Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Violet : 1/4


Violet • BTS


Fantasi indah cuma buat sementara. Aku dibiarkan terbaring lemah di atas lantai bilik. Tubuhku yang dipenuhi luka-luka kecil ditenung sayu.

Aku mengusap kotak permainan Violet. Mataku tertancap pada keempat-empat kad yang sudah digunakan.

Apa lagi yang tinggal untuk aku kecapi bahagia yang sementara itu?

"Kau keluar bilik. Aku mampuskan kau terus, anak tak guna."tempik ayah tiriku berbunyi bengis.

Aku kerah seluruh kudrat yang ada. Tubuhku yang lembik duduk menyandar di belakang pintu bilik.

Tanpa aku pinta, cecair jernih itu mengalir semula. Aku sembamkan kepala sambil teresak-esak menangis dengan telapak tangan yang ditekup kuat di mulut.

Biar lega hati ini. Menangis adalah solusi utama untuk menenangkan sakit di badan dan hatiku.

"Enough, Violet. Aku tak suka."

Aku tersentak. Air mata diseka gelabah lalu aku pandang ke arah pemilik suara tersebut.

Tingkap terbuka luas. Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai, berbadan kurus dan berwajah setampan bidadara itu terjun dari tingkap bilik.

Jari telunjuknya dibenamkan di bibirnya. Dalam gerak langkah perlahan, tubuhnya merangkak sambil bersiul nakal kepadaku.

"Kim T-taehyung, bukan awak hanya muncul dalam mimpi say-"kata-kataku tergantung di pertengahan jalan.

Bibirnya mengucup setiap luka yang wujud di tubuhku. Bagaikan magis, kesakitan dan kesan perlakuan ganas ayah tiriku hilang sekelip mata.

"Ikut aku balik. Sertai aku dan mereka semua. We need our princess back. To our mi casa."katanya lembut.

Tangannya bergerak ke bawah pahaku lalu tubuh kecil ini terus didukungnya menuju ke katil.

"Duduk diam. Aku perlu uruskan orang tua keparat tu. Kejap aje aku menghilang. Good girl ayy?"

Taehyung mendekatkan belahan bibir basah dan merah lembap itu di cuping telingaku.

Pisau kecil dihayunkan di hadapan mata. Batang hidungku dicuit manja sebelum dia terjun dari katil.

Helaian rambut berwarna biru itu diselak ke belakang. Terus tertayang seluruh inci wajah lelaki seksi dan menggoda itu.

"I'll be back. Selepas ini, we will make sure you become happy as always."

Aku menangkap renungan mata Taehyung yang menikam tajam di belakang tubuhku.

Belum sempat aku menoleh, telapak tangan seseorang menekup mulutku.

Kelopak mataku juga disekat penglihatannya. Gelak manja dan sinis seorang lelaki berlegar-legar di belakang kepala.

Kepalaku ditolak menghampiri dada bidangnya.

"Let your Jeon bring you back."

Langsung tak bagi amaran awal. Dia menarik aku lemas dalam perangkapnya.

Pandanganku gelap. Aku dapat rasakan tubuhku berada dalam dukungan lelaki berbahaya itu.

-tbc-

A/N:

Part pertama ringkas, pendek dan padat sebelum Violet ditamatkan.

Saya akan selitkan semua hero bersilih ganti.

Ready for the next chapter?

Sebab....

Empat hero violet akan lakukan serangan menggoda dalam satu bab.

Hehehehehehehe.

Nite pipol. 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro