Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 14

( Closer 가까이 - Kim TaeYeon )

Mereka mulai mencari buah-buahan dengan sangat bersemangat untuk mengalas perut. Sesekali, Seolhyun menendang punggung Jongdae disebabkan kelembapan lelaki itu berjalan. Tak mahu kalah dengan perempuan, Jongdae terus melempar katak kearah Seolhyun sehingga gadis itu meraung meminta pertolongan. Sulli dan Yixing pula hanya mampu memerhati mereka. Perangai macam budak-budak.

Minseok dan Jungli pula enak memakan buah-buah yang dipetik oleh Yixing dan Sulli. Siap bersuap-suap bagai. Kurang hajar!

"Umin hyung, jomlah cari sekali? Penatlah sorang-sorang," rayu Yixing.

Minseok mengangguk dan terus membantu Yixing tanpa banyak songeh. Permintaan Yixing akan sentiasa dituruti olehnya.

"Seolhyun, Jongdae, buah yang korang kutip tu banyak dah. Pergilah bagi dekat Jungli dan berehat. Biar kami yang buat kerja pulak," arah Minseok kepada mereka berdua.

"Nae!" balas Seolhyun seorang.

×××

"Oit, korang berdua ni kenapa?" tanya Tao kepada Baekhyun dan Taeyeon.

"Ha'ah, korang mandi dengan kerbau ke? Dengan lumpur dekat muka. Dah lah busuk," soal Luhan pula.

"Tak lah, aku nak selamatkan anak badak tadi, tetiba pulak boleh jatuh dalam lumpur. Tu yang jadi macam ni." balas Baekhyun. Taeyeon memandang Baekhyun lalu tanpa berlengah lagi menendang punggung lelaki itu.

"APPOYAA!!" jerit Baekhyun. Bukan main kuat lagi wanita disebelahnya ini. Tak berak lah kau Baekhyun.

"Aku bukan badak lah!" jerit Taeyeon lalu pergi kearah unnie-unnienya.

"Bhahaha! Cuba cerita perkara sebenar?" pintu Suho. Baekhyun yang masih lagi sakit di punggungnya duduk di atas paha Chanyeol. Nak bermanja katanya. Tao pula sudah lari kearah Kai dan duduk bersimpuh di sebelah Kai. Kononnya nak bagi Baekhyun jeles erk..

"Macam ni----" Baekhyun mula bercerita tentang bagaimana dia dan Taeyeon boleh terjatuh ke dalam lumpur dan seterusnya sehingga habis.

"So, kau rasa ular tu..Bora?" tanya Chanyeol. Baekhyun mengangguk.

"Ha'ah, sebabnya aku nampak lambang Sistar milik Bora. Bora punya kan ular," jawab Baekhyun. Mereka semua mengangguk.

"Nampaknya kita memang kena jaga budak-budak tu betul-betul," arah Chanyeol, serius.

"Nae, pastikan budak-budak tu tak jauh dengan kita dan pastikan diorang selalu ade dekat dengan kita!" arah Kyungsoo pula.

Mereka semua mengangguk faham.

'sistar sistar. Tak boleh ke kau lupakan je semua perkara tu. Benda dah lama berlaku, king korang pun dah mati. Jangan nak susahkan budak-budak manusia ni'  keluh seseorang dalam hati.

×××

"Oiii Kim Taeng, kau kenapa macam badak sumbu baru lepas berendam ni?" tanya Shinka lalu tergelak. Taeyeon menjuihkan mulutnya.

"Ihhh, aku bukan badak lah!!" jerit Taeyeon. Unnie-unnie hanya ketawa.

"Si Baekhyun tu, dia nak selamatkan Taeyeon daripada serangan ular sebenarnya. Sebabtu kitorang sampai terjatuh dalam lumpur," jelas Taeyeon.

"Wow, tapi ular tu cantik tak? Badan bersisik? Lidah terjulur keluar? berlendir? Ada kaki tak?" bertalu-talu soalan ditanya oleh Mijoo. Sebenarnya dia ni tak pernah jumpa ular, sebabtu macam lembab sikit.

"Kyaa Lee Mijoo, nama pun ular. Mestilah hodoh, bersisik, lidah terjulur keluar, berlendir dan tak de kaki," balas Minsya. Lemah semangat dia dengan Lee Mijoo yang seorang ni. Tak pernah nak bijak. Mijoo sekadar mengangguk tanda faham.

"Hohoho, nak jumpa ular.." jerit Mijoo, keriangan. Serta-merta semua ahli YEOGI yang berada disitu menekup mulut Mijoo.

"uu w--a--ee?" soal Mijoo dengan mulut yang masih ditekup dengan tangan-tangan yang 'bersih'.

"Jangan jerit macam tulah. Ni hutan, banyak benda boleh berlaku. Mulut jangan celupar!" marah Eunqa sambil memandang sekeliling.Tiba-tiba dia terbau sesuatu yang busuk dan datangnya daripada
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-Taeyeon

"Taeng!! Busuknye kau!!" jerit Eunqa lalu jatuh terdorong ke belakang.

"Hehehe. Mian, tapi tak sebusuk you. Anyways nak mandi dekat mana eh? Korang dah buat tandas sementara?" balas Taeyeon. Eunqa menjelirkan lidahnya.

"Amboi-amboi. Ingat kitorang engineer nak buat tandas?" soal Eunqa tapi tetap menarik Taeyeon ke suatu tempat. Taeyeon menjongket bahu.

Kebetulan disitu terdapat pokok periuk kera yang gergasi dan selamat untuk digunakan. Minsya, Hana dan Eunqa bersama-sama mencurahkan air keatas badan Taeyeon. Sekelip mata saja, badan Taeyeon yang busuk bertukar wangi.

"Wanginya aku," kata Taeyeon dengn lagak gediknya.

"Yelah tu. I lagi wangi okay?" kata Hyoyeon lalu terjun ke dalam periuk kera gergasi itu. Aku harap sangat penutup periuk kera ni tertutup.. Main terjah je si Hyoyeon ni.

"Look!! Periuk ni dah nak layu! Hyoyeon busuk sangat ni!" usik Hana.

"Mana ada lah!" jerit Hyoyeon lalu keluar dari situ dan mencebik. Dia terpandang Kai dari jauh dan terus menjelirkan lidah. Eii aku potong kang lidah tu.

"Kai bagi denda apa dekat kau Hyo?" tanya Taeyeon. Hyoyeon masih memandang Kai dengan pandangan maut.

"Nanti aku cerita," balas Hyoyeon, dingin.

"WEYHH!! Makanan dah sampai!!" jerit Sulli dan segera berlari kearah ahli YEOGI dan EXO.

"Uwaa! Banana!" teriak Taeyeon

"Jangan nak sebut banana tu. Sebut pisang jelah!" marah Hana kerana dia menyangka Taeyeon sedang mengatanya.

"Seohyun, jom makan sama-sama?" ajak Seolhyun lalu menyerahkan buah oren kepada Seohyun. Mereka semua makan dengan berselera, namun mampukah mereka bertahan dengan hanya memakan buah-buahan?

Mereka bukannya vegetarian tapi mereka ialah omnivor.

-bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro