Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 15

Shinka mengambil sebiji epal yang berada berdekatan dengan Sulli kerana lapar. Dia mulai mengunyah epal tersebut dengan penuh perasaan. Tiba-tiba dia teringat akan cerita Snow White dan 7 orang kerdil.

'Kalau aku makan then pura-pura pengsan, agak-agak diorang akan tertipu tak ehh?' gumam Shinka dalam hati. Dia memandang kesemua ahli EXO dan YEOGI bersilih ganti.

"Jinjja! Mashitta!" jerit Shinka namun tiada siapa yang menghiraukannya.

Shinka sudah bersedia untuk berlakon, tapi dia diganggu dengan bunyi seseorang batuk meminta tolong.

"Urkk..urkk..tolong!" Taeyeon meminta bantuan lalu jatuh pengsan. Shinka tidak jadi untuk meneruskan lakonannya.

"Bhahaha, wei Taeyeon takkan lah kau berfikir benda yang sama macam aku?bhahahaha!" gelak Shinka tiba-tiba. Ahli EXO dan YEOGI memandang Shinka, pelik.

"Apa yang kau fikir?" soal Eunqa. Padahal dia sudah pun panik melihat keadaan Taeyeon.

"Aku nak pura-pura pengsan macam Snow white lepas makan buah epal ni," balas Shinka, jujur.

"Taeyeon! Ireona!" jerit Mijoo sambil menampar pipi Taeyeon. Keluar cecair putih daripada mulut Taeyeon. Mijoo cemas.

"Taeyeon keracunan!" jerit Mijoo lalu menampar sekali lagi pipi Taeyeon supaya bangun.

"Mwo? Tepi sikit!" arah Baekhyun lalu menolak Mijoo ke tepi. Dia memeriksa nadi Taeyeon.

"Aku rasa dia termakan buah beracun yang menyerupai epal. Jongdae? Kat mana korang ambil buah ni?" soal Baekhyun.

"Dekat pokok besar. Eh tak. Redup sikit. Tak besar sangat pokok tu.." Sulli membantu menjawab.

Baekhyun mengeluh.

"Tepi Baek. Biar aku rawat dia," arah Yixing lalu menggunakan kuasanya untuk menyedarkan Taeyeon.

"Kenapa korang petik buah kat situ? Jongdae, Minseok hyung, Yixing hyung, kenapa tak awasi diorang?!" marah Baekhyun. Yixing tidak menghiraukan tengkingan Baekhyun malah dia lebih fokus kepada Taeyeon.

"Kyaa, jangan nak marah hyung. Hyung tak tau pula diorang boleh pergi dekat dengan pokok tu dan hyung tak perasan pulak pokok tu ada dekat situ!!" marah Minseok. Dia tak suka ditengking oleh orang yang lebih muda darinya.

"Ha'ah! Aku pun tak perasan lah!" balas Jongdae pula.

"Tak perasan pebenda kalau asyik main-main," ujar Baekhyun dan membuatkan kedua lelaki itu semakin naik angin.

"Jangan nak kurang ajar lah!" marah Jongdae.

Sulli yang bosan mendengar pergaduhan mereka segera menjerit.

"Kyaaaa! Hajima! Jangan buat perangai macam budak-budak boleh tak? Matured lah sikit! Hal kecil pun nak dibesarkan! Taeyeon tak bangun lagi dan korang pilih untuk bergaduh daripada tolong dia! Ergh!" marah Sulli lalu berlari ke dalam hutan dengan geram.

Jungli mengekori Sulli dari belakang.

Ahli EXO terdiam selepas mendengar kata-kata Sulli.

"Uhukk-uhukk!" Taeyeon terbatuk dan memuntahkan sesuatu yang busuk. Ianya kelihatan seperti sudah basi.

"Kim Taeyeon, gwenchana?" tanya Baekhyun dengan risau. Taeyeon mengangguk.

"Suho, bagi air sikit dekat dia," arah Baekhyun. Suho mengambil bekas air yang diperbuat daripada buluh lalu memasukkan air ke dalamnya menggunakan kuasanya.

Kemudian dia memberinya kepada Taeyeon. Dia juga memercikkan sedikit air ke muka Taeyeon.

×××

"Sulli, tunggu!" panggil Jungli sambil berlari kearah Sulli. Tercungap-cungap dia berlari untuk mendapatkan Sulli.

Sulli berpusing ke belakang untuk memandang Jungli.

"Kenapa ikut?" tanya Sulli.

"Untuk pujuk kau lah. Dah-dah lah tu merajuk," pinta Jungli. Sulli mengeluh.

"Aku bukannya apa tapi aku benci kalau dengar orang bergaduh. Depan aku pula tu. Kau pun tau kan yang aku ni sensitif sikit," balas Sulli. Jungli memeluk Sulli.

"Ye aku tau. Dah jomlah balik tempat tadi, seramlah kat sini," ajak Jungli sambil memandang sekeliling. Sulli mengangguk lalu pergi kearah tempat mereka berteduh tadi.

Tiba di satu jalan, mereka ternampak ada sebatang sungai yang dipenuhi ikan. Sulli menyuruh Jungli untuk berenang sambil menangkap ikan kerana Jungli pandai dalam bab-bab berenang.

Jungli hanya menuruti perintah sulli tanpa banyak cakap. Semasa berenang,dia terpegun melihat ikan-ikan salmon yang sungguh cantik dan menyelerakan.

"Sul, banyak ikan kat sini!" jerit Jungli lalu berenang ke dasar sungai. Hampir seminit dia berenang tanpa timbul-timbul. Sulli tak tahu sangat tentang berenang tapi yang dia tahu, manusia tidak boleh bertahan di dalam air dengan begitu lama tanpa alat bantuan pernafasan. Dia menjadi gementar.

"Jung—Jungli?!" jerit Sulli. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam air namun dia berpatah balik kerana dia baru teringat yang dia tidak boleh berenang.

Sulli mengikuti arus air, risau kalau-kalau Jungli dibawa arus. Dia menjadi semakin panik saat terdengar bunyi air terjun dari arah kanannya. Eoteokhae? Kalau Jungli jatuh macam mana?

"Tolong!" jerit Sulli lalu berlari mendapatkan pertolongan.

Jungli Pov

"Sul, banyak ikan kat sini!" jerit aku lalu menyelam sekali lagi. Ikan-ikan ni begitu memukau pandangan aku. Aku berenang-renang bersama mereka tanpa menyedari bahawa sudah lebih seminit aku menahan nafas di dalam air.

Tiba-tiba pandangan aku terpaku pada batu karang besar yang bersinar. Aku cuba untuk mengambilnya. Ye, kalau di bumi, aku mungkin dipenjara kerana cuba mencuri batu karang tapi disini tak pe kan?

"Erhmm..." Aku mengerang saat cuba mengambilnya. Tiba-tiba batu karang itu mengeluarkan dakwat hitam. Ianya bukan datang daripada sotong gurita tapi daripada batu karang tu sendiri.

"Auch!" Kepala aku terhantuk pada batu.

Dan pandangan aku kabur..

End Jungli pov

-bersambung

Anggaplah sungai tu terlalu dalam sampai ada batu karang -_-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro