Part 21
"ARGHHHHHH!!"Jerit ahli YEOGI sewaktu melihat sekujur tubuh lengkap berpakaian bak putera di zaman Cinderella di hadapan mereka.
"Help!!" rayu si putera. Keenam-enam ahli YEOGI terpesona sewaktu memandang wajah sang putera yang kacak.
"Uwaaa. Awak makan apa eh? Kenapa wajah awak licin sangat?" tanya Eunqa. Sempat lagi dia, haih.
"Awak makan pamoga ehh?" soal Minsya pula. Dua kali lima dengan Eunqa. Sang putera yang hampir mati mengetuk kepalanya. Orang dah nak mati dia sempat lagi tanya benda mengarut macam tu?
"Kyaa! Saya dah nak mati lah. Tak nampak pedang kat dada saya ni?" soal Sang Putera.
"OMG! Sorry sorry. Awak dah nak mati sempat lagi datang sini. Kenapa tak pergi hospital?" soal Eunqa dengan cemas.
"Kalau boleh memang dah lama saya nak pergi.. Tapi masalahnya ni hutan! Bukan bandar!" jerkah sang putera.
"Siapa nama awak eh?" tanya Mijoo.
"Putera Jaehyun," jawabnya dua patah. Mijoo tersengih.
"Meh sini. Saya cabut pedang tu," arah Mijoo dan menarik pedang di dada Putera Jaehyun dengan selamba.
"Emakkkk!!" jerit Putera Jaehyun, kesakitan.
"Unnie. Ada kain lebihan tak? Nak kena tutup luka dia ni," tanya Mijoo sambil menekan luka di dada Jaehyun. Darah mengalir laju disebabkan Mijoo yang memandai-mandai mencabut pedang di dada Jaehyun.
"Kejap," Minsya pergi ke dalam semak dan membuka bajunya. Nasib baiklah dia memakai dua helai baju. Dia kembali sambil membawa sehelai baju putih dan menghulurkannya kepada Mijoo. Mijoo mengikat baju tersebut disekeliling badan Jaehyun.
"Waa..boleh sembuh ke macam tu?" tanya Hana. Mijoo mengangkat bahunya.
"Entah," jawab Mijoo. Hana mengetuk kepala Mijoo. Dia rawat tapi dia tak tahu? Apakah?
"Erm..Alang-alang tu nak tanya boleh?" soal Seohyun. Putera Jaehyun mengangguk. "Putera berlawan dengan siapa sampai tertusuk pedang ni?" sambung Seohyun.
"Errr..musuh saya," jawab Jaehyun, dia menelan liur. Macam risaukan sesuatu. Seohyun mengangguk-angguk tanda faham.
"Hari dah malam, jomlah pergi istana saya?" ajak Jaehyun. Makin lama dia berada di sini, makin cepat rahsianya terbongkar. Ahli YEOGI mengangguk. Daripada mereka berlegar-legar disini, baik mereka pergi ke istana Jaehyun.
"Kaja!" ajak Jaehyun dan bangun dengan perlahan-lahan dibantu oleh gadis-gadis naif itu.
Skip: istana Jaehyun
"Fulamak! Besar mak aihh!" Terpukau mereka melihat istana milik Jaehyun. Ianya lebih besar daripada istana Woobin dan Hyeri. Sudahlah diperbuat daripada ais.
Tiba-tiba empat orang pengawal wanita datang dan menghunuskan pedang kearah keenam-enam ahli YEOGI . Mereka berundur ke belakang setapak demi setapak sehingga terlanggar satu sama lain dan terduduk
Jaehyun berpusing ke belakang dan memarahi empat orang pengawal wanita itu.
"Andwae! Diorang bukan orang jahat. Diorang telah bantu beta tadi..Lepaskan diorang!" Arah Jaehyun. Keempat-empat pengawal tersebut akur dan berundur ke belakang.
Mereka membuka pintu istana dan mempersilakan ahli YEOGI untuk masuk..
Mijoo memandang sekeliling dengan bersemangat. Dia terpandang satu lorong di situ. Kepalanya mulai mendendangkan lagu kegemarannya.
"do you want to build a snowman..come' on lets go and play~ i never see you anymore..come out the door,its like you've gone away~~ we used to be best buddies. And now we're not..i wish you would tell me why~~ "
"Hoii Mijoo!" jerkah Hana. Mijoo tersentak. "Kau tengok apa tu?" soal Hana. "Tadi..Mijoo nampak Anna tengah panggil..El--sa?" Mijoo memandang kearah lorong tadi..
Tapi sekarang ianya kosong. Hanya dinding ais sahaja yang berada di situ.
"Banyaklah kau Anna Elsa. Berangan tak sudah.." celah Minsya.
"Aniyo! Betul Mijoo nampak tadi!" Mijoo menafikan tuduhan Minsya. Dia pasti dia tidak berangan tadi.
"Haha. Sudah-sudah. Kejap lagi ada lah tu perempuan rambut putih turun lepastu dia jumpa Mijoo. Lepastu Mijoo kau pergi lah minta autograf dia.." sindir Eunqa.
"Ha'ah. Nanti dia cakap nama dia Elsa. Lepastu Mijoo kau pergilah main beku-bekukan orang dengan dia," celah Hana. Mereka ketawa selepas melihat muka Mijoo yang sedang menahan geram.
"Hey, korang buat apa lagi kat situ? Palli naik!" arah Jaehyun. Mereka mengangguk dan mendaki satu persatu anak tangga yang diperbuat daripada ais.
"Yow brother!! Short time not see huh?" sapa seorang wanita berambut putih, berbaju biru dengan gaya hiphop. Dia bersalama dengan Jaehyun seperti seorang lelaki.
Terbeliak mata Eunqa dan Hana melihat wanita itu. Tak sangka sindiran mereka menjadi kenyataan.
"Kenalkan.. Ini Elsa.. adik perempuan saya," kata Jaehyun sambil memegang atas kepala Elsa. Elsa menunduk hormat.
"Pu—putera..Adik awak ni..watak disney ehh?" tanya Seolhyun. Elsa ketawa.
"Aniyo..Nama saya sebenarnya Jaena.. Tapi saya lebih suka orang panggil saya Elsa. Saya tahu pasal kartun tu," balas Elsa dan ayat terakhirnya itu dibisikkan dalam nada bergurau.
"Saya memang taksub dengan warna biru dan putih. Mian kalau tersalah anggap.. hohoho!" kata Jeana a.k.a Elsa sambil ketawa. Ahli YEOGI ketawa dengan kekok. Hana dan Eunqa berfikir yang mereka berdua dah pun hilang akal.
---------------------------
"Ingat! Kau kena pastikan diorang makan buah pear ni.." kata salah seorang pengawal kepada Jaehyun. Jaehyun tunduk tanda akur. Dia mengambil buah pear yang berada di dalam bakul buah-buahan.
"Kalau kau gagal. Nyawa dia dalam pertaruhan. Kau dengar Jaehyun?Jaena?" jerkah pengawal yang kedua.
"Hyorin.. Soyou..tak payah lah nak garang sangat.. Don't worry lah. Diorang ni sure akan ikut cakap kita," kata Bora dengan gaya hiphop.
"Betul tu. Jangan garang sangat. Kalau macam ni bukan diorang je takut. Dengan kami berdua sekali takut," celah Dasom.
"Shh! Senyap. Ada orang datang ke sini," arah Soyou lalu memakai semua penutup mukanya dan berdiri tegak di hadapan Jaehyun dan Jaena.
Mereka berpura-pura untuk pergi dari situ. Jaehyun dan Jaena segera memulakan lakonan mereka.
"Ahh! Putera dengan Puteri buat apa kat sini?" tanya Hana sambil meninjau keadaan sekeliling.
"Ka..kami saja ronda-ronda. Awak tu yang nak pergi mana malam-malam macam ni?" jawab Jaena. Hana tersengih.
"Tak ke mana. Saja tengok-tengok istana. Tak pelah kalau macam tu. Saya naik ke bilik dulu.." balas Hana lalu segera berlari ke dalam istana. Dia masuk ke dalam bilik dan menguncinya dengan kelam-kabut.
Eunqa, Minsya, Seohyun, Seolhyun dan Mijoo terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang disebabkan oleh Hana.
"Kau dah kenapa budak?" tanya Minsya. Hana masih membuat muka cemasnya.
"We're in danger!!" balas Hana.
Eunqa, Minsya, Seohyun ,Seolhyun dan Mijoo memandang satu sama lain.
"Da..danger?"
- bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro