Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 42


"Kita masuk..Kita kena selamatkan Xiumin!" arah Chanyeol.

"Tapi bahaya!" Halang Mijoo.

"Demi darah daging aku. Nyawa pun aku sanggup serahkan," balas Chanyeol..Dia dengan berhati-hati naik ke permukaan dan berjalan dibelakang ahli EXO yang sedang digantung itu.

"Tunggu aku!" ujar Baekhyun perlahan dan turut mengekori Chanyeol. Kini, mereka semua sudah berada dibelakang ahli EXO juga.

"Buka ikatan tu.." arah Chanyeol. Mereka menurut perintah.

Saat Chanyeol menyentuh bahu Suho, Suho agar terkejut. Dia tidak menjerit sebaliknya kaku sahaja. Tidak pasti samaada mahu menangis atau ketawa. Terlalu gembira. Itu sahaja perasaannya sekarang.

"Yeol. Kau datang jugak.." ujar Suho, lemah.

Dia melepaskan tangan Suho dan membantu lelaki itu untuk berpaut padanya. Tangan Suho tidak dapat digunakan kerana darah tidak mengalir ke sana. Nampaknya ia memerlukan masa yang agak lama untuk berfungsi sepenuhnya.

"Mestilah. Kitorang rindu korang.." ujar Chanyeol, sebak. Dia memeluk Suho bagi menghilangkan rasa rindu. Suho turut sama mengalirkan air mata. Dia mengarahkan Chanyeol itu membantunya duduk sebentar bagi menghilangkan lelah.

Hana membuka ikatan pada tangan Tao. Lelaki itu jatuh keatasnya dan hampir pengsan. Wajahnya begitu pucat. Sepertinya darah tidak mengalir langsung didalam badan lelaki itu. Hana menepuk-nepuk perlahan pipi Tao. Dia melakukannya dengan berhati-hati agar tidak melukakan Tao.

"Kau duduk dulu. Pakai baju aku ni.."

Hana membuka cardigannya yang dililit dipinggangnya itu lalu dipakaikan ke badan Tao. Darah-darah sudah pun membeku namun lukanya masih terbuka. Pasti kuman akan menjangkitinya kalau tidak dirawat secepat mungkin. Dia menyandarkan badan Tao pada dinding dan membantu yang lain pula.

Mijoo menahan air matanya saat melihat keadaan Tao. Dia memalingkan wajahnya dan membuka ikatan pada Kyungsoo. Wajah lelaki itu bengkak-bengkak semuanya.

"Kau boleh jalan?" soal Mijoo. Kyungsoo menggeleng. Mijoo segera membantunya untuk duduk.

"Air.." pinta Tao perlahan..

Mijoo menoleh. Terus dia beralih kearah Tao dan memeriksa lelaki itu. Pipi lelaki itu dipegang dengan berhati-hati.

"Nanti aku carikan air untuk kau.. Sabar ya?" Mijoo terangangguk-angguk saat itu. Air matanya hampir menitis. Tao bersandar semula dengan lemahnya.

"Lay, kau boleh gerak?" soal Taeyeon. Lay mengangguk kecil. Namun Taeyeon tetap membantunya untuk duduk. Dilihat Lay yang seperti sedang mengumpulkan tenaganya. Beberapa minit kemudian, luka-luka dibadannya beransur-ansur pulih meskipun agak lama.

"Taeyeon, bawa aku pergi dekat adik-adik aku yang lain. Aku boleh sembuhkan diorang," pinta Lay. Taeyeon agak ragu-ragu.

"Boleh ke? Kau nampak masih lemah." balas gadis itu. Lay mengangguk. Taeyeon meletakkan tangan Lay disekitar lehernya dan membantu lelaki itu untuk bangun.

Perlahan-lahan mereka menuju kearah Tao terlebih dahulu.

Lay meletakkan tapak tangannya diatas dahi Tao dan mula memejamkan mata. Tak lama, satu cahaya kecil muncul dibelakang tapak tangannya dan turun ke luka-luka diseluruh badan Tao. Cahaya itu membalut luka-luka itu dan menutupnya daripada terkena jangkitan.

Kemudian mereka bergerak kearah Kyungsoo dan yang lain-lain juga.

Tangan Suho diurut oleh Sulli dengan selembut boleh agar darah dapat mengalir dengan pantas. Awalnya, dia tidak dapat merasa apa-apa namun sebaik setelah diurut, ianya mula kekejangan dan sedikit panas. Lalu beransur-ansur pulih. Tangannya kini boleh digenggam walaupun agar kesakitan dan sukar.

"Cuba angkat slow-slow," arah Sulli. Suho cuba mengangkat tangannya sehingga wajahnya berkerut-kerut.

"Takpe. Biar aku urut sikit lagi.." ujar Sulli dengan sabar. Dia kembali meneruskan urutannya. Sementara itu Chanyeol sudah pun berada dihadapan Xiumin yang sudah pengsan sepenuhnya dengan lehernya kini ditutupi oleh ais.

Chanyeol mula menanggalkan bajunya dan melemparnya ke tepi.

"Harap-harap menjadi," ujar Chanyeol. Dia mula mendepakan tangan dan memeluk Xiumin.

Badannya terasa seperti dikenakan kejutan elektrik kerana kesejukan ais itu bukan calang-calang. Bahkan lebih sejuk daripada ais dikutub selatan mahupun utara. Itulah keistimewaan kuasa Xiumin.

Api mulai keluar disekitar badan Chanyeol, mencairkan ais-ais yang mampu membunuh tuannya sendiri. Begitulah lumrah setiap kelebihan. Apabila terlalu berkuasa atau berlebihan, mampu melukakan diri sendiri. Kerana itulah mereka tidak dapat menggunakan kuasa mereka sepenuhnya kerana risau akan perkara seperti ini.

Sudah diketahui bahawa mereka mempunyai had terhadap kuasa sendiri. Jika tidak, ianya akan memberi kesan terhadap jangka hayat mereka.

Api daripada badan Chanyeol nampaknya tidak cukup kuat untuk mencairkan ais tersebut. Manakala dia sudahpun nampak kelelahan.

Nampaknya, dia terpaksa meningkatkan kekuatannya dalam keadaan seperti ini. Bara api semakin tinggi.

Mereka yang berada berdekatan terpaksa berlindung agak jauh sedikit. Akhirnya ais-ais itu mula mencair dengan cepat.

Apabila ia mencair sepenuhnya, badan Xiumin jatuh keatas badan Chanyeol.

"Selesanya.." ujar lelaki itu perlahan saat badan dinginnya bertemu dengan badan hangat Chanyeol.

"Hyung.." ujar Chanyeol dengan suara serak basahnya. Tanpa berlengah, Hana terus datang dan membantu Xiumin.

Chanyeol mengambil bajunya dan memakaikannya pada Xiumin.

"Jangan bagi dia panas sangat. Tak elok untuk dia.." Baekhyun memberi peringatan. Dia ingat lagi saat Xiumin pernah pengsan dan terkena demam panas kerana kuasanya melawan kuat api daripada Chanyeol dan Kris sewaktu mereka mengembara bersama YEOGI dahulu.

Chanyeol mengangguk. Lay tanpa berlengah terus datang dan merawat Xiumin.

Suho berusaha untuk bangun dan mendekati Xiumin. Tangannya diletakkan berdekatan bibir Xiumin dan air mulai keluar melalui celah-celah tangannya.

"Bangunlah hyung.." rayu Chanyeol. Namun Xiumin masih belum memberi respon.

"Kita bagi dia rehat dulu. Jangan memaksa." arah Hana. Dia menarik kepala Xiumin dan merehatkannya diatas pahanya.

"Suho, tolong bagi air pada yang lain boleh? Diorang nampak lemah sangat. Ya?" Arah gadis itu lagi. Suho mengangguk.

Dia terus bergerak kearah Tao terlebih dahulu.

Sementara mereka menyelamatkan ahli EXO, ada satu kumpulan yang sedang berdepan dalam masalah. Persaingan sengit mungkin bakal berlaku tidak lama lagi. Persaingan yang bakal menentukan ajal dan maut mereka. Nasib kedua dunia berada ditangan mereka.

Siapa yang akan menang?

Kebaikan atau kejahatan?

Bersambung

Hi korang. Kim nak bagitau yang Kim terpaksa lewatkan ending ff ni. Tak boleh sangat fokus sebab Kim dah masuk matrik. Belajar pun belum so tak faham lagi skop dia macam mana. Susah atau biasa2 mcm sekolah menengah cuma bezanya belajar dalam BI atau gitulah. Tak faham lagi.. Kalau boleh update pun, hari jumaat sabtu atau time cuti2 umum je.. Maaflah ye?

Salah saya sebab asyik ikutkan hati malas nak menaip sampai korang yang terseksa menunggu ending. Sekarang dah menyesal 😅 Maaf ye?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro