Kim Taehyung: Sexy Namja
Violet • bts
💕
Amaran :
Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.
Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.
Reminder: Setiap kali Seo Yul (Violet) bertemu hero yang baru. Situasi akan bertukar ke asal semula. Dia akan berada di dalam situasi mencemaskan (Ayah tiri dia ancam keselamatan dirinya). So, dia akan guna kad permainan Violet untuk selamatkan diri. Faham kan?
Do votes, do komen for more update.
-----------------------------
"Tiada duka. Hanya kebahagiaan yang menyusul jika kau sambut kehadiran aku ke dalam hati kau."
Kim Taehyung : Sexy Namja
---------
Nafas ditarik dalam. Aku memeluk tubuhku yang menggigil takut. Suara tempikan ayah tiriku bergema kuat dan lantang di luar bilik.
Pada saat genting itu, aku yakin aku perlu melarikan diri untuk kali keempat. Kotak permainan Violet diselongkar rakus.
Jemariku gelabah mencari saki-baki kad yang terakhir. Bebola mataku terhenti pada sekeping kad tertera nama Kim Taehyung.
"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.
Kad terakhir permainan Violet aku tenung lama. Aku menggerakkan lidahku agar mantera penyeru itu dilafazkan dengan pantas.
Kalau aku ralit sedikit, memang nyawaku akan tamat di tangan lelaki durjana itu.
Bunyi pintu diketuk seperti mahu roboh menyembah lantai menyebabkan bulu roma sendiri mencanak tajam. Sukar bagiku mengusir rasa takut terhadap perlakuan kejam ayah tiriku.
Kad tersebut digenggam telapak tanganku yang berpeluh resah. Sambil menangis kecil, aku menyeru nama lelaki asing tersebut.
Berkali-kali nama itu dilafaz sehingga tubuhku terjelepuk ke atas lantai. Pandangan sekitar mulai gelap lalu aku hanyut sekali lagi dalam fantasi indah tersebut.
-------
Ibu jari seseorang ditekan lembut di bawah dagu gadis malang itu. Sudut hujung bibirnya tersenyum sumbing.
Mulutnya bergerak menuturkan nama keramat itu setelah sekian lama menanti kedatangan gadis ini.
"Violet."
Bibir bawah Seo Yul dielus perlahan. Dengan gelabahnya, gadis itu terbangun dari lena yang panjang.
Degup jantungnya bertambah kencang tika figura lelaki bertubuh tinggi lampai itu melutut di hadapannya.
Bibir masing-masing terkunci rapat. Baru hendak bersuara, jari telunjuk si lelaki dibenamkan di atas bibir Seo Yul.
"Aku Kim Taehyung. Your babe."
Seo Yul seolah-olah terpegun dengan kesempurnaan wajah lelaki misteri itu. Telahan bahawa lelaki itu hero terakhir dalam permainan Violet terjawab apabila Taehyung mendekatkan bibir di cuping telinganya.
Jemari kasar itu singgah di helaian rambut panjangnya seraya dibelai penuh khusyuk.
"Welcome to my world, Violet."
Tubuhnya bangkit menjauhi kawasan katil yang menempatkan susuk tubuh Seo Yul yang terbaring lemah.
Kakinya berundur ke belakang. Pergerakan iris matanya memberi isyarat agar Violet menurut jejak langkahnya.
"Come and let me show you some happiness."
Tatapan mata nakal Taehyung terhenti lama di bibirnya. Lidahnya membasahkan kawasan bibir dalam gerak langkah mengusik.
"Cari aku di bawah. Ikut petunjuk yang diberi. Faham kan sayang?"suara serak basahnya menekan dalam gelaran sayang.
Daun pintu bilik ditolak. Seo Yul sempat memerhatikan tindakan Taehyung yang begitu sakan melucutkan butang baju.
You tell me. Apa yang Taehyung sedang maksudkan?
-------
Mataku membulat. Mulutku melopong luas. Tubuhku mengeras di hadapan pintu bilik yang terbuka.
Jemari didaratkan di atas permukaaan dada. Rentak jantungku meliar hebat tatkala mataku tertancap pada gumpalan baju kemeja yang terdampar di atas lantai.
Eh, kau jangan cakap si Taehyung bertuah tu nak buat freeshow.
"Violet."aku memandang ke tingkat bawah. Hanya imej belakang tubuh Taehyung yang tidak berbaju mencemarkan fikiranku.
Pemegang tangga aku genggam kuat. Aku teringat semula kenakalan hero-hero Violet sebelum ini.
Level kejahatan dan level menggoda Taehyung seimbang. Tapi, aku tetap kerisauan tahap maksimum.
Dua-duanya berada pada tahap 80%. Aku dapat rasakan kenakalan Taehyung akan menyamai Jeon Jungkook.
"Masa tak menunggu, Violet. Hurry up and find your daddy boo."
Ah, gila. Sejak bila aku ada daddy boo yang tak suka pakai baju?
"T-taehyung, awak dekat mana?"aku bersuara gugup. Set rantai leher dan cincin Gucci yang berselerakan di atas lantai dikutip.
Semakin sesak nafasku dihela. Perut pun dah memulas cuak. Aku mendengar pintu sliding ditolak seseorang.
Kepala dipaling ke arah belakang. Aku menangkap bayang Taehyung yang menghilang di sebalik pintu tersebut.
Bunyi air berkocak hebat menjengah corong telinga. Aku berlari ke arah pintu tersebut. Spontan baju dan set perhiasan Gucci tersebut terhambur ke bawah.
Bebola mataku meneliti lekuk-lekuk tubuh kekar dan sasa itu di dalam kolam renang.
"Violet. Terjun ke dalam. Daddy Tae nak tunjuk sesuatu."
Aku berdiri kaku di situ. Dalam keterpaksaan, aku mengorak langkah berani.
Semakin maju langkahku ke hadapan, Taehyung berenang mendekati aku.
Bibirnya senyum sinis. Keningnya dijungkit angkuh.
"Violet, tatap mata aku."arahnya tegas.
Aku mengangkat wajah. Apabila kepala didongak, jemari Taehyung menggenggam rahangku.
Automatik aku menjerit kecil. Kesakitan yang menjalar di kawasan dagu berganti pula dengan satu kejutan yang tidak disangka-sangka.
"Y-yah, Taehyung-sshi."
Bibirnya dibenamkan di dahiku. Kepalaku ditolak ke hadapan lalu dahi kami bersatu erat.
Bau haruman maskulin itu menguji kesabaranku. Tanganku bertindak refleks menarik tengkuk Taehyung agar ciuman dapat berlaku.
Aura lelaki ini terlalu bahaya. Dia buat aku hanyut ke dasar paling dalam.
"Bukan aku yang berbahaya. Kau Violet. Kau."
Telapak tangannya yang basah menyentuh dahi, turun ke batang hidung dan berakhir dengan elusan kulit ibu jarinya di bibir bawahku.
"Sshh. Aku akan seksa kau. Bahagiakan kau. Dua dalam satu, Violet."dia bersuara dalam kebisuan yang wujud di sekeliling.
Kucupan bibir Taehyung sengaja dilagakan di atas kulit sensitif aku. Dalam kehangatan yang mulai tercipta, aku perasan sepasang mata menggoda itu galak melirik matanya.
Dari mata turun ke hidung.
Dari hidung turun ke bibir.
"D-don't."aku berkata lemah.
Bibir diketap kuat apabila aku merasakan bilah pisau yang tajam ditekan di lenganku. Kemudian, ianya menaik pula ke kawasan leher. Tepat mendarat namun tidak ditekan lagi di atas nadiku.
"Nak rasa bahagia. Kena tempuh sakit dulu. Betul tak cakap daddy?"
Pisau itu digerakkan sedikit menusuk ke dalam kulit leherku. Aku berasa sakit. Kepedihan luka kecil itu menguasai diri sedikit demi sedikit.
Sama licik macam Seokjin. Dia bunuh ketika tubuhku sudah sarat dengan godaannya.
"Y-ya. Continue, Kim Taehyung."
Debar-debar menggila menyerbu dalam perut dan hatiku. Tubuhku dirapatkan terus menghampiri dinding kolam renang.
Panahan mata saling bersatu. Bibir aku dipagut untuk kali pertama oleh lelaki seksi itu.
"Aku...your sexy namja."ucapnya dalam nada termengah-mengah.
Matanya berfokus pada bibirku. Pisau yang basah dengan darahku melorot jatuh ke dalam air.
"Lepas kena sakit, dapat angpau."usiknya dalam nada serak.
Nafas yang tidak tentu arah itu menghangatkan pipiku. Helaian rambut basah Taehyung diramas lembut.
Kepalaku terlentok lemah tatkala bibir dipagut semula dalam rentak berbeza.
Dia mendesak. Dia liarkan sentuhan di belakang tubuhku. Desahan nafas Taehyung menaikkan kadar denyutan jantung.
"You're mine, Violet."
Bibir ini menjadi destinasi kegemarannya. Diteroka tanpa belas sehingga membuatkan aku tunduk dengan godaan Taehyung.
Violet. Buatkan aku dibuai mimpi terlalu indah dan mengkhayalkan.
-tbc-
A/N:
Heyyy, semua. Maaf sangat-sangat sebab saya lambat update. Saya tengah alami writer block dan mood menulis yang teramat merudum beberapa minggu sebelum ini.
Sebab tu, update banyak tertangguh. Harap masih ada yang sudi membaca bab terbaru ini.
Gracias. Welcome to new reader dan pembaca lama.
Enjoy my update. Komen banyak tauuuu.
See you later. ❤
Dari skala 1-10 ,taetae dapat berapa?
Yang membaca, komen. 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro