Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 43


Sehun berundur ke belakang saat ternampak seorang gadis vampire yang sedang melusuri koridor tanpa sebarang pengikut. Baju gadis itu nampak kotor dan dipenuhi lumpur. Mungkin dia telah keluar ke bandar orang kampung sebentar tadi.

Dia rasa seperti pernah melihat sosok wajah gadis itu. Raut wajahnya persis seseorang yang pernah dia kenali sewaktu di bumi dahulu. Tapi siapa?

"Line clear?" bisik Seohyun kepada Sehuh.

Sehun agak tersentak. Terkejut. Rupa-rupanya dia tengah mengelamun tadi. Sehun kembali mengintip koridor yang agak gelap itu dan berpaling kearah mereka. Dia kemudiannya mengangguk.

Dia tahu yang ini merupakan istana mereka dahulu tapi kenapa rasanya agak asing disitu? Rasa seperti baru kali pertama mereka menjejakkan kaki ke situ.

"Ikut sini," arah Sehun.

Dia mengekori gadis vampire tadi untuk mengesahkan kewujudan gadis itu. Hatinya tergerak untuk mengetahui identitinya. Padahal otaknya berkeras menolak semahu-mahunya.

Mereka yang dibelakang hanya mengikuti sahaja langkah Sehun kerana tidak tahu apa-apa.

Lama berjalan, mereka akhirnya berhenti saat tiada bertemu jalan mati. Tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti tapak kaki menuju kearah mereka. Mereka berdebar-debar kerana tiada tempat untuk berlindung. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa halimunan disini mahupun teleportasi.

"Kita nak buat apa--"

"Shuu!" Sehun mengarahkan Seolhyun untuk diam. Kris mula memberi isyarat agar gadis-gadis berdiri dibelakang mereka.

Mereka berdua kini dalam posisi bersedia untuk menyerang musuh. Namun, tapak kaki itu berhenti daripada berbunyi saat ianya berada hampir dengan mereka.

Keadaan menjadi sunyi. Dari sebelah dinding, terdapat satu bayang-bayang sedang statik disana. Sehun dan Kris memandang satu sama lain. Mereka cuba menghampiri bayang-bayang tersebut dan secara tiba-tiba satu makhluk kecil muncul dan memeluk kaki Sehun.

"Mia??"

"Sehun oppa!"

Anak kecil itu melompat kearah Sehun dalam keadaan serabai dan memeluknya erat seperti ketakutan. Air mata mengalir dipipi anak kecil itu. Dia seperti sedang lari dari sesuatu.

"Mia buat apa dekat sini? Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Sehun. Dia ingat Mia. Anak kecil yang dia jumpa sewaktu meniaga baozi bersama Chanyeol dahulu.

Persoalannya, apa yang dia buat disini?

"Sehun oppa.. Ada makhluk besar cuba nak tangkap Mia..Mia takutt.." adu Mia. Sehun kini melutut. Dia menenangkan Mia yang ketika itu sedang menggeletar kuat. Manakala Kris dia memerhati dari sebelah.

Dia rasa dia macam pernah dengar nama Mia sebelum ini tapi di mana ya?

Seohyun merenung tajam kearah Mia yang masih memeluk Sehun itu. Rasa cemburu secara tiba-tiba membuak-buak. Walhal kalau diikutkan logik, Mia hanyalah anak kecil. Bukan orang dewasa pun.

"Hun, kenal budak ni? Macam mana?" soal Seohyun, tertanya-tanya.

"Dulu waktu saya dengan Chanyeol jual baozi. Kitorang kenal Mia waktu tu.." ujar Sehun. Syak wasangka Seohyun semakin meningkat.

"Habistu apa budak ni buat dekat sini? Kau tak pelik?" soal Hyoyeon pula. Entah kenapa, hati Sehun tiba-tiba membara.

"Dia budak je! Korang jangan nak syak macam-macam! Dia kena kejar tadi korang tak dengar ke?!" tengking Sehun. Hyoyeon terkejut mendengar jerkahan Sehun.

"Lek la Hun. Hyoyeon tanya je kan? Yang kau nak marah-marah kenapa?" Kris cuba meneutralkan suasana.

Sehun nampak tidak berpuas hati. Dia terus mendukung Mia dan pergi meninggalkan mereka.

"Weh kau nak pergi mana?" jerit Kris. Sehun tidak menjerit sebaliknya dia berlalu begitu sahaja.

Apa yang membuatkan mereka lebih tergamam adalah, Mia sedang tersenyum mengejek kearah mereka. Wajah anak kecil itu terang-terang sedang menyindir mereka. Mia juga sempat menuturkan kata seperti 'I win', kearah mereka.

"Dia bukan budak biasa. Aku rasa Sehun dalam bahaya.." ujar MinAh.. Dia kelihatan risau sekarang. Anak matanya turut berubah menjadi hijau muda.

"Jadi dia siapa?" tanya Seohyun.

"Puteri kepada Leon. Vampire yang mempunyai kebolehan untuk berubah bentuk. Kita kena selamatkan Sehun sekarang!" jelas MinAh.

"Sehun kena pukau dengan dia. Kita tak boleh biarkan ianya berterusan! Mereka mungkin tengah menuju ke tempat Leon. Kita tak boleh biarkan mereka jadikan Sehun sebagai umpan!" sambung MinAh lagi. Dia terus pergi mengejar Sehun dan Mia tanpa menunggu yang lain.

"Hoi MinAh jangan cepat sangat! Nanti dulu!" Panggil Kris.

"Nanti!!" Seohyun mengejar dari belakang.

...

Luhan, Eunqa, Minsya, Shinka dan Jungli kebetulan telah bertemu dengan Hana dan yang lain-lain. Mereka sama-sama menolong mereka EXO yang lain untuk mencari jalan keluar.

Jalan yang mereka lalui dibawah itu tidak boleh dilalui kerana terlalu bahaya. Lagipun, misi mereka bukan sahaja untuk menyelamatkan member EXO tetapi untuk menyelamatkan Lyoxo juga.

Dengan berhati-hati mereka melalui koridor istana untuk mencari jalan keluar. Tiap kali bertemu askar Leon, mereka akan menembak vampire-vampire itu tepat didada menggunakan kuasa api Chanyeol. Caranya mreka memanaskan gangsa dan menembaknya kearah sasaran.

Sewaktu melalui tingkat dua, mereka ternampak Sehun yang sedang membawa seorang anak kecil menuju ke bilik takhta. Lelaki itu tidak berpaling langsung kearah mereka malah tiada lagi member YEOGI dan Kris bersama.

Chanyeol diam sebentar saat ternampak wajah anak kecil yang didukung oleh Sehun. Wajahnya berkerut.

"Sial! Mia!" tempik Chanyeol. Ahli EXO dan YEOGI memandang kearah Chanyeol.

"Siapa Mia?" soal mereka.

"Budak tu vampire! Dia yang buat aku masuk hospital dulu!" jelas Chanyeol.

"Habistu dia nak buat apa dengan Sehun?" soal Suho. Tak lama kemudian, MinAh dan yang lain-lain pula muncul. Mereka kelihatan seperti mengejar sesuatu. Mungkin mengejar Sehun.

"Kita ikut!" arah Chanyeol.

Mereka mula mengejar Sehun dan Mia. Sebaik sahaja bertembung dengan Kris, MinAh dan lain-lain mereka sedikit bersyukur kerana ahli mereka bertambah. Tak adalah gentar sangat kalau berdepan dengan Leon.

Sehun dan Mia kini memasuki ruang takhta. Ruang yang dahulunya digunakan oleh Woobin dan Hyeri.

"Kita tak boleh tunggu lama, kita kena masuk!" pinta Seohyun. Wanita mana yang tak risau bila nampak teman lelaki mereka sedang bersama dengan wanita lain?

Chanyeol bersetuju dengan Seohyun. Dia ada dendamnya yang tersendiri dengan gadis bernama Mia itu.

Pintu ruangan dibuka kasar oleh Kyungsoo menggunakan kuasanya. Leon dan Mia nampaknya memang sedang menunggu kedatangan mereka. Sehun menurunkan Mia dari dukungan dan perlahan-lahan badan anak kecil itu berubah menjadi seorang puteri bangsawan yang cantik lagikan menawan. Potongan badannya itu mampu meluluhkan hati mana-mana lelaki.

Belum sempat berkata apa-apa, Leon menghalakan jarinya kearah Hana. Serentak itu, jantung Hana bagaikan ditusuk oleh sesuatu. Dadanya tertarik kehadapan secara terpaksa. Dia mengalami sesak nafas.

Jantungnya bercahaya. Merah menyala.

"Lama aku tunggu saat ni, the one..Kau datang juga akhirnya.."

Bersambung

nak sampai kemuncak dah..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro