BAB 05
Setibanya mereka bertiga di negara matahari terbit itu,mereka terus 'check-in' hotel yang berdekatan...
Irfan merebahkan badan ke birai katil sebaik sahaja mereka tiba di bilik mereka...
"Penat ya?Papa minta maaf,tau..."Ucap Tuan Edra sebaik sahaja meletakkan bagasi di tepi pintu...
"Sikit je ni,papa..."
Tuan Edra tersenyum mendengar balasan daripada Irfan...Irfan bangun dari baringnya...Dia melunjurkan kaki di atas katil...
"Berapa lama kita dekat sini,papa?"Soal Irfan yang ingin tahu...
"Dalam 10 tahun?"Balas Puan Niza yang baru keluar dari bilik air...
"Lamanya,ibu!!!"Nada Irfan hampir naik seoktaf akibat terkejut...
"Tak apa...Papa dah uruskan semuanya..."Ujar Tuan Edra selamba...
.
.
.
.
.
10 tahun kemudian...
Mia mendapat tawaran untuk sambung belajar di universiti...Mia mengambil jurusan perniagaan...
Mia menunggu papanya seperti biasa...Setelah beberapa minit,kereta alphard berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan Mia...
"Siapa pulak ni?"Omel Mia sendiri...
Dia melihat ke sekeliling...Tiada sesiapa...Hanya dia sahaja yang tinggal di situ...
Cermin tingkap diturunkan oleh sang pemilik kereta...Pemilik kereta itu memandang ke arah Mia sambil tersenyum lebar...
"Miss me,bunga?"Soal jejaka tersebut sambil melepaskan cermin mata hitamnya itu...
Mia melihat sekeliling buat kali kedua...Masih tiada siapa-siapa...
"Saya tengah bercakap dengan awak,Cik Mia Nurissa binti Daniel..."Sambung jejaka itu lagi...
Mia mengerutkan dahinya...Dia mengelamun seketika sebelum dia tersedar daripada lamunannya...
"Irfan Dafri bin Edra?!!"Jerit Mia dengan lantang...Irfan mengangguk...
"I miss you...Do you miss me?"
"No!!"
Irfan keluar dari keretanya dan menghampiri Mia...
"Liar!!"Balas Irfan selamba...
"Aku tak rindukan kau...Aku cuma teringatkan kau..."
"Samalah tu..."Sakat Irfan...
"Mana ada!!"Nafi Mia pula bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya...
"Aku hantar kau balik...Boleh kita sembang-sembang..."Arah Irfan sedikit tegas...
"Ok..."
Mia pulang ke rumah dengan dihantar oleh Irfan...Mereka berbual semasa di dalam perjalanan...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro