Part 7
Leon menghembus nafas kelegaan. Darah yang diperlukan bakal menjadi miliknya tidak lama lagi. Dan dengan adanya darah itu, dia dapat menguasai dunia Lyoxo tanpa ada halangan daripada sesiapa pun.
Devi, vampire kelas senior datang menghadap Leon. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia bakal menyampaikan satu berita buruk.
"Tuan Leon," panggil Devi, lemah. Tidak sanggup dan tidak berani dia hendak menyampaikan pesanan daripada Hanbin yang berada didunia manusia itu.
"Berita apa yang kau mahu sampaikan? Sampaikan sahaja! Jangan buat aku menunggu..Kau tahu kan menunggu tu sakit?" Arah Leon dengan wajah yang separuh bengis
"Hanbin dah berjaya dapatkah darah milik the one tapi..."
Devi bangun dan berdiri tegak.
"Dia terperangkap dengan manusia. Dia dikurung didalam sangkar dan tidak dapat melarikan diri. Kemungkinan darah tu akan sebati dengan dirinya adalah 99 peratus tuan." Sambung Devi.
Tiba-tiba ada satu angin yang kuat menerpa wajah Devi sehingga kulit mukanya hampir tercabut. Leon mengetap gigi dan menggenggam penumbuk.
"Kau suruh Jinhwan turun ke bumi dan dapatkan Hanbin!! Aku nak darah tu segera!!" Arah Leon, dengan suara yang kuat sehingga urat-urat didahinya timbul. Mata Leon sepenuhnya berubah hitam.
Devi terus berubah menjadi kelawar dan keluar dari istana yang dulunya pernah diduduki oleh mendiang Raja Woobin dan Permaisuri Hyeri. Dahulu, istana ini sangat meriah dengan adanya adik-beradik EXO. Namun semuanya berubah. Demi keluarganya, Devi sanggup berpaling tadah dan menjadi sekutu Leon.
×××
"Kenapa kelawar tu asyik gigit palang tu?? Dia nak keluar ke?" Tanya Seohyun selepas lama menahan sabarnya. Hampir dua minggu dia menahan diri dan bersabar kerana terpaksa mendengar bunyi yang sangat mengilukan itu.
Bawah matanya sudah lebam. Sekarang dia bukan lagi Seobaby, tapi dia Seopanda. Jungli yang memakai penutup telinga tidak membalas pertanyaan Seohyun.
"The hell, unnie buang jelah binatang ni. Bising tahu tak? Sementara kita diberi cuti oleh Esem ni, bagilah kami berehat." Pinta MinAh yang datang dengan berambut serabai seperti pontianak. Dia membuka penutup telinga Jungli dan memakainya dikepalanya sendiri.
"Haish! Nak buang ke mana binatang ni? Dia terlalu comel untuk dibuang." Kata Jungli yang sudah mulai menyayangi binatang buas itu.
"we dont care..unnie fikirlah pasal keselamatan kami..yes, i know Encik Bat tak pernah serang unnie but it's for our safety.. Mungkin dia baik dengan unnie tapi dengan kami, dia lain. Dia agresif. Hantar jelah dia ke zoo negara." Cadang Taeyeon pula. Dia menyandar pada dinding sambil merenung kelawar itu.
Ia masih berusaha menggigit palang dan sepertinya, belum ada tanda-tanda ia akan berhenti. Mereka sudah muak mendengar bunyi ngilu yang menyakitkan itu.
"Hm..I'll think about it later.."
"Tapi jangan lama-lama tahu? Kami perlukan ketenangan.." Balas Taeyeon dan beredar dari situ. Dalam dua minggu ini, dia sering melepak dibilik kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang berpunca daripada Encik Bat.
Seohyun membuka TV dan memasang volume sehingga 50 keatas. Matanya tertangkap pada iklan filem vampire itu.
"Unnie! Cerita baru!!"
Tangan Hana ditarik. Dia mengarahkan Hana untuk memandang skrin. Mata Hana terbeliak melihat kelawar-kelawar yang berterbangan didalam TV itu.
'Tak mungkin..akan berulang lagi..' Gumamnya dalam hati.
"Seo, tutup TV tu!" Arah Hana. Seohyun bingung
"Kenapa?"
"Unnie cakap tutup, tutup jelah!" Jerkah Hana. Terhenjut bahu si maknae itu. Dia dengan segera menutup TV namun ianya gagal.
"Kenapa tak boleh tutup?" Berkali-kali Seohyun menekan butang on/off namun TV tetap menyala. Ahli-ahli YEOGI mula berkumpul diruang tamu dan menyaksikan kejadian aneh itu. Hashtag ini bukan 7 keajaiban dunia..
"Sekejap aku cabut plag TV." Kata Minsya dan berjalan perlahan-lahan menuju kearah belakang TV. Plag TV dicapai dengan terketar-ketar dan sekali tarik, ianya tercabut. Dia menunjukkan plag tersebut kepada membernya dengan wajah yang girang.
Aneh.. Member-membernya tak mampu tersenyum. Wajah mereka kaku. Mata mereka tertumpu kearah TV sekarang ini. Perlahan-lahan Taeyeon mengangkat jarinya dan menunjukkan kearah sesuatu. Minsya bergerak ke hadapan, dia menoleh ke sebelah kirinya. Glup! Air liur yang bertakung ditelan.
Matanya dikedipkan berulang kali. Kepala siapakah yang berada diantara TVnya ni? Adik the ring ke hape? Dalam kiraan satu hingga tiga, dia berlari ke belakang Shinka. Kebetulan, kepala itu masuk semula ke dalam TV. Ia mula mendongak dan mempamerkan wajah tuanya.
"Eh? Pakcik tulah!!" Jerit MinAh dengan kuat. Memori sewaktu pertama kali diculik didalam dorm lama mereka kembali semula. Ke-12 orang member mula ketakutan. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Pakcik itu tersenyum dengan gigi rongaknya.
"Hi.Lama tak jumpa." Sapanya dengan mesra.
×××
Sehun mencuci perkakas dapur yang baru sahaja dibeli oleh Madam Lee di I.O.I mall tadi. Kata Baekhyun, kalau Madam Lee berbelanja disana, dia akan mendapat diskaun pekerja dan diskaun keluarga. Memandangkan Baekhyun salah seorang pekerja disana, dia memiliki kad yang membolehkan ahli keluarganya mendapat diskaun sebanyak 5%.
"Benci betul bila dipaksa buat kerja perempuan!! Hun lelaki sepatutnya Hun yang tolong angkat-angkat barang je!" Rungut Sehun sambil menyental periuk besi dengan kuat. Mukanya dicemberutkan. Tapi apa boleh buat. Ini adalah salah satu daripada peraturan yang dibuat oleh Madam Lee dan mereka wajib mematuhinya. Sekalipun Madam Lee menyuruh mereka memakan tahi, mereka perlu melaksanakannya. Sadis.
Madam Lee memerhati Sehun dari jauh. Bibirnya menguntum senyuman yang mekar seperti bunga Leely.. Madam Lee terhibur melihat Sehun yang tak henti-henti membebel seperti makcik-makcik.
Kris menyentuh bahu Madam Lee dengan lembut. Wajah tua madam dipandang.
"Jaga Hun baik-baik. Dia masih teruna dan masih muda. Sifat ingin tahu akan sentiasa menular dalam dirinya. Madam tak mahu dia jadi macam Thunder.." Ujar Madam Lee, dengan wajah yang sedih. Pandangan matanya sayu. Kris mengangguk faham.
"Madam jangan risau. Dibawah bimbingan Wu Yifan a.k.a Krease, Oh Sehun akan berjaya menjadi manusia yang berguna didunia dan dialam barzakh." Kata Kris dengan yakinnya.
Dia membawa Madam Lee ke biliknya semula. Tak mahulah dia Madam kesayangannya ini jatuh sakit.
Dalam fikirannya, dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Madam. Anaknya, Thunder telah menderhaka terhadapnya dan berjaya menjadi penagih tegar sehingga mati ditengah timbunan tahi lembu. Betapa hinanya Lee Thunder. Sejak Thunder mati, perlakuan Madam Lee berubah seratus peratus. Madam yang dulunya peramah menjadi bengis.
"Maafkan Madam, Kris. Madam tak bermaksud nak marahkan kamu dihadapan adik beradik kamu tadi itu. Madam cuma nak lindungi kamu." Madam mengusap tangan Kris sebelum dia terlelap. Kris mencangkung disebelah katil dan merenung wajah Madam Lee.
"Saya maafkan Madam. Terima kasih Madam, kerana telah menjaga kami."
-bersambung
Sandara Park as Madam Lee..
Eyoo...
Weh aku tak boleh move on dengan lagu baru ChanHun dekat Elyxion Dot!! We Young 😭😭😭
Main rapper / dancer of EXO did that!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro