
Part 30
Eunqa bangun dengan perlahan-lahan dek kerana kesakitan. Dia mamai dan masing pening. Gadis itu memandang sekeliling dan mula mencari rakan-rakannya.
"Hana, Minsya, Shinka, Seolhyun, Mijoo. Bangun!!" kejut Eunqa. Dia berdiri dan membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
"Oh my god!" Eunqa hampir menangis. Minsya bangun seraya itu memegang bahu Eunqa.
"Kepala aku sakit..kita..kat mana?" soal Minsya. Eunqa dengan pantas memeluk Minsya sekuat hati. Dia menangis sepuas-puasnya. Minsya terkejut dan kaku.
"Sya! Minsya! Kita dah balik ke bumi! Kita ada kat halaman rumah ni Minsya!" jerit Eunqa keriangan. Minsya tersedar dan memandang sekeliling kemudian dia turut sama menjerit keriangan.
"YeoGi! Ireona! Kita dah balik rumah!" jerit Minsya dan Eunqa serentak. Mereka berdua mula berlari-lari dalam bulatan seperti kanak-kanak riang.
Ahli Yeogi terbangun serentak. Mereka masih mamai.
"Dah sampai rumah?" soal Shinka.
Eunqa mengangguk.
"Kyaa YeojaGirls. Buat apa kat sini? Masuklah!" panggil Hongki dengan senyuman misteri. Ahli yeogi yang terlalu excited berlari dan memeluk Hongki dengan eratnya.
"Oppa! Bogoshipeo! Kami lapar! Hehehe.." jerit mereka serentak.
Hongki menjemput mereka masuk ke dalam rumah dan tidak ada yang sedar langsung akan aura hitam yang berada disekeliling Hongki.
"Hana mana?" soal Taeyeon. Mijoo mengangkat bahu. Dia pasti Hana ada bersama mereka tadi tapi sekarang sudah hilang.
"Dia dah masuk kot. Dia kan pelahap sama macam Shinka. Hahaha!" Jungli menyedapkan hatinya sendiri.
---------------
( Hana pov )
Oh tuhan..apa aku nak buat ni?
Diorang tak nampak ke makhluk hitam tu. Kenapa siap boleh peluk lagi?
Adakah aku sorang je yang boleh nampak semua ni?
Macam mana pulak aku boleh ada dekat sini dan tanpa diorang?
Aku pun tak pasti. Tapi tadi ada satu tangan yang tarik aku ke belakang pokok ni. Suara tu...macam suara...
Chanyeol..
Aku mesti selamatkan diorang..
----------
"Oppa..Jinjja mashisseo!" puji Mijoo dan memberikan thumbs up kepada Hongki.
Tapi Hongki tidak memberikan sebarang reaksi kepada mereka. Dia hanya diam.
Hongki tersenyum sinis.
'Makanlah..makan sepuas hati sampai 'dia' makan habis usus korang..hahaha..'
Manakala Seohyun pula, dia teragak-agak untuk makan. Jadi dia meminta untuk beredar ke tandas sebentar.
"Sulli unnie. Jom teman saeng?" pinta Seohyun. Sulli mengangguk setuju tanpa mengesyak apa-apa pun.
"Seo and Sul...good luck.." kata Hyoyeon. Tak senonoh punya budak. Seohyun menjegilkan matanya. Geram ada kakak yang suka mengusik seperti itu.
----------------
"Ha--"
"Arghh--" mulut Hana ditekup. Hana terperanjat. Badannya dipusingkan menghadap seseorang.
"Chanyeol?"
Chanyeol mengangguk.
"Aku ni..gwenchana aku ada, kau jangan takut." Chanyeol menggenggam tangan Hana dengan eratnya. Keduanya canggung.
"Cha--chan..yeol, kita kat mana ni?" soal Hana gagap.
"Dalam dunia fairvil. Dimana dunia ni hanyalah bayangan kau.." balas Chanyeol.
"Tapi..aku nampak—"
"Kau nampak benda yang asal. Diorang dah kena pukau. Tapi kau tak boleh dipukau sebab darah kau lebih kuat daripada diorang. Sistar tak dapat kuasai kau. Jadi kita kena tolong ahli yang lain.." jelas Chanyeol.
"Mana. yang lain? " tanya Hana. Chanyeol merenung Hana.
"Kenapa? Tak suka kalau kita berdua je?" Chanyeol tersenyum sinis. Saja hendak mengusik. Matanya yang boleh memukau seluruh dunia itu membuatkan pipi Hana berona merah. Chanyeol tergelak.
"Kyeopta. Dah jom kita selamatkan diorang.." Chanyeol memegang tangan Hana lebih erat dan melangkah kearah gua di hadapan mereka.
-bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro