Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Jimin: Bad Teacher


Violet • bts

💕

Amaran :

Aksi ganas hanyalah rekaan penulis. Dilarang meniru mana-mana babak yang dipersembahkan dalam apa jua cara sekalipun. Bab ini memerlukan had umur 15 ke atas.

Read at your own risk. Mature content menyelit sedikit.

Reminder: Setiap kali Seo Yul (Violet) bertemu hero yang baru. Situasi akan bertukar ke asal semula. Dia akan berada di dalam situasi mencemaskan (Ayah tiri dia ancam keselamatan dirinya). So, dia akan guna kad permainan Violet untuk selamatkan diri. Faham kan?

Do votes, do komen for more update.

-----------------------------

"Hey, Violet. Hulurkan tangan. Akan ku bawa kau pergi daripada kesengsaraan dunia yang sementara ini."

Park Jimin : Bad Teacher

----------

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu dari arah luar bilik mengejutkan aku. Spontan mataku melihat semula kad permainan Violet yang pertama tersebut.

Nama lelaki merbahaya dan agresif itu bertukar dakwat daripada hitam kepada merah pekat. Ditambah pula dengan ukiran perkataan 'Mi Amore' di bawah namanya.

"Kau buka pintu sekarang, Lee Seo Yul. Anak perempuan jijik macam kau tak layak untuk hembus nafas dengan tenang. Cepatlah!"ayah tiriku mengherdik dari luar dengan suara garaunya.

Fikiranku cepat memproses perkara aneh yang berlaku pada saat genting ini. Kad kedua permainan Violet aku tenung lama. Satu perasaan teruja mengambil tempat di dalam hati lalu aku menggerakkan lidahku agar mantera penyeru itu dilafazkan tanpa sebarang masalah.

Bunyi pintu diketuk seperti mahu roboh menyembah lantai menyebabkan bulu roma sendiri mencanak tajam. Sukar bagiku mengusir rasa takut terhadap perlakuan kejam ayah tiriku.

Kegelapan malam dijeling sekilas dari arah luar tingkap. Kad kedua yang terpamer nama 'Park Jimin' digenggam kuat. Kelopak mataku terpejam rapat.

Dugeun. Dugeun.

Degupan jantung terkeluar dari landasan paras normal. Mulutku terkumat-kamit menyeru kemunculan si dia.

"Sambut huluran tanganku. Tarik aku masuk ke dalam fantasi indah ciptaan kau, Park Jimin."seru aku berlapikkan nada berbisik.

Deruan angin yang kuat serta bunyi suara manusia berbincang sesama sendiri mengakibatkan kepalaku berdenyut sakit. Namun, aku degil memaksa diri untuk menghadap kejutan baharu tersebut.

-------

[Universiti Yongsan]

"Hey, sayang. Kenapa mengelamun?"

Seo Yul tersentak kerana dirinya berada di dalam suasana yang baru. Sepasang mata miliknya liar memerhati puluhan manusia tersebut dengan wajah keliru.

Kepalanya diangkat untuk memandang ke arah pemilik suara garau dan sopan itu. Figura seorang lelaki duduk di meja pensyarah sambil menongkat dagu mencuit pelusuk hatinya.

"Tolong fokus ye sayang? Saya tak nak awak mengelamun dalam kelas saya termasuklah korang semua. Arasseo?"

Perkataan 'sayang' mematikan pergerakan lidahnya daripada membalas kata-kata lelaki itu. Seo Yul menoleh ke sisi kanan bahunya. Seorang gadis sedang khusyuk menatap wajah pensyarah kacak itu bersama mulut yang melopong luas.

Kalau lalat masuk berdozen pun, rasanya gadis itu takde masalah. Ketampanan lelaki misteri itu melemahkan imannya. Tapi, bukan bagi gadis bernama Seo Yul.

Dia lagilah buntu. Wayar-wayar otaknya berubah kusut. Kalau diikutkan statusnya di dunia realiti, Seo Yul yakin dia cuma gadis miskin yang sentiasa mengerah tenaga setiap hari demi sesuap nasi.

Bergelar pelajar universiti agak mustahil bagi dirinya.

"Maaf, saya nak bertanya. Siapa lelaki ni dan subjek apa yang kita tengah belajar?"

Pertanyaan Seo Yul menyebabkan dahi gadis di sebelahnya berkerut hebat. Telapak tangan gadis itu ditekapkan di atas dahi Seo Yul.

"Seo Yul, kau mimpi apa eh? Dia Encik Park Jimin. Pensyarah subjek..psikologi. Kau sengaja ke buat-buat lupa?"

Seo Yul mengetap gigi. Kelu lidahnya untuk berkata-kata apabila pandangan matanya bersatu dengan pensyarah muda tersebut.

Telapak tangan lelaki itu mencapai satu kad di atas meja. Hujungnya bibirnya tersenyum sumbing lalu nama 'Violet' melolos keluar dari celah bibir.

Tanpa suara, disertai dengan panahan mata yang mengkhayalkan.

-------

"Violet,urusan antara kita..baru sahaja hendak bermula."ujar Park Jimin, pensyarah muda itu kepadaku.

Aku menelan air liur. Terasa begitu perit kerongkongku untuk menentang permintaannya. Beg galas aku bawa rapat ke dada. Kepalaku memandang ke kiri dan ke kanan.

Gelagat rakan sekelasku sedang berbincang sesama sendiri gagal menghilangkan rasa gugup di dalam hati. Bunyi gelakan sinis park Jimin menjadi fokus utama para pelajar yang berada di kelas ajarannya.

Kepala masing-masing memandang perlakuan aneh Jimin. Lelaki itu duduk menongkat dagu. Bibirnya terkumat-kamit mengumam satu mantera bahasa asing. Kemudian, satu demi satu tubuh manusia jatuh terjelepuk ke atas lantai.

"Hari ini aku berbesar hati nak buka topik pembelajaran khas hanya untuk Violet seorang. Do you like it so far?"soal Jimin sambil membawa jemarinya menyentuh ikatan tali leher berwarna merah hati.

Ikatan tali leher tersebut dirungkai perlahan menggunakan jari-jemarinya. Timbunan buku-buku rujukan dan alat bantu mengajar ditepis jatuh ke bawah.

"T-tak. Saya tak faham. Awak penyelamat saya atau sebaliknya?"

Aku balas soalannya dengan soalan juga. Aku mengorak langkah ke belakang tatkala mataku memerhati pergerakan tubuh rakan sekelas yang sudah jatuh menyembah lantai.

Kuasa magis mantera Park Jimin menundukkan semua orang kecuali aku. Wajah tampan lelaki misteri itu aku pandang semula.

-------

Tangannya menggenggam marker pen berwarna merah. Papan putih di hadapan mata  itu menjadi mangsa coretan tangannya.

Usai menulis, Jimin menyandarkan badannya di sudut hujung meja. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Seo Yul.

"Hari ni Jimin nak ajar Violet satu topik kuliah khas.."Jimin berjeda seketika. Dia meneliti tubuh-tubuh yang bergelimpangan di atas lantai.

Baguslah semua dah pengsan. Lagi mudah urusan Jimin dengan Violet kesukaan hati.

"I want to teach you how to love Park Jimin in ten second. Come here, Violet."

Lengan kekarnya diregangkan perlahan. Tubuhnya bergerak menjauhi kawasan meja.

Kedegilan gadis itu untuk menuruti arahan mudahnya menyebabkan Jimin berang.

"Auch, jual mahal eh?"

Langkah kakinya dibuka laju supaya susuk tubuh kecil Seo Yul tidak terlepas dari radar penglihatannya. Pintu kelas dikuak kasar. Dengan bunyi nafas termengah-mengah, Jimin tersenyum lebar.

Dia beri peluang kepada Seo Yul menyorokkan diri. Haruman gadis itu kekal bersarang di dalam fikirannya yang satu. Petik jari aje kalau nak jejak kedudukan Violet.

Larilah Violet. Kau tak akan berjaya selagi wujudnya Jimin.

"Kau lari sejauhmanapun. Kita akan ketemu juga akhirnya."

-------

Kawasan bilik mandi yang dikhaskan buat pemain bola sepak itu menjadi tempat persembunyianku.

Aku gosok permukaan dada yang berdenyut sakit. Bertemankan hembusan nafas yang menggila, aku memaksa tubuhku bergerak ke bilik mandian yang terakhir.

"Violet, pandai kau pilih tempat?"

Suara garau Jimin meluruhkan keberanianku. Aku menekup mulutku daripada berbuat bising.

Bunyi langsir transparent diselak kuat meniupkan detik-detik mencemaskan hati. Aku meneliti kad tertera nama Park Jimin.

Level kejahatannya hanya kurang 30% daripada Jungkook. Level menggodanya membuatkan hatiku bertambah gusar.

99% setaraf dengan si euphoria tu. Semua ini terlalu gila untuk dihadam benak fikiranku dengan lancar.

"Aku rasa Violet di sini. Hey, jangan takut. Kau patut terima aku. I'm your bad ssaem afterall."

Aku pejam rapat kelopak mataku. Bunyi tapak kasut memijak permukaan lantai bilik mandian yang basah itu memberi amaran keras.

"A-apa bezanya awak dengan Jeon Jungkook?"

Tubuh badanku bersentuhan pada dinding tersebut. Jemari kasar si dia bermain-main di sekitar bibir dan kelopak mataku.

"Aku ada sesuatu yang Jungkook tiada. Tekalah."

Aku mengerah seluruh keberanian untuk melawan tatapan matanya.

Mimik muka Jimin tersenyum manis. Bunyi alat pancuran shower dipulas mengisi ruang pendengaranku.

Dia maju ke hadapan. Aku menghela nafas gementar.

"Saya tak pasti apa yang awak maksudkan sebenarnya, Park Jimin."

Dia hapuskan jarak antara kami berdua. Semakin lama semakin dekat sehingga haruman maskulinnya membuatkan fikiranku terkeluar daripada landasan normal.

Nafas hangat Jimin mendarat di permukaan kulit pipiku. Telapak tanganku ditekap di atas dadanya.

"Aku mampu buatkan kau sebut namaku tanpa sedar.  Rasai degupan jantungku, I will make you go crazy babe."

Jimin merangkul erat leherku. Bibirnya mendaratkan ciuman pantas di lekuk atas bibirku.

"J-jimin."aku menegah usikan lelaki itu. Automatik hidung kami dibiarkan bersentuhan rapat.

"When you say Jimin, you can never jimout again. Kau akan sebut nama aku sehinggalah ke alam mimpi."

Bibir bawahnya digigit resah. Kepala Jimin tunduk menyamakan kedudukan paras bibir kami berdua sebelum segalanya bertukar kelam.

Kehangatan sentuhan Jimin melemahkan segala sendi-sendi tubuh badanku. Fikiranku membantah, hatiku mengatakan sebaliknya.

Bibir sendiri menyuarakan kebenaran.

"J-jimin, ajar saya untuk terus kekal hanyut di dalam syurga sementara yang awak cipta ini."

-tbc-

A/N:

Banyak hari juga saya edit bab ini supaya tak terlalu ekstrem hahahaha.

Dari skala 1-10, Jimin dapat berapa?

I see you guys later next week. ❤


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro