Part 7
"Eihh, banyaknya nyamuk," rungut Jungli sambil menampar-nampar muka dan tangannya. Habis merah seluruh badannya disebabkan gigitan nyamuk vampire yang tidak berperikehaiwanan itu.
"Sikit-sikit merungut.. Kita baru jalan lima tapak lah. Pintu pagar ni kat belakang kau je ni," ujar Minseok sambil menampar bahu Jungli dengan perlahan. Jungli menjeling lelaki yang bernama Minseok itu.
"Korang! Lelaki ni dayus. Dia pukul aku!" jerit Jungli lalu berlari kearah Hana. Hana tidak peduli. Dia mengabaikan rengekan Jungli.
"Memang patut pun kena. Dah! Tak payah nak manja-manja sangat. Pergi sana shuh shuh!" halau Hana lalu menunjal kepala Jungli sehingga gadis itu berpusing-pusing kearah Minseok. Minseok memegang kepala Jungli untuk menghalangnya daripada mendekat.
"Hoi korang, cepat sikit!" jerit Jongdae walaupun dia berada tiga langkah dari jarak Minseok dan Jungli.
Kukk!! Chanyeol mengetuk kepala Jongdae.
"Kau nak tarik perhatian makhluk-makhluk hodoh dalam hutan ni ke hah?!" marah Chanyeol. Jongdae memberi tanda peace kepada Chanyeol dan pergi kearah Sulli. Baik dia menyorok di belakang pasangannya itu.
"Nah, ambil sorang satu parang ni. Tebas semak samun tu.." arah Luhan lalu menyerahkan kapak emas kepada setiap seorang ahli YEOGI. Mereka menilik kapak tersebut dengan mata yang bersinar.
"Uwah, betul ke ni kapak emas?" tanya Eunqa dengan teruja sekali.
"OMG! Kaya betul korang ni," sahut Taeyeon pula.
Ahli EXO tidak menghiraukan pertanyaan Eunqa dan Taeyeon dan segera bergerak ke hadapan. Di dalam fikiran, mereka tertanya-tanya samaada manusia di bumi pernah melihat emas atau tidak? Kerana bagi mereka, emas adalah barangan biasa sahaja. Tiada keistimewaan langsung.
'Hyung, pelik lah diorang tu. Macam tak pernah nampak emas. Noob,' ujar Baekhyun dalam fikirannya.
'Hyung pun rasa diorang tu pelik juga,' Minseok menyokong kata-kata Baekhyun
'Mungkin manusia tak pernah nampak emas kot? Kat bumi tak ada emas barangkali,' Yixing menyampuk. Mereka mengangguk. Ada benar juga kata Yixing.
"Korang ni kenapa? Terangguk-angguk macam tak betul je?" tanya Hana. Sama seperti tadi, mereka hanya senyap. Hana terasa dirinya ini seperti langau yang bercakap. Sampai dipertengahan jalan, mereka menemui jalan buntu kerana terdapat gaung di hadapan mereka.
"Macam mana ni?" tanya Seohyun. Mereka semua duduk mencangkung dan memikirkan cara untuk keseberang. Tiba-tiba Seolhyun mendapat satu idea.
"Apa kata kalau korang bawa kitorang ke sana dengan terbang?" cadang Seolhyun.
"Kau ingat kitorang ni balaci kau? tak nak!" balas Suho.
"Ala kedekut. Korang kan ada sayap! Guna jelah!" marah Seolhyun.
"Hoi, kau nampak ada sayap ke belakang kitorang?? Ingat kitorang ni burung ke? Kitorang vampire!" jerkah Suho.
"Aik, korang tak ada saya? Buat rugi je," rungut Seolhyun sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kau ni sama je macam penjaga kau. Si Yixing ni. Sama-sama menyakitkan otak aku," celah Kyungsoo. Seolhyun dan Yixing memandang antara satu sama lain.
"Kitorang tak menyakitkan otak lah!" Marah Yixing dan Seolhyun serentak. Mereka yang lain hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Kita berehat jelah kat sini dulu. Esok kita cari jalan macam mana nak seberang gaung ni," cadang Shinka yang sudah kepenatan. Mereka semua mengangguk setuju. Jungli, Hana, Eunqa, Minsya, Hyoyeon dan Shinka memilih tempat berehat yang agak dekat dengan gaung sebagai langkah berjaga-jaga.
Seolhyun, Mijoo, Taeyeon, Sulli dan Seohyun pula mengambil tempat yang agak jauh. Manakala ahli EXO mengambil tempat diatas pokok untuk tidur.
Sewaktu mereka sedang berehat, Mijoo bangun secara senyap-senyap dan masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu api. Entah kenapa dia terasa sejuk sehingga sanggup mencari kayu api lebih untuk dirinya sendiri. Tao yang setia memerhati Mijoo mengekori Mijoo dari belakang.
"Ahh lipas hodoh!" jerit Tao dan melompat keatas badan Mijoo secara mengejut.
"Omma!" jerit Mijoo kerana terkejut dan jatuh tersembam ke tanah. Belakang badannya sakit disebabkan badan Tao yang berat.
"Aahh!! MinJu aku takut lipas!" jerit Tao sambil menggoncang-goncangkan badan Mijoo. Pening lalat Mijoo dibuatnya.
"Aku Mijoo bukan MinJu. Ireona!" arah Mijoo lalu berdiri dengan kekuatan yang masih ada dalam badannya. Akhirnya Mijoo berjaya bangun tapi Tao masih lagi melekat di belakang badan Mijoo seperti anak koala melekat pada badan ibunya cuma situasi sekarang terbalik.
"Omma, sakitnya! Hei Huang Zi Toa turun! Sakitlah!" arah Mijoo sambil menggoncang-goncangkan badannya supaya Tao jatuh.
"Huang Zi Tao..not Zi Toa!" marah Tao lalu turun dari belakang Mijoo. Sewaktu Tao turun, dia terpijak lipas yang telah menakutkannya tadi. Dia tergamam dan hampir menangis.
"Kau..kau kenapa?" tanya Mijoo, cemas.
Mata Tao sudah mula mengeluarkan air mata yang jernih.
"Fir-first..time..aku..aku bunuh lipas!!" jerit Tao sambil mengelap hingus yang meleleh dari hidungnya. Mijoo memukul kepala Tao. Fikirnya dia telah menyebabkan Tao menangis kerana menjatuhkan lelaki itu
"Buat aku risau jelah. Dah, jom teman aku cari kayu api!" arah Mijoo lalu menarik baju Tao dan mencari kayu api yang kering. Tao menggosok kepalanya yang sakit akibat dipukul oleh Mijoo.
×××
"Hana, Mijoo mana?" tanya Eunqa yang baru turun dari memanjat pokok.Hana memandang sekeliling.
"Entahlah," balas Hana lalu segera bangun dan pergi kearah Taeyeon.
"Tae, kau nampak Mijoo?" tanya Hana sambil menepuk bahu Taeyeon. Taeyeon menggeleng sambil menjongket bahunya. Hana meneguk liurnya. Habislah dia.
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro