Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 26


"Kalau aku nak sentuh jugak?" Hyorin mula mencabar Sehun. Sehun sudah naik angin.

"Jangan kau berani!" ugut Sehun. Hyorin tergelak sakan mendengar ugutan Sehun.

Dia mula menapak ke hadapan dan mahu memegang bahu Seohyun. Tiba-tiba Kyungsoo menghentakkan kakinya sekali lagi dan membuatkan seluruh istana bergegar. Hyorin jatuh terjelopok diatas lantai.

"Yeogi Z! Pergi!" arah Kyungsoo. Mereka segera keluar dari istana lama itu. SISTAR cuba untuk mengejar tetapi Luhan sempat menggunakan kuasa telekinesisnya dan cuba untuk menahan pintu istana.

Sehun meniupkan puting beliung supaya pintu istana cepat tertutup. Akibatnya, ahli SISTAR terperangkap di dalam sana. Dengan kesempatan itu, ahli EXO dan YEOGI segera lari ke dalam hutan dan menjauhi istana lama itu.

Mereka berusaha untuk berlari dengan lebih laju daripada Usain Bolt.

Hyorin mengetuk pintu istana dengan kuat sehingga ia bergegar. Api kemarahannya semakin membuak-buak. Soyou cuba untuk menenangkan Hyorin.

"Dah lah, nanti terbukak lah pintu tu. Kita ada banyak masa lagi nak hapuskan diorang," pujuk Soyou. Hyorin mendengus kasar. Dia masih tak berpuas hati.

----------

"Palli!" jerit Baekhyun. Mereka mengetuk kepala Baekhyun serentak. Walhal mereka sudah pun berlari agak jauh dari istana tersebut.

"Senyap sikit. Bising lah! Kau nak SISTAR tangkap kita ke?" marah Tao. Baekhyun mencebik.

"Sorry.." balasnya namun dalam nada tak ikhlas. Mereka tercungap-cungap menghirup oksigen, kepenatan setelah berlari jauh.

"Erm. Bleh aku tanya sesuatu tak?" soal Hana dengan serba-salah sambil mengangkat tangannya. Ahli EXO mengangguk.

"Siapa SISTAR dan kenapa diorang nak hapuskan kitorang?"

EXO terdiam sebentar.

"Sebenarnya—" Kyungsoo mula menceritakan kisah sebenar dari A hingga Z. Bagaimana SISTAR yang dulunya baik bertukar menjadi jahat dan mengapa mereka berdendam dengan Woobin dan Hyeri. Semuanya diceritakan kepada YEOGI.

"So, sebab tulah diorang nak hapuskan kitorang? Sebab kitorang boleh bantu korang?" ujar Shinka. Kyungsoo menggeleng.
"Buat itu aje. Tapi ada sebab lain juga," sambung Kyungsoo lagi.

"Sebab apa?" soal YEOGI serentak.

"Korang tahu kenapa kami panggil korang YEOGI Z?" tanya Chanyeol. Mereka menggeleng.

"Dulu, masa nenek moyang kami a.k.a mak ayah Woobin berlawan dengan raja planet SISTAR, ayah Woobin iaitu Raja teragung tercedera di bahagian lengan. Kecederaan tu sangat parah sampai dia perlu meminta bantuan dewa untuk pulih. Dengan pertolongan dewa, darah sakti ayah Woobin yang tumpah berpecah menjadi 11 titisan dan kami rasa darah tu dah jatuh ke bumi. Ingat lagi dimana tahun 1997-1998? Waktu tu, ada 11 cahaya aneh yang masuk ke atmosfera bumi dan hilang secara tiba-tiba.."

"Manalah kitorang ingat.. tahun tu kitorang baru je lahir," celah Hana.

"Dan setengah dari kami pulak ada dalam perut mak lagi waktu tu," celah Seohyun.

"Sabarlah. Bagilah kitorang cerita dulu," celah Sehun.

"Lepastu, kitorang rasa yang 11 titisan darah tu dah masuk ke dalam badan ibu bapa korang dan mengalir ke dalam badan korang. Kitorang rasa, itulah sebabnya kenapa hanya korang yang ada darah jenis Z sedangkan di dunia korang, hanya ada darah jenis A, B, AB dan O.." jelas Chanyeol lagi.

Mereka semua termangu.

"Apa kena mengena Z dengan darah tu?" soal Taeyeon.

"Darah ayah Woobin dari jenis Z.. kot.." balas Chanyeol.

"Aku tak faham lagi. Masa tu Bora ada cakap pasal anak lah apelah. Apa maksud dia?" soal Seolkid pula.

"Maybe dia ingat kita anak dan adik beradik Woobin kot. Sebab kita ada darah Z tu?" celah MinAh.

"Ada betulnya jugak tu.." sokong Mijoo.

Mereka tidak sedar yang mereka sudah jauh berjalan dan jauh dari istana tinggalan tadi..

Bumm bumm

Bunyi kilat menyambar menyebabkan mereka berhenti seketika.

"Cari tempat berlindung sekarang!" arah Luhan. Mereka mula berpecah.

Chanyeol dan Hana
Baekhyun dan Taeyeon
Kyungsoo dan Shinka
Suho dan Minsya
Kai dan Hyoyeon
Sehun dan Seohyun
Minseok dan Jungli
Luhan dan Eunqa
Jongdae dan Sulli
Yixing dan Seolhyun
Tao dan Mijoo

Masing-masing mula berteduh di bawah pokok yang rendang. Hujan mula membasahi hutan tanpa henti.

Mereka sampaikan tertidur sebentar di dalam kesejukan yang teramat dek kerana terlalu penat.

-bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro