Part 1
Click!
Bunyi dan cahaya yang keluar dari lensa kamera memenuhi segenap taman di mana di sinilah tempat YEOJAGIRLS atau nama singkatannya YEOGI mengadakan pertemuan pertama dengan peminat dari seluruh negara.
Mereka adalah ahli kumpulan baharu di bawah syarikat SN Entertainment yang baru sahaja membuat kemunculan pertama pada setahun lepas.
Ke-11 ahli YEOGI tersenyum sambil memandang kamera. Gadis-gadis cantik dengan ketinggian setara 170cm itu berjalan serentak kearah tempat duduk untuk memulakan fansign.
Sepanjang sesi fansign, ada beberapa ahli yang fokus berbual bersama peminat sementara yang masih belum mendapat giliran sedang sibuk memandang sekeliling. Sudah lama mereka tidak keluar menghirup udara segar setelah terperap di bilik latihan.
( Eun Qa POV )
Aku memandang sekeliling, masih gementar walaupun sudah beberapa kali berdepan dengan manusia seramai ini. Mata aku tertumpu kearah peminat yang tidak habis-habis mengambil gambar sehinggalah aku terpandang seseorang.
'Wow!' Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan dalam hati. Lelaki itu berambut putih seperti salah seorang idol seperti kami juga.
"Hei. Tengok apa?" bisik Mijoo kepada aku yang sedang bergerak dengan tidak selesa. Aku ada satu masalah. Bila aku nampak orang yang kacak, aku jadi tak tentu arah. Macam cacing kepanasan.
"Huh? Tengok— burung puyuh," jawabku sambil menunjuk kearah langit. Mijoo merenung aku dengan wajah kesal.
"Eunqa, kalau kau tak selesa kita boleh hentikan sekejap acara ni," ujar Taeyeon, risau.
Aku menoleh kearah Taeyeon. Ini Taeyeon, fake leader kami. Dia berazam ingin menjadi seorang ketua walaupun tak lepas memandangkan Hana lebih tua daripadanya dan aku pun dah muak bila dia tak membahasakan diri aku sebagai kakak/unnie.
"Entahlah weh. Aku rasa kau yang lagi perlukan bantuan dekat sini," bisikku dan berpura-pura ketawa seperti membisikkan lawak kepada Taeyeon agar wartawan tidak curiga. Kemudian aku tergelak kecil melihat reaksi Taeyeon. Dia mencebik.
Aku memandang semula ke tempat di mana lelaki berambut putih tadi berada.
"Lah. Hilang," kataku perlahan.
"Apa yang hilang?" tanya Mijoo sekali lagi kerana dia yang berada di tepiku.
"Sibuk lah kau," jawabku selamba dan Mijoo menatap aku bingung.
( Min Sya POV )
"Kenapa lelaki tu? Macam pelik je aku tengok?" bisikku dengan senyuman palsu. Aku paling tak suka bila tengok orang semacam begini. Rasa nak pukul orang.
"Apa yang pelik weh?" soal Seohyun, yang paling muda. Menyibuk je.
"Nothing. Eh— Panggil aku 'unnie' lah! Kau kan lagi muda dari aku!" marahku kepada Seohyun tapi dalam nada melawak.
"Yelah nenek," jawab Seohyun, sengaja menaikkan darah aku.
"Excuse me? Nenek?"
"Kata lagi tua. Nenek lah kan?" jawab Seohyun, selamba.
"Seohyun, nice one!" celah Seolhyun iaitu kembar tidak seibu atau sebapa kepada Seohyun.
Mereka digelar kembar kerana mempunyai nama yang hampir serupa. Perangai pun apatah lagi Nama gelaran Seohyun ialah Seobaby manakala Seolhyun pula Seolkid. Itu la salah satu cara kami membezakan mereka.
Macam mana tak digelar begitu kalau seorang perangai macam baby seorang lagi macam budak. Walaupun si Seolhyun ni berumur 19 tahun macam aku tapi perangai dia ya ampun. Benci gila aku!
"Suka hati korang lah—Mana lelaki tadi?"
(Ha Na POV )
"Thank you!" kata aku dan melambai kearah peminat yang kini bergerak kearah member lain. Sulli menoleh kearah aku.
"You're really good with our fans," puji Sulli sambil tersenyum. Aku merenungnya, tidak faham dengan reaksi wajahnya.
"You too. Are you nervous?" balasku kepada Sulli. Dia mengangguk perlahan. Aku tahu yang dia mempunyai anxiety bila berdepan begitu ramai orang tapu dia pandai menyembunyikannya.
"You're doing great. Fans kita pun nampak selesa. Senyum je," ujar aku dan mengusap belakang badan Sulli. Gadis itu mengangguk.
Aku kembali memandang ke hadapan. Setelah tersenyum kearah ahli kumpulan yang lain, pandangan aku terarah kepada seorang lelaki tinggi yang menurut aku menarik perhatian. Dia agak tinggi untuk seorang lelaku Korea.
Aku yakin dia sedang merenung tepat kearah aku. Aku sebenarnya tak tahu dia sedang pandang siapa tapi aku artis dekat sini kan? Tak salah perasan kan?
Aku tersenyum kearahnya. Alah, kiranya aku cuba nak ambil hati peminat lah.
Dia tidak memberi reaksi. Bahkan wajahnya yang aku nampak pun sekadar batang hidung dan bibirnya sahaja. Matanya tertutup oleh hud jaketnya.
Aku mengalihkan pandanganku kearah ahli YEOGI yang lain. Setelah lima saat, aku membuat keputusan untuk melihat kearah lelaki itu semula tetapi nampaknya dia sudah hilang.
( Shin Ka POV )
Aku memandang sekeliling bangunan pencakar langit yang berada disitu. Bosan. Secara tiba-tiba penglihatan aku beralih kepada seorang lelaki yang berada diatas bangunan berdekatan.
'Apa dia buat kat situ?' tanyaku dalam hati.
Aku ralit memandang kearah lelaki tersebut sehingga namaku diseru-seru oleh Mijoo pun aku tak dengar.
Aku memandang kearahnya tanpa berkedip. Tiba-tiba dia hilang dari pandangan bagaikan angin malam di hadapan mata aku.
Aku yang melihat kejadian seperti itu terkejut nak mati. Bagai nak tercabut jantung aku..
'Itu hantu atau apa?' soalku dalam hati..
DUPP!!DAPP!!
Jantung aku berdegup kencang setelah melihat kejadian yang sungguh aneh tadi.
"Shinka unnie!" panggil Mijoo, iaitu roommate aku.
"Ye--Ye?"
"Unnie kenapa? Unnie berpeluh semacam je ni? Unnie sakit ke?" tanya Mijoo dengan risau.
Aku menggeleng. Takku sangka yang aku tengah berpeluh sekarang ni. Fuh!
"Macam lepas baru tengok hantu je," ujar Mijoo lalu ketawa.
Dia segera meminta tisu daripada Hyoyeon dan memberikannya kepada aku.
"Memang nampak hantu pun," balas aku.
"Huh?" Mijoo kelihatan bingung.
"Abaikan," balasku.
( Mijoo POV )
"MJ, cuba kau tengok lelaki kat sana tu," arah Hyoyeon kepada aku.
"Mana?" soalku.
Aku terpandang seorang lelaki yang agak tinggi dengan badan sasa. Tak lah sasa sangat cuma sedang-sedang sahaja dan dia mempunyai eyebag di bawah matanya. Comel!
Dia hanya memandang aku dengan pandangan kosong. Satu je yang aku pelik. Kenapa mata dia berwarna merah?
Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang membawa belon berbentuk lipas duduk di tepinya. Dia memandang kearah budak tersebut dan jeritannya kedengaran.
Dia mulai berlari lintang-pukang dari sini.
Aku tergelak kecil setelah melihat gelagatnya.
Tapi, persoalan ini masih bermain di minda aku. Kenapa mata dia merah?
'Maybe contact lens?' hatiku berbicara, cuba untuk tenangkan aku.
Aku percayakan jelah kata hati ni.
( Seolhyun POV )
"Bhahahaha. Kesian kena buli dengan kau," gelakku sambil memukul perlahan bahu Seobaby.
Seobaby hanya memandang tajam kearahku.
Mukanya seperti mengatakan
'Kalau-lucu-pun-tak-perlu-lah-sampai- pukul-aku'
Kemudian aku berhenti memukul bahunya dan memandang kearah jalan.
Memang keadaan di jalan raya teramat sibuk kerana ada artis disini. Kami la tu. Perasan betul aku ni.
Aku ternampak seorang lelaki yang kulitnya putih dan berambut blonde berjalan di tengah jalan raya.
Tiba-tiba ada sebuah kereta Beattle berwarna merah meluncur laju kearahnya dan membuatkan aku tergamam.
Bush!! Aku menutup mukaku dengan pantas.
Aku dapat mendengar bunyi ketika kereta tersebut berhenti secara mengejut tetapi malangnya tiada siapa yang perasan akan hal tersebut malahan mereka sibuk menemu ramah ahli-ahli YeoGi yang lain.
Aku memandang kearah tempat tadi.
'Mwo? Mana lelaki tadi?’ Tanyaku dalam hati, bingung.
Seobaby menyentuh bahuku.
"Seolkid..Waeyo?" tanya Seobaby.
"Tak..takde pape," balasku dengan perlahan. Aku masih terpegun.
( Sul Li POV )
"We can't stop stop stop yeongin PARTY time..idaero gyesok party time!" Mulut aku terkumat-kamit menyanyikan lagu Party daripada senior aku, iaitu Sonyeoshidae(SNSD) kerana bosan.
Sedang aku menyanyi, pandangan aku teralih kepada seorang lelaki.
Dia terlihat seperti sedang cemas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian kami berdua berbalas pandangan.
"Hei! Fokus!" arah aku kepada diri sendiri. Aku mengambil nafas dan cuba bertenang. Lelaki tadi sudah hilang dari pandangan. Entah kenapa, aku rasa macam nak berjumpa dia lagi.
( Tae Yeon POV )
Clikk! clikk!
'Selfie sikit!' kataku walaupun dah hampir 50 keping gambar aku ambil.
Almaklumlah nickname aku TAENGCA a.k.a Taeng campur selca. Tapi nickname TAENG tetap di hatiku. Cringe gila.
Clickkk!!
Satu cahaya yang terang-benderang menerpa mukaku yang suci dan tulus mulus ini.
"Omona! Mujur tak buta," kataku lalu menggosok-gosok mata.
"Wae?" soal Eunqa.
"Tadi ada cahaya terpa muka Taeng," balasku.
"Huh? Bila?" soal EunQa sekali lagi.
"Tak kan tak nampak..tadi?" jawab aku.
"Mana ada lah," balas Eun Qa lalu memandangku dengan pelik. Dia fikir itu cuma cahaya dari flash kamera. Kemudian dia terus berbual dengan Mijoo.
Mata aku berpinar. Aku pening. Bebola kecil boleh dilihat setiap kali aku mengerdipkan mataku.
Aku frust bila aku nampak seorang lelaki yang mukanya hampir sama macam aku.
Dan dia lagi cantik dari aku. Eyeliner yang dipakai membuatkan dia nampak agresif.
Dia tersenyum kearah aku dan berpusing membelakangi aku lalu hilang tanpa dikesan. Dari detik tu, aku berazam untuk mengguna eyeliner maybeelone. Kalau tak cantik jugak, pandai-pandai la aku.
( Hyoyeon POV )
Aku pandang semacam je si Taeyeon ni. Mata dia tu asyik berkerdip tak tentu pasal.
Selepas itu, dia pandang aku dan boleh pulak aku batuk secara mengejut.
Nampak sangat dia ada sebut nama aku. Sah, dia ngumpat aku dalam hati.
"Sorry! Sorry! Nak lalu!" Aku terdengar suara garau dari seseorang. Suara tersebut menarik perhatian aku.
Hyoyeon! Hyoyeon!
Aku terdengar seseorang seperti memanggil aku. Aku mencari siapakah gerangan jejaka kacak yang memanggilku itu.
Tiba-tiba ada seorang lelaki menganggkat tangannya kearah aku. Aku memandangnya. Dengan segera dia membuat isyarat tangan di telinga yang bermaksud
-call-me-baby-
Aku tersenyum..
'Lol. Nak telefon macam mana kalau nombor telefon pun tak ada?' bisikku dalam hati.
"Hyo. kenapa senyum sorang-sorang ni?" soal Taeyeon.
Aku menggeleng kecil. Sekadar tersenyum.
Aku pandang sekali lagi lelaki tadi. Tiba-tiba dia disimbah air oleh seorang makcik. Yelah, tadi dia tiba-tiba berpusing dengan pantas macam hantu, jadi makcik tu pun terkejut lah dan tak sengaja tersimbah air.
Habis basah bajunya. Dan yang paling
menarik, aku nampak dia punya six pack.
Makcik tersebut meminta maaf kepadanya. Dia hanya tersenyum dan pergi dari situ.
Nampak sungguh macho!
( Jung Li POV )
"Laparnya," rengekku sambil mengusap perut.
Aku terpandang seorang lelaki yang sedang memakan baozi.
'Makanan kegemaranku' luah aku dalam hati. Aku terus memerhatinya tanpa berkelip.
Dia yang perasan aku memandang terus memakan baozi tersebut dengan lahapnya.
"Eeh..dia ni, dah lah aku tengah lapar ni," kataku perlahan.
Lelaki tersebut kelihatan cuba nak menunjuk-nunjuk dengan baozinya..
Dia memandang aku dan tanpa suara terus bertanya,
-kau-nak?
Aku hanya mengangguk. Kemudian dia menggeleng dan tersengih. Terus dia menghabiskan baozi-baozi itu. Ahh! Dia main-mainkan aku!
(Seo hyun POV )
"Bosan!!" kataku lalu melentokkan kepalaku keatas meja.
Tiba-tiba, ada satu angin yang agak panas menerpa muka aku. Sungguh selesa.
Aku memandang sekeliling. Pokok tidak bergerak. Dari mana datangnya angin tadi?
"Unnie! Seobaby unnie!!" Panggil salah seorang fans aku.
Aku berpaling kearahnya dan membuat sign peace kepadanya.
Zass.
Sekali lagi angin tersebut menerpa muka aku dan kemudian pandangan aku kabur.
Aku dah tak nampak apa-apa lepas tu.
Yang aku ingat hanyalah seorang lelaki berambut pelangi tersenyum kearahku dan kakak-kakak aku yang lain memanggil nama aku..
-bersambung
Please Vote and Comment..
[EDITED]
Tahu cringe 😭 Ni cerita zaman form 2 dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro