BAB 01
Tubuh langsing Mia dirangkul erat oleh ayahnya,Tuan Daniel...Selepas kejadian hampir dilanggar pada pagi tadi,ayahnya itu tidak pernah meninggalkannya sendirian...
Sampai nak naik berang pun ada Mia bila ayah dia selalu ikut dia ke mana sahaja...
"Papa,boleh tak berhenti ikut Mia...Mia tahu jaga diri..."Omel Mia lalu mencebik mulutnya seperti mulut itik...
Tuan Daniel yang mengikuti Mia dari belakang turut menghentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar suara anak gadisnya itu...
Ayah mana yang tak risau jika anaknya yang berumur 9 tahun hampir sahaja dilanggar di hadapan matanya sendiri?
"Papa nak temankan Mia..."Balas Tuan Daniel bersahaja...Bersungguh-sungguh juga dia membalas...
"Lepastu,siapa nak jaga mama?"Bidas Mia sedikit jujur...Masing-masing terdiam...
Masing-masing memandang wajah satu sama lain...Tidak semena-mena,wajah mama yang pucat menjergah fikiran Mia...
Mama disahkan menghidap kanser otak setahun yang lalu...Keadaan mama semakin teruk dan amat merisaukan Mia dan Tuan Daniel...
"Hidup mati ni urusan tuhan..."Itulah jawapan mama bila kami berbincang tentang rawatan...
Mia setuju yang hidup mati ni urusan tuhan tapi tak salahkan kalau kita mencuba?
Lamunanku terhenti tatkala mendengar suara dari arah bilik mama...
Hoffff,hoffff(suara batuk geng)...
"Papa pergi tengok mama...Mia jangan main dekat jalan tau,sayang..."Pesan papa berbaur kerisauan...
Papa menuju ke bilik mama untuk melihat keadaan mama...Manakala,aku bertambah risau melihat suara batuk mama yang semakin menjadi-jadi...
.
.
.
.
Al-Quran yang baru sahaja dibaca oleh Irfan terus disimpan di rak buku...Songkok juga disimpan di atas birai katil di biliknya...
Irfan menuju ke dapur untuk melihat keberadaan ibunya yang disayangi...Aroma masakan semakin terhidu oleh deria bau Irfan apabila dia semakin mendekati kawasan dapur...
Setelah itu,figura ibu yang sedang memasak di dapur ditangkap oleh bebola mata Irfan...
"Ibu masak apa tu?"Soal Irfan sebaik sahaja tiba di situ...Dia juga turut mengambil tempat di sebelah ibunya...
Ibunya mengalihkan pandangan ke arah Irfan...Senyum dihadiahkan seikhlas mungkin...
"Dah selesai mengaji?"Ibunya bermain soalan...
'Soalan kita masih tak berjawab...'Omel Irfan di dalam hati...
"Sudah..."Balas Irfan sepatah...
"Pergi duduk dulu...Ibu nak masak...Dah siap,kita makan sama-sama..."Arah ibunya...Irfan mengangguk...
Terus,dia mengambil tempat di sofa yang terdapat di ruang tamu sambil menunggu ibunya selesai memasak...Setelah selesai,mereka sekeluarga menjamu selera bersama-sama...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro