Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 49


Day 30 di Bumi.

Ahli YEOGI secara rasminya bubar dari dunia seni. Mereka mengejutkan orang ramai dengan kehilangan mereka dan sekali lagi mengejutkan umum dengan pembubaran kumpulan itu. Kumpulan mereka dikritik teruk oleh masyarakat namun apakan daya. Menyanyi bukanlah passion mereka lagi.

"Barang dah sedia?" soal Hana kepada Chanyeol yang sedang meletakkan barang-barang untuk berkhelah didalam kereta.

Belakang lelaki itu dipeluk manja. Chanyeol berhenti sebentar daripada memunggah barangan. Dia memusingkan badan Hana menghadap dirinya.

"Nak tolong ke?" soal Chanyeol sambil mengucup dahi tunangnya itu. Hidung Hana dicubit. Gadis itu ketawa kerana geli dengan perbuatan Chanyeol.

"Tak nak.." jawabnya. Lidahnya dijelirkan kearah Chanyeol. Dia menggeletek Chanyeol lalu melarikan diri daripada dikejar.

"Jangan ingat boleh lari eh?" Chanyeol melipat lengan bajunya dan bersedia. Dalam kira satu hingga tiga, dia mengejar Hana. Mereka berlari-larian dikawasan halaman rumah sehingga hampir terjatuh. Ibu bapa Hana menggeleng kecil melihat perlakuan anak dan bakal menantu mereka itu.

Mereka tergelak kecil melihat aksi itu. Sudah lama sejak kali terakhir mereka melihat anak tunggal mereka segembiranya ini.

"Hana, Chanyeol. Sudah-sudahlah tu. Nanti lewat pulak sampai sana.." ujar Puan Kim. Dia memegang bekas berisi makanan dan meletakkannya dibelakang bonet kereta.

Kedua pasangan itu berhenti lalu berjalan kearah Puan Kim dan Encik Kim.

"Hati-hati ye? Bahaya malam-malam tu," nasihat omma sambil merapikan rambut Hana yang serabai itu. Hana mengangguk faham.

"Jangan lah risau omma. Hana kan dah ada bodyguard dekat sini." ujar Hana lalu menyiku perut Chanyeol. Lelaki itu secara tiba-tiba mengaduh kesakitan dan berpura-pura jatuh.

"Sakit!!" teriak Chanyeol seolah-olah ingin mati. Mata Hana terbeliak. Dia turut sama terduduk saat melihat keadaan Chanyeol sebegitu.

"Omo! Mian Chan-ah! Jangan buat macam ni.. Mianhae.. Saya tak sengaja!" Hana hampir menangis. Dia tidak mahu kehilangan Chanyeol lagi. Ibu bapa Hana juga nampaknya cemas. Tiba-tiba, Chanyeol ketawa dengan begitu galaknya. Membuatkan tiga orang keluarga barunya itu bingung.

"Saya gurau je lah. Mana ada sakit sangat.." kata Chanyeol dengan wajah tidak bersalah. Disebabkan itu, dia menerima pukulan didadanya manakala telinga ditarik oleh Puan Kim. Encik Kim tergeleng-geleng melihat kelakuan bakal menantunya itu.

"Buat macam tu sekali lagi, tak payah berkhemah!" marah Hana.

"Okey-okey sorry sayang..."

...

Kereta Mercedes-Benz AMG G65 itu diparkirkan dihadapan sebuah butik mewah. Hana dan Chanyeol keluar dan menuju kearah butik tersebut. Kelihatan beberapa orang pelanggan sudah beredar. Meninggalkan Taeyeon yang nampaknya sudah lega kerana pekerjaannya sudah selesai.

Moodnya kembali ceria saat melihat Hana dan Chanyeol yang melangkah masuk ke butiknya. Badannya yang tadinya lemah kembali bertenaga. Dia bangun dan menyapa ketuanya itu.

"Hana! Tepat pada masanya.." ujar Taeyeon. Dia memeluk Hana lalu membawa gadis itu ke tempat duduk.

Sebuah buku skrap dibuka dengan berhati-hati. Pelbagai jenis lukisan gaun pengantin berada disitu.

"Kau tahu aku haritu lagi siapkan lukisan ni untuk kau. Aku suggest pilih yang ni sebab wedding kau pun dalam kawasan hutan gitu kan? Kita ambik tema Twilight eh? I dont care about your marriage but your wedding! It's a must! Kau bayang masa kau naik altar tu gaun kau ni berkibar-kibar macam princess.. Aaaaa!!" teriak Taeyeon.

Dia kelihatan terlebih teruja daripada pengantin yang sebenar. Hana dan Chanyeol menatap satu sama lain.

"Yeon sabar dulu. Kau tahu kan kau punya drawing ni terlebih bagus. Bagilah aku masa nak pilih." pinta Hana. Taeyeon menggeleng.

"Hoi! Your wedding next week lah! Tak cukup masa! Aku nak sketch lagi, aku nak beli kain lagi, nak jahit lagi, nak hias lagi. Banyak benda tau!" Taeyeon mula membebel. Dia kembali membelek buku yang kedua.

Semakin rambang mata dibuatnya. Hana dan Chanyeol ternganga.

"Ni pilih. Oh ya, jangan buat hal nak mengandung ke apa eh! Aku jahit nanti ikut ukur badan tau. Pastikan kau slim kalau tak aku bakar baju kau!" ugut Taeyeon. Hana meneguk liur manakala Chanyeol tersedak.

Memang menakutkan kalau wedding planner kau adalah orang yang paling kau kenal.

"Iya aku tahu.." jawab Hana. Dia kembali membelek lukisan-lukisan yang tersedia itu. Satu kertas yang terselit diantara kertas-kertas itu menarik perhatiannya.

Dia menariknya keluar dan melihat lukisannya. Senyuman terukir.

"Eh. Tak payah tengok yang ni. Kau pilih yang lain--"

"Aku nak yang ni.." Hana memintas kata-kata Taeyeon. Gadis itu nampak terkejut.

"Seriuslah? Tak sesuai lah Hana. Kalau nak bertunang okeylah tapi ni kahwin kot.."

"Yeon.. Simple is better.." ujar Hana. Merayu agar Taeyeon mendengar pilihannya. Taeyeon nampak serba-salah.

"Lagipun wedding aku bukan dalam dewan. Nanti susahlah nak jalan. Lagipun rekaan kau ni walaupun simple tapi coraknya unik. Kan Chan?" Pujuk Hana. Dia menyiku lengan Chanyeol agar lelaki itu bersetuju.

"Apa pun awak pakai sentiasa cantik di mata saya.." jawab Chanyeol. Taeyeon menggulingkan anak matanya. Menyampah dengan kata-kata manis Chanyeol.

"Yelah-yelah. Aku ikutkan kata pengantin kita." Taeyeon akhirnya mengalah. Hana bersorak riang. Dia memeluk Taeyeon untuk memujuk gadis itu.

"Dah-dah. Jom pergi? Nanti lewat sampai sana.. Baekhyun mesti dah tunggu sana.." ajak Chanyeol.

Taeyeon segera bergegas menyimpan barang-barangnya.

"Itulah. Aku suruh pergi dengan Baekhyun tak nak. Konon merajuk.. Ceh!"  sindir Chanyeol.

Bukan dia tak tahu pasangan kekasih itu. Pasal hal remeh pun bergaduh. Dengan budak kecil pun nak cemburu. Nasiblah kau Byun Baekhyun.

bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro