Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 04

Sudah 3 bulan berlalu...Puan Niza sudah membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara...Hal ini kerana,suaminya mempunyai kerja di luar negara...

Pada mulanya,Irfan menolak...Dia tidak mahu pergi...Dia tidak mahu berjauhan dengan Mia tapi apakan daya...

Keputusan telah dibuat...Ibunya juga telah mengemas barang mereka...Irfan sudah tidak boleh menolak...

Esok,mereka akan ke luar negara bagi menemani suami serta ayah yang tercinta...

Syarikat ayah Irfan kian maju dan berkembang jadi dia mendapat peluang untuk melakukan sebuah projek di sana...
.
.
.
.
.
Irfan datang berjumpa dengan Mia di taman berdekatan dengan rumah Mia...Mia sedang fokus melihat pemandangan di depan mata tanpa menyangka akan kehadiran Irfan di situ...

"Cantik kan pemandangan ni?"Soal Irfan seraya mengambil tempat duduk di sebelah Mia...

"Macam kau..."Sambung Irfan lagi antara dengar tak dengar...

"Hah?!!"Jerit Mia tidak berapa dengar...

"Tak ada apa-apa..."

"Betul ni?"Soal Mia sambil menunjuk ke arah Irfan sambil tersenyum nakal...

"Kau tak sedih?"Soal Irfan pula...

"Tak..."Selamba sahaja Mia membalas...

"Kita akan jumpa lagi nanti...Kau jangan lupa aku,tau..."

"Aku nak kau tahu yang aku dah lama sukakan kau...Kau tunggu aku,tau..."Sambung Irfan lagi...

Mia terdiam...Wajah Irfan ditenung lama oleh Mia...Mia menelan air liur perit...

"Lepastu,aku nak kita nikah..."Tutur Irfan dengan lembut...

"Wait for me,bunga..."Tidak habis-habis Irfan memperingatkan Mia...

Irfan bangun dari duduknya...Ditenung wajah Mia dengan agak lama...Selepas ini,dia akan merindui wajah ini dan pemilik kepada wajah ini...
.
.
.
.
.
Tuan Daniel sekeluarga menghantar keluarga Puan Niza ke lapangan terbang...Mereka bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir...

Air mata menitis dari benak mata Puan Niza...Dia akan merindui keluarga ini...Dia akan merindui gelak tawa Mia...

"Mia jaga diri elok-elok...Take care,sayang..."Pesan Puan Niza berbaur sebak dan sayu...

"Mia akan ingat pesanan Mak Su..."Balas Mia lalu mengujir senyuman selebar mungkin...

Akhirnya,tiga beranak itu mengorak langkah meninggalkan Tuan Daniel dan Mia...

Kapal terbang mereka berlepas meninggalkan Malaysia buat jangka masa yang agak lama...

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro