Part 12
GUYS!! THANKS FOR 100K VIEWS!! YA ALLAH KIM GEMBIRA SANGAT!! 😭😭 THANKSSSSS!!!
Sebaik sahaja tangan Seohyun menyentuh batang bunga mawar putih itu, matanya bertukar menjadi biru.
"Seohyun!" jerit Minsya, memegang bahu Seohyun. Seohyun berpaling dan tersenyum.
"Unnie, cantikkan?" tanya Seohyun sambil menunjukkan bunga mawar itu kepada Minsya. Minsya memerhati bunga itu dengan pandangan aneh.
"Cantik? Hei! Dah lah layu, busuk pulak tu. Letak jauh-jauh! Shuhh!" arah Minsya lalu menampar perlahan tangan Seohyun. Seohyun memandang bunga mawar yang jatuh ke tanah itu kemudian dia memandang Minsya.
"Wae? Jangan pandang unnie macam tu!" marah Minsya lalu menjuihkan bibir kearah Seohyun. Seohyun mara ke hadapan dan cuba mencekik Minsya.
"Kau! Kau jatuhkan bunga tu!" Jerit Seohyun lalu mencekik leher Minsya. Minsya terkejut dan cuba untuk meleraikan cekikan itu. Nafasnya semakin berkurang. Mukanya bertukar menjadi biru. Semakin lama semakin kuat dia mencekik Minsya.
"S-Seo!! To-long le-lepaskan unnie!!" rayu Minsya lagi. Seohyun mengangkat Minsya ke udara. Minsya sudah nyawa-nyawa ikan manakala cekikan Seohyun semakin kuat.
"Suho!! To..long!!" jerit Minsya dan tak semena-mena pengsan.
( SUHO POV )
"Suho!! To..long!!" Aku terdengar suara seorang gadis meminta pertolongan. Sepertinya itu adalah suara Minsya.
"Korang, dengar tak?" tanya aku kepada ahli EXO yang lain. Mereka memandang aku dengan pelik.
"Dengar apa?" tanya Luhan kepada aku.
"Orang minta tolong. Aku rasa tu suara Minsya. Aku kena pergi cari dia," kata Suho lalu berlari kearah suara tersebut tanpa menunggu yang lain.
"Suho!!"
Aku terdengar sekali lagi suara misteri itu.
"Hyung! Sehun ikut!" jerit Sehun dari belakang.
××××
"Matilah kau!" jerit Seohyun dan mencekik Minsya dengan lebih kuat.
"Minsya!" jerit Suho lalu terbang kearah Seohyun dan menumbuknya. Sehun yang baru sampai tergamam.
"Hyo..hyolin?" kata Sehun, terpaku. Wajah Seohyun bertukar menjadi wajah Hyolin. Sungguh menakutkan. Suho menampar-nampar kecil wajah Minsya.
"Kau tak guna!" jerit Suho sehingga mampu membuatkan seluruh hutan bergegar. Ahli EXO dan YEOGI yang lain berlari kearah tempat mereka berada.
"Kau Hyolin!" jerit Suho lalu mara kearah Seohyun dan cuba untuk menumbuk pipi Seohyun tapi Sehun sempat menghalangnya.
"Sabar hyung, walaupun Hyolin dah rasuk dia tapi kalau hyung tumbuk dia, Seohyun yang akan rasa kesakitan tu," kata Sehun. Suho menggenggam penumbuknya.
"Suho kenapa—Hyolin? Mana Seohyun? Ada apa ni?" ujar Yixing yang baru tiba dan terus berdiri di sebelah Suho dan Sehun.
"Haa, bagus kau ada kat sini Yixing hyung. Tolong sembuhkan Seohyun. Dia kena rasuk dengan Hyolin," kata Sehun lalu menunjukkan kearah Seohyun yang sedang berdiri tegak dan menunduk ke bawah. Sehun memegang lengan Seohyun dengan kuat. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Lepaslah!" jerit Seohyun.
"Yixing! Sekarang!" arah Suho .Dengan segera Yixing melempar tenaga biru kearah Seohyun agar Hyolin keluar dari badan Seohyun.
"AKU AKAN KEMBALI!" kata Hyolin lalu menghilang perlahan-lahan. Seohyun terus pengsan sebaik sahaja Hyolin keluar dari tubuhnya.
"Korang, kenapa? Min—sya!" soal Jungli lalu melutut di hadapan Suho dan Minsya yang tidak bergerak. Faham dengan situasi yang berlaku, Jungli dengan segera membuat cpr kepada Minsya. Dia menekan dada Minsya dengan kedua belah tangannya berkali-kali.
"Uhukk! Uhukk!" Minsya terbatuk-batuk dan cuba untuk menyedut oksigen dengan paksa.
"Syukurlah!" kata Jungli lalu memeluk Minsya. Minsya pula sudah kehilangan tenaga dan tidak mampu bercakap.
"Hyung, Seohyun pun pengsan ni. macam mana ni?" tanya Sehun.
"Sehun, Suho hyung. Bawa diorang ke tempat berteduh kita dulu. Aku takut Hyolin akan datang balik," arah Chanyeol dengan tegasnya. Mereka mengangguk.
"Korang yang lain, pergilah balik. Biar aku yang pergi cari bunga merah tu untuk Kai," kata Chanyeol lagi.
"Aku ikut," celah Hana dengan pantas. Chanyeol ragu-ragu namun terpaksa mengangguk.
"Yeol, biar aku dengan Taeyeon je pergi cari. Kau jaga budak-budak ni," arah Baekhyun. Taeyeon turut mengangguk setuju.
"Betul ke ni? Aku boleh je pergi sekali," tanya Chanyeol.
"Yup, aku pun nak ada scene sweet-sweet dalam cerita ni..Tak aci kalau aku tak dapat scene macam tu tapi kau dapat," balas Baekhyun.
"Betul tu. Aku sokong kau Baekhyun," kata Taeyeon. Chanyeol mempokerkan mukanya.
"Suka hatilah. Jom Hana, jangan kacau diorang berdua," ajak Chanyeol lalu menarik tangan Hana pergi.
"Khaja, kita cari bunga merah tu," kata Baekhyun lalu berjalan meninggalkan Taeyeon di belakang. Taeyeon mengejarnya.
"Kyaa! Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang. Takutlah!" jerit Taeyeon lalu memegang baju Baekhyun sambil memandang sekeliling. Baekhyun tersenyum melihat telatah Taeyeon yang comel.
"Pegang kuat-kuat. Takutnya nanti ada ular tarik kau.." kata Baekhyun dan menyebabkan Taeyeon memegang pinggangnya dengan erat.
"Janganlah celupar sangat!" marah Taeyeon. Baekhyun ketawa melihat wajah Taeyeon yang sedang marah.
-bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro