Part 3
( BUMI )
Seluruh dunia dihebohkan dengan kehilangan 11 gadis popular berasal dari Korea.
Selama berbelas malam polis dan pihak berkuasa melakukan pencarian ahli-ahli YEOGI tetapi keputusannya tetap sama. Mereka tidak dapat kesan di mana-mana di dalam negara ini.
"Hongki, macam mana ni!?" soal ibu kepada Hana yang cemas.
"Macam mana anak kami semua boleh hilang ni!" soal ibu kepada Eunqa pula. Satu-satunya anak yang dia miliki telah hilang beberapa minggu yang lalu tanpa khabar.
"Hongki, buatlah sesuatu. Dia satu-satunya anak eomonim," rayu ibu Minsya pula.
"Apa yang dah terjadi sebenarnya ni Hongki? Kamu ke mana sebenarnya waktu kejadian? Kenapa kamu tak ada bersama mereka?" tanya ibu kepada Taeyeon. Mereka semua resah.
Hongki memandang ibu-ibu dihadapannya. Semuanya bagai hilang arah sekarang. Dia mengeluh lemah. Bawah matanya sudah pun dipenuhi lebam hitam kerana tidak cukup tidur. Dia pun sudah tiga hari tidak mandi.
"Eomonim-eomonim semua. Hongki minta maaf sebab tak jaga diorang. Hongki bersalah. Hongki sepatutnya teman diorang tapi Hongki pergi jaga anak saudara Hongki. Dia sakit. Mianhaeyo," jelas Hongki yang kesal. Dia boleh saja membawa anak saudaranya ke rumah ahli YEOGI tapi dia tidak melakukannya.
Macam mana dia nak selesaikan hal ini sekarang?
( Vampire world / planet lyoxo )
Ahli YEOGI membuka mata mereka perlahan-lahan setelah begitu lama pengsan. Hal yang pertama mereka lihat setelah bangun ialah sebuah bangunan asing.
"Waaaa!" Mereka menjerit serentak.
"Unnie. Tempat apa ni?!" tanya Seohyun.
Mereka terkejut kerana sekarang ini, mereka sedang berada di dalam bangunan yang kelihatan seperti sebuah istana.
Di hadapan mereka, ada seorang lelaki sedang berdiri dengan lengkap berpakaian hitam seperti tuxedo dan mantel di belakangnya. Bingung.
"Kau siapa?" tanya Hana sambil memeluk Seohyun yang ketakutan.
Lelaki tersebut tersenyum.
"Aku Kim Woo Bin. Raja Vampire disini. Selamat berkenalan—" ujarnya dengan suara garau. Tapi secara tiba-tiba, dia bertempik, "ANNYEONG!" sapanya dengan mesra. Ahli YEOGI terperanjat dan semakin kebingungan.
"Huh? Dia cakap apa tadi? Vampire? Kau ni peminat fanatik Twilight ke?" Sulli bersuara.
"Ni rancangan yang ada kamera tersembunyi tu ke? Mana kameranya? Sini aku nak sapa baik-baik," ujar Jungli sambil menggulingkan bebola matanya.
"Ini real lah. Cuba bukak mata besar-besar. Ada mata tak nak guna. Tch," sindir Woobin lalu terbang kearah mereka dengan selambanya.
Dan akibat perbuatannya, dia telah menyebabkan kesebelas gadis itu terketar-ketar. Mereka menjerit serentak sekali lagi.
"Siapa kau dan apa yang kau nak?!" jerit Eunqa. Woobin merenung Eunqa lalu tersengih dan menggaru belakang kepalanya. "Sorry hehe," ujar Woobin.
"Aku cuma nak korang bantu aku," jawab Woobin sambil tersenyum lagi.
"To—tolong apa?" soal MinSya.
"Tolong...selamatkan dunia kami?" balas Woobin. Dia mengelilingi mereka dengan perlahan-lahan. Tangannya diletakkan ke belakang. Ahli YEOGI merenungnya seperti dia orang gila.
"Kau fikir kitorang ni superwoman nak tolong selamatkan dunia bagai?" sindir Hana. Woobin merenung Hana sehingga membuatkan pandangan gadis itu jatuh ke lantai.
"Jangan nak sindir-sindir aku," marah Woobin lalu mencebik.
'Seriously dude. Psiko ke lelaki ni?'
"Saya bukan psiko," jawab Woobin sambil memandang kearah Taeyeon.
'Dia boleh baca fikiran aku?'
"Semestinya Kim Taeyeon," jawab Woobin lagi sambil menyilangkan tangannya dan memandang Taeyeon dengan pandangan yang menggoda. Mereka semua terdiam dan segera menghapus fikiran daripada berfikir yang bukan-bukan.
"So, katakan ini semua real dan bukan mimpi. Apa yang awak nak kami buat?" tanya Minsya setelah sekian lama berdiam diri.
"Kan dah cakap tadi, tolong selamatkan dunia Vampire ni. Pehal lah manusia ni nak kena ulang-ulang balik," gumam Woobin, menyampah.
"Tahulah! Tapi nak tolong macam mana?!" marah Minsya kerana Woobin tidak memahami soalannya tadi sehingga membuat Woobin pula ketakutan.
"Oh! Hehehe, jangan marah," gelak Woobin tapi nada suaranya kedengaran gementar. Minsya menjeling tajam kearahnya.
"Perangai tak macam raja vampire langsung," sindir Hana padahal sudah diberi amaran agar tidak menyindir lelaki itu.
"Shut up please! Macam ni sebenarnya. Ini mungkin korang semua dah tahu, tapi saya akan mulakan dari asas dulu. Korang ade jenis darah pelik yang sama kan? So, darah korang boleh bantu kitorang." jelas Woobin, dengan wajah yang serius. Ahli YEOGI mengangguk perlahan.
Mereka memang mempunyai jenis darah yang berbeza daripada manusia lain di bumi. Bahkan disebabkan hal ini, mereka menjadi terkenal selain daripada kerana membentuk girlgroup. Pada hari kelahiran mereka, doktor-doktor sampai kebingungan, risau apa yang akan terjadi sekiranya ada yang sakit kerana darah mereka tak dapat menerima penderma lain mahupun didermakan. Tapi syukur, mereka sihat-sihat sahaja sepanjang hidup mereka.
"Wait—Maksudnya, kau nak hisap darah kami ke?" tanya Mijoo, mengangkat sebelah kening.
"Tak ahh, tak cukup," balas Woobin, selamba.
"Huh? Habistu nak tolong macam mana?" tanya Jungli pula.
"Erm, korang kena masuk ke hutan larangan sana tu dan cari Batu Mutiara Biru," jawab Woobin lalu menunjuk kearah hutan yang berada jauh dari istana.
"Hutan larangan?"
"Bunyi macam bahaya je?" Sulli mencelah.
"Ada tengok muka aku yang kacak ni kisah ke kalau bahaya sekalipun?" soal Woobin kepada Eunqa dan Sulli.
"Cis! Habis tak kan kau nak bahayakan nyawa kitorang!" Hana meninggikan suaranya kepada Woobin lagi.
Zusspp!!
Sekelip mata Woobin berada di hapadan Hana dengan mata merahnya yang menyala. Hana sudah takut tapi dikawal riak wajahnya.
"Jangan sesekali tinggikan suara pada aku. Aku tak suka," ujar Woobin, serius. Hana terdiam sekali lagi. Mereka berbalas pandangan.
"Woobin!" Jeritan seorang wanita yang lengkap berpakaian seperti seorang permaisuri menggegarkan seluruh istana.
Wajahnya agak mirip dengan Bella Swan. Mukanya juga pucat, tetapi tidak menutupi kecantikan aslinya.
"Hyeri!" sahut Woobin lalu melangkah ke belakang dan menjauhi Hana.
"Kyahh pabo! Oppa curang dengan Hyeri kat dalam istana ni? Sekali lagi?! Dengan satu dua tiga—sebelas orang perempuan?! Woi!" jerit Hyeri histeria lalu memukul-mukul Woobin.
Woobin tidak dapat melawan malah dia hanya dapat melindungi diri dengan kedua-dua tangannya sahaja.
Ahli YEOGI tergelak setelah melihat Woobin dipukul oleh seorang perempuan.
"Kenapa gelak?" soal Hyeri, geram.
"Kejap kamu semua—manusia?!" jerit Hyeri lagi setelah dia menghidu mereka. Bau harum manusia.
"Nae. Siapa awak?" jawab Hana dan memandang Hyeri.
"Saya Kim Hyeri. Selamat berkenalan. Saya isteri si mangkuk hayun ni," perkenal Hyeri lalu memukul kepala Woobin.
"Auchh!" jerit Woobin kerana kesakitan.
"Korang ni balaci atau gundik suami saya?" tanya Hyeri dengan selamba.
"Aniyo! Kami bukan balaci atau gundik dia. Dia tiba-tiba culik kami dan cakap yang kami boleh tolong selamatkan dunia vampire ni," jelas Hana kepada Hyeri sambil menunding jari kearah Woobin.
"Culik? jadi kamu lah sebelas perempuan yang ada darah paling unik tu?" tanya Hyeri sekali lagi dan menjeling Woobin. Hana berkerut. Tak bumi, sampai luar angkasa pun darah mereka asyik disebut-sebut. Menyampah pun ada.
Mereka mengangguk. Sememangnya darah mereka amat unik kerana ia dari jenis 'Z'.
Tapi yang anehnya, ibu bapa mereka memiliki darah dari jenis A, B, AB dan O— iaitu jenis-jenis darah asas bagi manusia. Mereka sendiri pun pelik. Andai kata ada apa-apa berlaku pada mereka, cuma ahli-ahli itu sahaja yang dapat mendermakan darah. Tapi mereka fikir, mereka sekadar terkena mutasi dan sebahagian berfikir yang ianya anugerah tuhan.
"Hurm— Ikut saya sekejap," arah Hyeri.
Mereka membuntuti langkah Hyeri ke ruang utama istana seperti orang suruhan. Kalau diikutkan, mereka lagi percayakan Hyeri daripada Woobin dan Woobin dapat mendengar itu.
"Pakai ni," arah Hyeri sambil menghulurkan penutup leher.
'Dari mana pulak datangnya penutup leher ni?' tanya ahli yeogi dalam hati.
Hyeri hanya diam. Kemudian mereka terus berhenti didepan balkoni istana yang sungguh luas. Dari situ mereka melihat seluruh pemandangan kota Vampire Light.
VAMPIRE Light ialah kota utama atau ibu kota kepada Vampire World / Lyoxo.
"Tengoklah. Seluruh rakyat kami menderita kerana perbuatan lampau nenek moyang kami," luah Hyeri. Sedih.
"Maaf kalau kami terpaksa libatkan kamu. Tapi mengikut legenda, cuma sebelas orang gadis yang memiliki darah unik dapat menyelamatkan bangsa kami. Ianya dah tertulis yang suatu hari nanti, dunia kami akan mengalami kejatuhan dan ianya sedang berlaku sekarang. Saya harap kamu faham dan sanggup menolong kami. Kamu sahaja harapan kami," Hyeri hampir menitiskan air matanya. Semuanya salah dia dan Woobin juga. Kalaulah mereka bertindak awal, pasti rakyat tidak menderita sekarang. Atau sekurang-kurangnya menangguh bencana ini dari berlaku.
Ahli Yeogi melihat keseluruhan kota tersebut. Banyak mayat vampire bergelimpangan di tepi jalan. Ada yang seperti zombi dan macam-macam lagi.
"Hei janganlah menangis. Kami tak boleh tengok orang menangis. Nanti kami menangis jugak," Seolhyun memujuk Hyeri.
Entah dari mana keberanian datang dalam diri Seolhyun untuk mendekati Hyeri dan memeluk bahu si permaisuri vampire.
"Jangan risau, saya tak kan hisap darah korang sebab saya hanya makan makanan macam manusia je. Kami dekat planet ni dah perlahan-lahan cuba untuk menjadi vampire vegetarian— kalau itu yang manusia maksudkan untuk orang yang tak makan daging?" terang Hyeri sambil mengelap air matanya.
Shinka menarik tangan Hana, Eunqa dan Minsya ke belakang. Dia mula berbisik kepada mereka bertiga.
'Korang rasa patut ke kita bantu unnie Hyeri dengan si Woobin tu?' tanya Shinka kepada mereka, masih ragu-ragu.
'Erm aku rasa aku nak tolong,' jawab Eun Qa sambil menggigit jari.
'Aku pun sama. Kesian lah aku tengok,' balas Hana.
'Tapi kita nak tolong macam mana?' soal Minsya.
'Kita cari batu je kan? Takkan lah susah sangat? Tak mati pun kan?' balas Hana dan ketawa. Mereka terdiam.
'Fine. Aku akan tolong tapi hanya sebab dia baik. Kalau bukan sebab Hyeri, aku tak kan bantu dunia pelik ni,' ujar MinSya.
"Korang bisik-bisik pasal apa tu?" tanya Seohyun sehingga membuatkan keempat-empat mereka terkejut.
"Hah? Nothing!" jawab Hana lalu segera pergi kearah ahli Yeogi dan Hyeri berada. Dia mengelak daripada Seohyun.
"Hyeri!" panggil Hana.
"Ya?"
"Kami dah buat keputusan. Kami akan bantu dunia vampire ni," beritahu Hana dengan yakinnya.
"Unnie! Kenapa tak bincang ngan kitorang?" jerit ahli Yeogi yang lain.
"Percayakan unnie ya?"
"Jinjja?" tanya Hyeri dengan senyuman yang mekar di bibir. Hana mengangguk lagi.
"Kamsahamnida! Jom la kita masuk ke dalam sekarang!" Hyeri menarik tangan Hana masuk ke dalam istana manakala yang lain hanya membuntuti mereka.
Mereka masih tak berpuas hati sebenarnya.
××
Kini mereka sedang berada ditengah-tengah sebuah bulatan yang aneh. Setiap seorang berada di dalam satu bulatan yang dibawahnya mempunyai sejenis corak yang berlainan.
Ada corak phoenix, air, unicorn dan macam-macam lagi.
Sedang mereka memerhati corak aneh itu, Woobin muncul dengan muka serius.
"Korang betul-betul nak tolong kami?" tanya Woobin sekali lagi.
Ahli YEOGI merenung Hana yang nampaknya menunggu mereka untuk bersetuju. Mereka mengeluh.
"Ya.." jawab YEOGI serentak.
"Pejam mata dan tenangkan jiwa raga korang. Kosongkan minda, bayangkan korang seperti seorang bayi yang baru lahir. Yang penting ikhlaskan hati korang untuk bantu kitorang," arah Woobin
"Untuk?" soal Seohyun.
"Buat je," balas Woobin.
Ahli YEOGI menurut segala perintah Woobin.
Tiba-tiba satu persatu cahaya muncul dibawah mereka. Cahaya tersebut datang dari corak-corak yang berada di situ.
"Hyoyeon, kenapa awak masih ragu-ragu?" tanya Woobin apabila melihat tiada sedikit pun cahaya muncul dibawah Hyoyeon.
"Saya..saya tak pasti.." kata Hyoyeon manakala matanya masih tertutup.
"Apa yang awak tak pasti?" tanya Hyeri kepada Hyoyeon.
"Saya—saya tak pasti samaada keputusan saya ni betul atau tidak," jawabnya
"Hyo, percayalah keputusan yang kita buat ni betul. Trust me." Salah seorang dari ahli YEOGI berkata tapi Hyoyeon tidak tahu siapa memandangkan dia terlalu gementar untuk mengecam suara tersebut.
Hyoyeon menarik nafasnya dalam-dalam. Dia cuba untuk berfikiran positif meskipun dia sedikit gentar. Kemudian keluarlah cahaya dari corak yang berada di bawah telapak kaki gadis itu.
-bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro