Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 6

Kris duduk menelaah buku didalam bilik bacaan dibilik bawah tanah. Dia telah diamanahkan oleh Madam Lee untuk menguruskan dan menjaga bilik bacaan itu dan tidak membenarkan adik beradiknya masuk kesitu termasuklah Luhan yang sebaya dengannya itu.

Entah apalah yang Madam Lee takutkan sehingga hanya dia sahaja yang boleh masuk ke situ. Itupun dia tak dibenarkan geladah dan baca semua buku-buku disitu. Herh! Lagi-lagi dengan pintu besi yang berada dibelakang almari besar dihujung bilik sana, memang diharamkan untuk pijakkan kaki ke situ.

Kris terfikir, mungkin Madam Lee adalah seorang pengedar dadah macam Baekhyun dan Kai dalam drama Good Luck, tapi tak mungkin. Madam Lee nampak baik orangnya.

Baik? Yalah, Madam Lee-lah yang jaga mereka sejak kecil. Madam Lee bagitahu yang mereka diambil dari rumah anak yatim yang berbeza dan dijadikan adik-beradik agar tidak kesunyian. Madam Lee juga ada bagitahu yang mereka semua adalah mangsa tsunami di Jepun dan Aceh. Kes yang sama tapi berlainan tempat.

"Haish.. Mati dah eskulator aku ni!" Kris merungut apabila skrin kalkulatornya tiba-tiba tidak menunjukkan sebarang nombor matematik. Terus dibaling kalkulator itu ke lantai. Menyesal dia beli kalkulator 350 itu. Kalaulah dia bijak masa tu, mesti dia tak kena tipu dengan pekerja SMO.

Kris mengeluarkan telefon nokia 3360(?)nya dan mula mengira semula kos sara hidup mereka berlima. Dapur mereka sekarang dikuarantin, risau kalau meletup sekali lagi. Oh ya, jangan harap dia nak baca buku-buku dalam tu ya. Jangan salah faham. Menelaah bagi Kris bermaksud 'mengelamun'.

"Banyak aihh nak kena guna duit. Kalaulah aku orang kaya." Rungut Kris. Matanya tak semena-mena memandang peti besi yang sedang berkilau-kilau seperti sedang menyerunya. Kris bangun dan menuju kearah peti besi itu. Tangannya bergerak memegang tombol bulat ditengah-tengah peti.

"Yifan.."

×××

Baekhyun merenung jarinya yang sudah pulih dalam masa yang sekejap sahaja, padahal dia tidak menyapu ubat pun, cuma dibalut dengan plaster sahaja. Jari runcingnya itu dibelek tanpa henti.

"Kau tengok apa tu Baek?" Tanya Luhan dan duduk disebelah Baekhyun. Dia memandang kearah skrin laptop Baekhyun. Air milonya tersembur ke tangan Baekhyun.

"Kau tengok cerita lucah ehh??" Teka Luhan. Dengan senang hatinya tangan Baekhyun menampar pipi mulus Luhan.

"Gila? Aku tengok tutorial nak jaga kuku lah!" Jelas Baekhyun. Luhan ni memang, nampak benda pelik sikit dia dah mula bayang benda lucah. Herh, mengikut ayah dia maybe..

"Kau tu lelaki, tak payah nak jaga kuku. Leceh, kau fikir kau perempuan?" Sindir Luhan.

"Meski aku bukan perempuan, wajah aku sama macam perempuan. Kau pun sama jangan nak sindir ehh??"

Luhan mula berbaring membelakangi Baekhyun. Dia menatap siling yang berwarna putih itu. Fikirannya melayang kepada sesuatu perkara yang dia sendiri tidak pasti. Perlahan, matanya terkatup rapat. Bunyi dengkuran mula terhasil. Dengan beralaskan kedua belah tangannya sebagai bantal, Luhan tertidur disitu.

×××

"Eunqa..kau dah ada namjachingu ke masa dekat bumi?" tanya Luhan secara tiba-tiba..Entah kenapa bibirnya tiba-tiba bergerak dan menuturkan ayat tersebut. Eunqa berpaling lalu menggeleng.

"tak de..kenapa?"

Luhan tersenyum

"Kalau ada orang nak lamar kau..kau terima tak?" tanya Luhan lagi..Eunqa mengerutkan wajahnya

"Kalau aku tak ada perasaan pada dia..tak kanlah aku nak terima..euu apa lamar-lamar ni." balas Eunqa. Luhan menahan sabar..

"Kau tahu tak ada orang suka kau?"

Eunqa terdiam.Dia merenung Luhan dan membuat muka bingung.

"Nugu?"

"Aku" balas Luhan sambil tersenyum. Wajah Eunqa terus masam semasam buah mangga yang belum masak..

"Kau..suka...aku??" Eunqa tersenyum sinis dan menampar-nampar pipi Luhan..

"hey..sedar tak? Kau vampire..aku manusia..nanti anak kita jadi apa? Wolf? Separuh Vamp separuh Human?" balas Eunqa.. Luhan diam kerana terasa dengan kata-kata gadis sok tomboy itu.


××

"Han! Han! Dah kenapa kau menangis ni??" Baekhyun menggoncangkan badan Luhan agar dia tersedar dari mimpinya. Luhan terbangun dan memandang sekeliling lalu memeluk Baekhyun dengan eratnya.

"Wei kau kenapa??gayy??"

"Baek!! Aku mimpi ngeri sial!! Aku mimpi ditolak seorang gadis yang serupa macam artis tu.." Jelas Luhan. Baekhyun pula terpinga-pinga dengan mulut yang ternganga.

"Haa tulah tidur tak basuh kaki. Kau memang layak ditolak..hadehh.." Baekhyun menggelakkan Luhan.

"Ish kau ni. Ada ke patut gelakkan aku. Dasar pengemop lantai I.O.I mall." Luhan memandang jijik kepada Baekhyun lalu terus keluar dari bilik. Setibanya diruang tamu, dia melihat Kris yang sedang dimarahi oleh Madam Lee.

"Mummy!! Bila balik??" Tanya Luhan, terkejut. Jangan pening dengan Luhan memang membahasakan diri Madam Lee sebagai 'mummy', cuma mereka yang lain sahaja tetap dengan panggilan 'Madam Lee'.

"Lulu, mummy baru balik 15 minit tadi." Jawab Madam Lee dan fokusnya kembali kepada Kris.

"Kan Madam dah bagitahu jangan jejakkan kaki dekat situ!! Madam cuma suruh kamu jaga je bilik bacaan tu! Dan itu tak bermaksud kamu boleh sesuka hati nak selongkar bilik tu!" Jerkah Madam Lee.

"Madam, janganlah marah-marah Kris hyung, dia tak sengaja tu. Mesti ada sebab kenapa dia cuba bukak peti besi tu." Chanyeol membela Kris, abang kesayangannya itu. Madam Lee menjeling Chanyeol.

"Nampaknya makin lama kamu semua makin teruk! Mulai harini, Madam akan tetapkan peraturan dalam rumah ni!" Kata Madam Lee dengan tegas lalu berlalu ke biliknya. Dalam dia sedang mendaki satu persatu anak tangga, matanya terpandang kearah dapur. Terbeliak matanya melihat dapur yang sudah hancur musnah bagai dilanggar treler.

"KYAAA!!"

Jeritan Madam Lee dapat didengari disetiap pelusuk rumah. Sehun yang sedang menyorok di dalam bilik stor dibawah tangga menelan liurnya yang semakin lama semakin pahit.

'Habislah aku' ..

-bersambung


Wendy X Yang Da Il- One Summer💓 Download lah! Confirm tak menyesal💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro