Nuha...
Mereka bertiga masuk ke dalam kereta...Mia menghidupkan enjin kereta dan bergerak mengikuti kereta tersebut...
Apabila kereta itu belok ke kanan,mereka juga turut belok ke kanan...Mengikuti setiap gerakan kereta itu...
Sehingga akhirnya,mereka berhenti di pantai...Mereka memarkirkan kereta agak jauh dari kereta tersebut...
Alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila melihat Irfan bersama wanita lain di dalam kereta itu...Mengejutkan lagi apabila Irfan tidak menghalang wanita itu daripada memegang tangannya...
Apa semua ni Irfan?Apa yang awak sembunyikan daripada saya?Jangan uji saya macam ni Irfan...Saya tak sanggup nak hadapinya...
.
.
.
.
.
"Awak tak nak makan dulu?"Sempat Mia menyoal kepada Irfan yang terlihat agak kelam-kabut itu...
Irfan menghentikan langkahnya apabila mendengar suara Mia...Irfan mengalihkan pandangannya bagi melihat wajah isterinya itu...
"Saya ada kerja sikit...Sayang makan dulu..."Balas Irfan tergesa-gesa...
Irfan terus melangkah pergi meninggalkan Mia yang terpinga-pinga...
Lamunan Mia terhenti apabila mendengar suara Nuha memanggilnya...Hilang wajah Irfan di dalam ingatan...
"Kau okay?"Risau Nuha dibuatnya...Mia banyak mendiamkan diri sejak keadaan tengahari tadi...
"Aku nak balik..."Ucapan Mia itu seolah-olah arahan buat Nuha dan Dhia dan mereka tahu bahawa mereka perlu mematuhinya...Nuha dan Dhia mengangguk...
"Ok..."Nuha dan Dhia membalas dengan serentak...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro