Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kim Seokjin: Black Angel


Violet • bts

💕

Amaran :

Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.

Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.

Reminder: Setiap kali Seo Yul (Violet) bertemu hero yang baru. Situasi akan bertukar ke asal semula. Dia akan berada di dalam situasi mencemaskan (Ayah tiri dia ancam keselamatan dirinya). So, dia akan guna kad permainan Violet untuk selamatkan diri. Faham kan?

Do votes, do komen for more update.

-----------------------------

"Istimewanya kau sehingga buatkan aku sanggup lakukan apa sahaja. For you only one happiness, aku akan lindungi kau, sayangi kau sepenuh hati."

Kim Seokjin: Black Angel

-------

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Bagaikan jatuh dari alam mimpi ke dunia realiti semula, kelopak mataku tercelik luas. Suasana bilik yang disimbahi cahaya lampu yang suram membawa aku kepada situasi menggerunkan tersebut.

Ketukan pintu bertalu-talu seperti mahu roboh bila-bila masa sahaja. Aku tidak boleh membuang masa. Kotak permainan Violet aku buka dengan cemas.

Nama seorang lelaki bernama Kim Seokjin bersama raut wajah tampan mengisi ruangan anak mataku. Bunyi pintu dikuak dari arah luar menguji keberanian diri ini.

Lantas, aku menggenggam kuat kad tersebut. Ayat-ayat mantera dilafaz kuat seraya tubuhku duduk melutut takut di atas lantai.

"Jadi pelindung aku Seokjin. Bawa aku hirup kebahagiaan walaupun ianya cuma untuk sementara. Aku m-merayu."ujarku pasrah.

Bunyi gelakan riang seseorang muncul tanpa diduga. Sewaktu kelopak mataku dibuka perlahan, aku dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki berdiri di tengah taman bunga.

Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Tatapan matanya meniupkan ketenangan yang aku dambakan sejak sekian lama.

Siapa kau sebenarnya dalam mimpi indah ini wahai Kim Seokjin?

-------

[Taman Misteri Bangtaneul]

Lee Seo Yul mengikut pemergian Kim Seokjin yang menghilang di sebalik pohon-pohon bunga.

Helaan nafasnya terasa berat dan termengah-mengah. Wanita itu menyembunyikan diri daripada penglihatan lelaki itu.

Dia kelihatan begitu mesra dan reaksi wajahnya yang naif mengusik hati dan fikiran Seo Yul. Dia sendiri tertanya-tanya identiti sebenar lelaki bertubuh tinggi lampai itu.

"Aku kurang gemar melihat aura jahat di hadapan mata aku. Berehatlah dengan tenang, manusia durjana."bisiknya perlahan namun suaranya masih dapat didengari Seo Yul.

Seo Yul berundur sedikit jauh ke belakang. Leher manusia durjana itu dicengkam kuat oleh Seokjin. Bunyi nafas diseksa kejam dan merintih kesakitan meletakkan paras ketakutan Seo Yul ke paras maksimum.

"A-ayah."gumamnya menggunakan nada halus.

Tubuh gempal lelaki tua itu bertukar lembik lalu dia jatuh menyembah tanah dengan sadisnya. Sepasang mata bundar Seo Yul menyaksikan kekejaman seorang lelaki misteri menamatkan riwayat ayah tirinya dalam sekelip mata.

Seokjin menoleh belakang seolah-olah dia tahu kewujudan tetamu utama permainan Violet tersebut.

"Selamat berkenalan. Sudah lama aku menunggu kedatangan Violet. Kau akan gembira selagi aku kekal di sisi kau."

Telapak tangannya bergerak meninggalkan kawasan leher ayah tiri Violet. Dia mengorak langkah ke arah Seo Yul bersama mimik muka yang langsung tidak terusik dengan perlakuan kejamnya sebentar tadi.

-------

"Aku Kim Seokjin. Your special angel. Ikut aku ya?"soal Seokjin.

Aku menurut arahannya. Derap langkah kakiku mirip seorang pengembara yang sesat di satu kawasan yang asing. Kelibat tubuh Seokjin sekali-sekala muncul dan menghilang semula di dalam taman bunga tersebut.

Aku hairan. Taman bunga ini begitu luas dan penuh misteri. Ianya mendamaikan hati. Aku mengerah seluruh kudrat yang ada supaya aku tidak terlepas daripada si dia.

"Violet, come here when you're ready."kata Seokjin sebelum tubuhnya berdiri menghadap kawasan air terjun yang dipenuhi tumbuhan bunga yang tumbuh meliar.

Kasut putih yang tersarung di kakinya ditanggalkan segera.

Giliran baju kemeja fabrik satin itu dilucutkan daripada tubuh sasanya. Seokjin meregangkan sendi-sendi tubuh badannya sambil menetapkan perhatian matanya kepada aku seorang.

"Jangan takut. Aku ada sesuatu untuk tontonan Violet. Aku terjun dulu. Pastikan kau cari aku di sana."ujar Seokjin bernada lembut. Tubuhnya melompat terjun ke dalam air  berwarna biru jernih itu.

Bush.

Aku menggigit bibir bawah. Aku genggam kedua telapak tanganku yang menggeletar cuak. Tubuh Seokjin sudah menghilang ke dalam dasar air terjun tersebut.

Apa motif Seokjin mengajak aku terjun membasahkan diri ke dalam sungai? Aku berdoa agar pilihan hero Violet ini tidak menjerumuskan aku ke dalam sesuatu yang luar biasa.

Cukuplah dengan Jungkook yang ekstra kejam dan Jimin yang terlebih nakal. Sekurang-kurangnya beri aku seorang penyelamat yang normal.

"S-seokjin?"soalku masih keliru. Aku cuba mengapungkan diri di dalam air terjun tersebut. Aku terjerit kecil tatkala haba badan seseorang menyapa permukaan kulitku dari arah belakang.

"Violet, aku bersedia memberi layanan setaraf princess untuk kau. Aku suka sangat kalau Violet aku senyum."

Aku mengeras seperti patung cendana apabila bibir Seokjin mengucup bahuku serta dia bergerak nakal ke belakang leherku.

"Bergembiralah. Kau layak untuk terima kebahagiaan dalam hidup, Violet."

Aku segera memusingkan tubuh. Kulit wajah Seokjin yang dibasahi titis-titis air menjadi penyeri mataku.

Dia ada satu magis tersembunyi. Setiap kali jemarinya menyentuh kulitku, aku tertunduk lemah. Senyuman kecil terukir di sudut hujung bibirku kerana sepasang mata berwarna Hazel itu gemar melawan panahan mataku.

"Violet."sapanya dalam kesunyian yang tercipta antara kami berdua. Tembok penghalang kemesraan aku dan dia dihapuskan dengan mudah oleh Kim Seokjin.

"Y-ya, Seokjin?"

Lelaki itu berdiam diri. Dia begitu asyik memerhati langit yang mendung. Deruan angin lembut menyapa pipi mengembalikan semula perhatiannya kepada aku seorang.

"You want happiness, Violet?"

Aku menggerakkan kepala tanda bersetuju. Seokjin membetulkan posisi wajahnya.

Sekali aku pandang jauh anak matanya, aura gelap Seokjin menarik jiwaku masuk ke dalam satu dimensi yang mengkhayalkan.

Dia naif tapi dia juga jahat. Firasat aku ternyata benar tika senyuman comel Seokjin berubah sinis.

"Ucap ya. Aku bersedia hapuskan kesengsaraan kau. Kita akan pulang ke dunia aku dengan bahagia. Dunia manusia terlalu toksik buat kau."

Seokjin menjerat aku sekali lagi. Automatik kepala aku menunduk lemah. Rangkulan lengan kekarnya di leherku merapatkan kedudukan wajah kami.

Manis dan mengasyikkan rentak bibirnya yang meneroka setiap inci kulit bibirku. Telapak tanganku mendarat di atas permukaan dada Seokjin yang berdegup kencang.

Tatapan mata sayu Seokjin hadiahkan khas untukku. Buat kali terakhir, helaan nafas kasarnya menambah kadar denyutan jantungku.

Rangkulan lengannya merayap di permukaan leherku. Bibirnya turun mengucup perlahan seraya cengkaman jemarinya menyeksa saluran pernafasanku.

"Salah satu jalan untuk berbahagia adalah dengan menamatkan riwayat kau. Tiada derita lagi untuk kau, Violet."

Tubuhku ditarik ke dalam pelukan Seokjin yang erat dan mendebarkan hati. Bunyi percikan air membingitkan gegendang telingaku.

Pegangan tangan kami tetap bercantum rapat walaupun tubuh aku dan Seokjin hanyut ke dalam dasar air yang begitu dalam.

"Violet, aku bukan sebarang angel. Aku black angel yang didatangkan khas supaya penderitaan kau dapat ditamatkan."

Rongga pernafasanku memberi tanda amaran. Aku bertarung menghabiskan saat-saat terakhir hidupku dengan suara garau lelaki bernama Seokjin itu.

"We will meet again, my Violet."

Pegangan jemarinya dilonggarkan daripada menyentuh jemariku. Seokjin mengucup bibirku sebelum kelopak mataku mulai terpejam rapat.

Seokjin, kau lelaki yang bukan biasa-biasa. Kau sungguh berbahaya bagiku tetapi cukup menggoda hati.

-Tbc-

A/N:

Hahahahahaha. Saya cuba tak bagi Seokjin kejam sangat. Sebab level dia cuma 50% je.

Dari skala 1-10, Seokjin dapat berapa? ❤

Maaf,saya lambat update.😭💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro