Violet:4/4
Violet • bts
------
final chapter
"Violet, angkat wajah dan tataplah mata aku. I'm your King but you must remember, always be my Queen in this world...forever."
let the final chapter begin.
Violet • 99 % [√]
-Π-
Tak salah kan hangatkan permulaan bab dengan gambar abang seokjin world-wide kacak?
Vote dan komen sangat dinantikan. Happy weekend!
----
"T-tidak. Jangan tikam saya, Taehyung-sshi!"jeritku dalam nada lantang.
Udara disedut rakus. Aku meraup permukaan wajahku yang dihujani titis-titis peluh dingin.
Bau haruman bunga Lavender mengusik deria bauku. Serentak dengan itu, kelopak mataku tercelik secara refleks.
"Oh my gosh, where am i? "aku suarakan perlahan kata-kata tersebut. Apabila selimut ditarik, aku pula menjadi kelu.
Tubuhku yang bersarung gaun mewah dan berkilauan itu ditenung berulang kali. Automatik jemariku menyentuh atas kepalaku yang dipakaikan sebuah tiara bertatahkan berlian.
Gila. Bangun dari mimpi ngeri bukan bermakna aku terlepas bebas. Usai menilik keadaan diriku yang begitu aneh, aku berlari laju ke arah pintu bilik.
Tombol pintu dipulas mengikut pusingan arah jam. Namun, perlakuanku tetap tidak berhasil.
Diorang kunci aku dalam bilik besar ni. Sudah tentu ada agenda tersembunyi. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.
Diri sendiri yang asyik menggelabah sejak aku bangun tidur sebentar tadi semakin beransur tenang.
Kalau gugup je kerja aku, apa-apapun tak boleh nak selesaikan.
"H-hey, saya nak keluar. Ada siapa-siapa tak dekat luar?"soalan bodoh itu aku lontarkan walaupun aku yakin peluang hendak melarikan diri senipis kulit bawang.
Bunyi kunci dimasukkan ke dalam lubang mengejutkan aku. Tubuhku berundur ke belakang.
Daun pintu yang dikuak dari arah luar terbuka perlahan. Susuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki berpakaian sut hitam dengan lencana rasmi sebuah kerajaan asing muncul di hadapanku.
"Our beloved Queen, Violet. Baginda tuanku sedang menunggu di singgahsana. We shall go now."ucapnya senada.
Tubuhnya yang ditunduk sebentar tadi diangkat semula. Tatapan mata kami bertemu. Sukar aku usir rasa terkejut dan berdebar tika belakang telapak tanganku dikucup bibir merah tebalnya itu.
"A-awak bukan King saya?"
Seokjin menggelengkan kepala. Usai membetulkan kedudukan tiaraku yang sedikit menyenget, bibirnya terpamer senyuman semanis madu.
Matanya mengisyaratkan aku agar menuruti jejak langkahnya ke luar pintu.
Kaki menurut tanpa banyak soal. Perasaan keliru, gugup dan ingin tahu memenuhi ruang fikiran. Ingin bertanya kepada Seokjin tetapi hatiku melarang keras.
Biar aku bertemu dengan si raja yang sebenar, barulah aku akan mendesak mereka agar aku dapat memahami jelas permainan Violet ini.
"Tidak. Patik bukan raja kesayangan tuanku permaisuri. Dia ada di dalam sana. Tugas saya berakhir sekarang. Jumpa nanti, Violet."bisiknya meleret.
Kali kedua tubuhnya menunduk hormat kepadaku. Riak nakal di wajah terpamer megah sambil matanya dikenyitkan sekilas.
"Au revoir, Violet."
Tubuhku ditolak ke dalam sebuah bilik. Bunyi kunci diselak kuat mendebarkan aku. Denyutan jantung kembali aktif.
Aku sandarkan diri rapat ke pintu tatkala pinggangku menjadi mangsa rangkulan lelaki misteri dengan bau haruman maskulin yang tersangat familiar.
"My queen. Our Violet. But, you are.."
Jari telunjuk lelaki itu digerakkan dalam rentak usikkan yang menggoda. Ianya berhenti tepat di bibir bawahku.
Nafas hangat itu menderu panas di belakang tengkuk. Belum sempat aku terbuai hanyut, tubuhku dipalingkan ke hadapan.
Wajah si raja misteri terpamer di kaca mataku. Sepasang matanya yang redup, lekuk hidungnya ditandai tahi lalat dan belahan bibir merah seksi itu.
"But you are mine. Maaf sakitkan adinda di sini. Kau mudahkan aku meraih kemenangan. I'm so so proud with my Violet."bisikannya mendatar disusuli dengan gerak-geri tubuhnya yang galak menghimpit aku ke pintu.
Tepat jarinya terbenam di atas permukaan dadaku yang berdegup kencang. Lihat wajahnya sudah cukup mengingatkan aku mimpi ngeri tersebut.
Sakitnya pisau itu terbenam tetap terasa sehingga ke saat ini. Jemariku dilagakan di bibirnya.
Dia cium mesra dan penuh kasih. Dia juga merenung mataku lama.
"I love you. I will make you completely in love with me now and in the...future."
Suara garaunya ditekan lembut. Hatiku berbisik keras supaya aku tidak tertunduk lemah kepadanya.
Godaan lelaki jahat ini sungguh membinasakan. Dia pernah membunuhku untuk kali pertama.
Keberangkalian untuk raja ini membunuh aku untuk kali kedua adalah besar.
"Pilihan. Aku beri kau pilihan. Kau stay. Aku layan kau taraf bintang. Kau menolak. Aku sudi bawa kau pulang kembali menderita dengan ayah tiri durjana itu. Choose."
Aku cuba menepis cengkaman jemari Taehyung yang melekat di leherku. Kepalaku mengangguk setuju.
Terus jemari itu meninggalkan kawasan leherku. Dia beralih pula menyentuh kawasan wajahku yang sensitif.
Bibir ini dijadikan permainan gerak tangannya yang menguji benteng kesabaranku. Taehyung tergelak halus. Bicaranya perlahan. Aku cuma sempat menangkap gelaran namaku Violet bermain di lidahnya.
"Q-queen. Make me your Queen."aku membalas bersulamkan nada gementar.
Selepas mendapat lampu hijau, Taehyung merengus nafas kasar. Lengannya mengunci pergerakan tubuhku.
Tiara tersergam indah di kepalaku ditolak jatuh ke bawah. Dia rangkul tubuhku merapati tubuhnya.
"Malam ini, malam istimewa untuk Violet."
-------
Seo Yul terjaga dari tidur yang nyenyak. Sepasang mata bundar itu tertancap pada jarum jam di dinding.
"Tiga pagi."bisiknya lalu kepalanya ditoleh ke sisi kanan katil. Tubuh sasa Taehyung yang tidak berbaju memeluk tubuhnya erat.
Kepala lelaki itu tersembam di belakang tubuhnya. Deruan nafas hangat itu meniup debar-debar menggila di dalam dada.
Penangan lelaki menggoda itu bukan biasa-biasa. Sekali tertunduk, dia sudah gagal keluar daripada cengkaman berbahaya lelaki ini.
"T-taehyung. King?"
Soalan bergema. Namun, si penerima nyenyak dilamun mimpi. Entah sedar atau tidak, gadis itu menolak lengan kekar Taehyung menjauhi tubuhnya.
Dicapai bathrobe satin warna ungu pudar di hujung katil. Tali jubah dikemaskan seraya tubuhnya bergerak ke tingkap.
Bebola matanya memerhati imej bulan yang bersinar indah. Dalam keseronokan dan ralitnya Violet memandang keindahan malam, seorang lelaki muncul mengejut di hadapannya.
"Ssh, aku nak jumpa kejap aje babygirl aku."
Ibu jari Jungkook menolak naik dagu Seo Yul ke atas. Senyuman sinisnya bersilih ganti dengan mimik muka masam mencuka.
"Kau dapat King. Terus lupa anak Jeon ini. Layak kena denda, eooo?"
Punggungnya dihenyakkan di atas birai tingkap. Jari telunjuk dibenamkan di bibir.
"Diam. Kantoi tak best lah."
Matanya melirik tajam dan menikam setiap hela nafas Violet. Jungkook tayang megah dan angkuh keningnya yang terjungkit jahat.
Lengan gadis itu dicengkam kuat. Wajahnya ditolak tanpa amaran ke wajah si gadis.
Bibir Seo Yul dipagut laju. Ciuman perlahan itu berjeda dengan satu bisikan sebelum dia seksa nafas mangsanya kembali.
"Malam yang panjang. Aku tamatkan perkenalan kita dengan goodbye kisseu."
Dayum, sentuhan tertangguh bertaut semula. Seo Yul daratkan tangan di dada bidangnya.
Lelaki jahat ini mampu jadikan Violet berpaling tadah buat sementara.
Maaf Taehyung, si Jeon sengaja buatkan fikiran Violet menjadi kacau.
"Why should I be the violet not everyone else?"
Rambut panjang mengurai Violet diselak ke belakang telinga. Jungkook tersenyum penuh makna.
Telapak tangan Seo Yul digenggam lembut.
"Violet seperti kau mampu goda kami. You must be careful. Setiap masa aku dan mereka semua mahukan kau."
-------
Hidungku dicuit manja. Jungkook melompat turun dari tingkap. Aku hantar susuk tubuhnya yang menghilang bersama seorang lagi hero permainan ini.
Watak yang turut sama menggodaku dan menarik aku supaya kekal di dunia khayalan ini.
Jimin. Jimin memaut bahu Jungkook. Kepalanya ditolehkan ke arahku.
Telapak tangannya melambai kecil. Matanya bertaut seketika denganku sebelum tubuhnya menghilang di sebalik kabus malam.
"Permainan hampir tamat. Violet berjaya digoda. 99% done."
Aku meramas kuat hujung tingkap. Entak sejak bila Taehyung bangun pun aku tak tahu.
"What should your King do to complete the game?"
Taehyung mencium rambutku dari belakang. Bibirnya yang bergesel di rambut mula turun singgah ke bahu.
"Saya nak rasa keindahan euphoria."
Taehyung menarik aku ke dalam pelukannya. Haba daripada tubuh tinggi lampai itu mengkhayalkan aku.
Aku berpaut pada lehernya. Jemari ini menolak leher si raja. Aku gunakan gelaran nama Violet untuk memancing minat dan perhatiannya.
"Treat me as Violet. Saya yakin 1% ini akan melengkapkan permainan ini."
Keindahan malam menjadi bertambah sempurna apabila debaran menggila ini dipanaskan semula oleh Taehyung.
Desahan nafas bergabung dengan sentuhan magis jemari Taehyung.
"100% done. Violet ...be a good girl."
Aku menutup mata. Jemari Taehyung bersulam kemas dengan jemariku.
"Then,kiss your Violet. Make me feel completely insane and breathless."
Setiap kali ciuman berlabuh, renungan mata redup itu tidak terganggu fokusnya.
Tatapan mata si dia sentiasa wujud bagiku. Mainan jemarinya di kulitku mendebarkan hati.
Oh tuhan, this cruel romantic game boleh gilakan aku.
"This bad bad namja bersedia menurut perintah Violet."
Kucupan rama-rama itu kembali menyambung pelayarannya semula.
Aku? Violet menyalakan kebahagiaan yang sentiasa menjadi impian yang aku dambakan dalam mimpi.
Bring me. Bring me to your heaven.
Cause I'm your only one Violet.
-completo-
Dah. Dah. Cukup hero-hero violet goda korang.
Thank you so much untuk pembaca setia. Even saya lambat update.
Gracias mi amore.
To my beloved readers, to my loyal readers,
Saya tamatkan Violet di sini.
Permainan sudah tamat.
Violet melabuhkan tirai.
Au revoir.
-----
Completed on 4.43 pm, Friday evening, August.
Kisstagram 2.0 version (done)
❤
Drop your komen and feedbacks here.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro