Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 24

[Why Am I Like This- Suzy Miss A]

"Jaehyun! Jaehyun! Bukak pintu ni! Sebelum aku rempuh! Jaehyun!" jerit Eunqa seperti orang daripada pejabat agama yang datang untuk menangkap orang yang berkhalwat. Rasa takutnya sudah hilang. Sekarang, amarah pula yang menguasai dirinya.

Jaehyun membuka pintu bilik persidangannya dengan wajah sembab. Terdapat kesan tumbukan di pipinya. Darah kesan tumbukan juga mengalir perlahan di bibirnya. Hujung bibir.

"Uwaaa. YEOGI Z dah sampai.. Masuk-masuk!" Pelawa seorang gadis berkulit hitam coklat dengan senyuman yang mampu membuatkan orang menyampah. Dialah Hyolin.

"Kau siapa?" soal Hana yang sedang memaut bahu Minsya dibantu oleh Mijoo.

"Hahaha..Kalau kau nak tahu.. Aku lah penyebab semua ni berlaku. Aku yang paksa Jaehyun racuni korang..kan? Lee Jaehyun kan? Atau lebih tepat lagi. Im Hongmin," kata Hyorin lalu tersenyum sinis

Terbeliak mata ahli YEOGI mendengar nama yang disebut oleh Hyorin tadi

"Im..Im Hongmin? Abeoji kepada Yoona Sunbaenim?" ujar ahli YEOGI, sangat tergamam.

"Patutlah haritu doktor suruh kami berhati-hati!" jerit Hana. Tiba-tiba wajah Jaehyun a.k.a Hongmin bertukar menjadi tua. Wajah yang tegang bertukar menjadi berkedut.

"Oh my.." jerit ahli YEOGI serentak dan terjatuhkan Minsya. Minsya jatuh terjelopok dan mereka tidak menghiraukannya.

Mereka lebih tertarik melihat Jaehyun yang bertukar menjadi Hongmin. Mulut mereka ternganga.

"Betul tu. Dia ayah saya sebenarnya," kata Jaena dari jauh. Wajahnya bertukar menjadi wajahnya yang asal.

"Yoona sunbaenim?!" jerit mereka, terkejut.

"Hyolin-ahh, betul ke ni hero yang akan selamatkan vampire world? Nampak macam sawan adalah," Bora bersuara. Hyolin mengurut kepalanya yang pening.

"Aku pun tak tahulah. Author punya pasal lah buat watak hero jadi zero.. Mengarut tak habis-habis," balas Hyolin dan membuatkan author marah. Rasa nak tumbuk jer budak ni..

"Sunbae..Kenapa sunbae sanggup buat semua ni?" tanya Seolhyun dengan linangan air mata yang tak henti-henti turun ke pipinya. Yoona turun menangis. Tak sanggup dia mahu membunuh hoobae kesayangannya.

"Mianhae," kata Yoona dan terus membantu appanya berdiri. Dia pun tak mahu semua ini berlaku sebenarnya.

"Hoi..drama indo korang dah habis ke? Bosannya," sergah Soyou yang memang betul-betul mengantuk. Sudahlah drama sepanyol berada disebelahnya, sekarang drama keling pula berada didepannya

"Dah!" balas mereka dan kembali ke posisi asal.

"Kau..korang..Kejam!" jerit Mijoo. Nafasnya naik turun.

"Hahahaha. Jangan marah dulu. Part korang terbunuh tak sampai lagi.. Tunggu author cakap dulu." Dasom menenangkan keadaan.

"Bodoh kau cakap tu kenapa? Kan rahsia dah terbongkar! bongok!" Hyolin mengetuk kepala Dasom sehingga benjol lapan.

"Sorry."

"Tolonglah..Jangan kacau kitorang!! Sembuhkan lah Minsya. Tolonglah!!" rayu Hana lalu melutut di hadapan Sistar.
"Apa kau buat ni? Bangunlah!" arah Eunqa. Hana menggeleng.
"Melutut sekarang!" arahnya.
"Tak mahu!!" balas Eunqa.
"MELUTUT!" jerit Hana. Hana nampaknya terdesak untuk menyelamatkan Minsya. Mereka tersentak. Ahli YEOGI akur dan segera melutut walau hati mereka tidak rela.

×××

"Sampai!" jerit Kai dengan suara gembira. Ahli EXO dan YEOGI terpegun melihat istana yang lebih buruk daripada istana Woobin. Hahaha..Kutuk woobin sikit.

"Mana kita nak cari diorang ni?" tanya Shinka sambil melilau-lilau memandang sekeliling. Dia menutup hidungnya setelah terbau buah busuk datang daripada atas katil.

"Look.. aku rasa diorang baru aje makan buah ni tadi. Mesti diorang ada berdekatan," kata Shinka sambil menunjukkan kearah buah pear yang berada di atas katil.

Rupa-rupanya mereka telah di teleport ke dalam bilik tidur ahli YEOGI yang terpisah tadi..

"MELUTUT!!!"

Terkejut mereka dibuatnya dengan suara jeritan itu. Mereka sama--sama memandang kearah koridor.

"Itu Hana!" jerit mereka dan berlari kearah bilik persidangan raja-raja.

×××

"SISTAR!!" jerit EXO yang baru sampai. Mereka menunjukkan muka garang kearah empat orang ahli Sistar.

"Sampai jugak ZERO yang sebenar," kata Hyolin lalu tergelak besar.

EXO memandangnya seperti mahu membaham habuan.

"Korang buat apa ni..kenapa melutut bagai?" tanya Taeyeon dan segera menarik lengan Hana dan membantu dia bangun begitu juga yang lain.

"Minsya.." Eunqa bersuara. Suho dengan serta merta berpaling kearah sekujur tubuh yang berada di tepi pintu.

"MINSYA!!" jeritnya.

-bersambung


singgah baca ff baru saya ya.. thanks.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro