Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 41


Hyoyeon berhenti tatkala mereka bertemu dengan jalan yang mempunyai tiga buah lorong itu. Dia masih lagi meneliti peta dengan khusyuknya. Para membernya yang lain turut sama berhenti dan diam sahaja. Tidak mahu menganggunya.

Perlahan-lahan, peta itu disimpan didalam poketnya. Mata Hyoyeon melilau ke kiri dan kanan. Air liurnya ditelan. Dia nampak cemas.

"Kenapa?" bisik Kris yang berada dibelakangnya. Hyoyeon mengangkat tangannya dan menolak Kai agar berundur.

"Ada sesuatu dalam perjalan ke sini.. Cepat menyorok!" arah Hyoyeon dan segera bersandar pada dinding. Kris dan Chanyeol mematikan api dari badan mereka dengan segera. Kesemua mereka berdiri tegak pada dinding, berharap sesuatu itu tidak akan perasan akan kehadiran mereka.

Tapak kakinya mulai kedengaran. Mereka senyap. Semakin lama semakin dekat makhluk tersebut.

Para gadis menutup mata saat melihat ada sebuah lembaga besar yang berhenti betul-betul berdekatan mereka. Ada dua lembaga yang datang dari arah bertentangan. Mereka nampaknya sedang berbual akan sesuatu dan langsung tidak perasan akan kehadiran ahli EXO dan YEOGI.

"Hskk..Busuk bau tempat ni macam bau manusia.. Jom pergi tempat lain.." ajak makhluk tersebut. Mereka terus beredar.

Apabila tapak kaki makhluk tersebut tidak kedengaran, mereka kembali bernafas dengan selesa. Rasanya hampir mati menahan nafas tadi.

"Dia betul-betul tak nampak kita ke?" soal Jungli.

"Buta kot.." jawab Eunqa, savage.

"Tsk. Kesian.." sahut Jungli..

Hyoyeon kembali membuka peta tersebut. Dia kembali bingung melihat tanda-tanda yang berada disitu.

"Jalan mana satu?" soal Hyoyeon sendiri. Kris menghampirinya dan meneliti peta yang terlihat kosong baginya itu. Dia tak dapat baca langsung.

"Kenapa?" tanya Kris lagi. Hyoyeon menoleh.

"Ni.. Dia tandakan tiga-tiga jalan dengan warna berbeza. Masalahnya tak ada arahan bagitahu jalan yang mana satu betul. Jadi macam mana sekarang?" jawab Hyoyeon. Matanya penuh harapan memandang Kris. Kris menggaru belakang kepalanya.

"Kita pecah tiga kumpulan lah macam tu.." cadang MinAh.

"Tak nak lah. Tahu tak kalau dalam drama, time berpecah ni lah ada orang mati?" celah Minsya. MinAh mengetuk kepala Minsya.

"Kau dengan dunia fantasi kau ni memanglah.." rungut MinAh.

"Dahtu? Membazir masa kalau kita pergi sekumpulan masuk satu-satu lorong. At least kalau berpecah, mungkin salah satu masuk lorong betul.." ujar Hyoyeon.

Dia menunggu persetujuan daripada ahli-ahli yang lain. Mereka semua merenung satu sama lain. Kerana buntu, kesemuanya merenung Hana selaku ketua. Terkebil-kebil Hana apabila dipandang sebegitu.

"A--Apa?" soalnya, gugup. Baru dia nak lari daripada kena jadi penentu keputusan alih-alih tak jadi.

"Berpecah atau stay?" soal Hyoyeon. Hana berfikir sejenak. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.

Suara-suara orang asli--eh membernya diabaikan.

"Unnie kita stay lah.."

"Aku taknak mati kat sinii.."

"Kalau berpecah lepastu ada perangkap macam mana?"

"Ini semua..cobaan.."

Hana menghembuskan nafasnya. Matanya dibuka.

"Kita...berpecah!" ujarnya dengan riang sekali sehingga mengangkat tangannya keatas. Tanpa dia sedar, dia tertumbuk hidung Chanyeol saat mengangkat tangannya itu. Lelaki itu tertunduk mengaduh kesakitan namun tiada siapa yang peduli.

"Alaaa.." Kedengaran suara member YEOGI merungut.

"Kita bagi tiga kumpulan.. Kumpulan satu aku, Chanyeol, Sulli, Mijoo, Baekhyun dengan Taeyeon. Kumpulan dua, Seohyun, Sehun, Seolhyun, Hyoyeon, Kris dan Minah. Kumpulan tiga, Luhan, Eunqa, Minsya, Shinka dengan Jungli. Maaflah Luhan kau sorang je perempuan dalam group ni.." cadang Hana.

Luhan mengangguk kecil dan pasrah sahaja.

"Takpe aku ada. Aku lagi lelaki daripada si Luhan ni.." kata Eunqa dengan yakinnya.

"Okey sekarang boleh gerak kan?" Hana mencelah.

"Ya.." jawab Eunqa.

"Korang semua hati-hati ya? Apa-apa berlaku, mintak tolong dengan tuhan hehe bukan pada aku.." Hana berkata dengan sungguh savage.

"Buat apa mintak tolong bapak sendiri.. Baik mati je.." ujar Eunqa. Yang dimaksudkannya itu adalah bapanya sendiri iaitu Zeus. Nampaknya dia pun diam-diam masih bitter dengan tuhan-tuhan greek itu.

Mereka mula berpecah mengikut haluan yang ditetapkan. Semuanya kelihatan berhati-hati memandangkan mereka tidak cukup orang terutama sekali kumpulan Luhan.

...

Setengah jam berjalan, mereka nampaknya semakin menghampiri penghujung. Berlari mereka kearah penghujung jalan yang disangka pengakhirannya namun hampa. Itu adalah jalan mati.

"Alamak.. Kena patah balik ke ni?" rungut Sulli. Lama mereka berjalan dan sekarang terpaksa berpatah balik? Sia-sia je! Dia terus duduk bersandar pada dinding kerana lenguh.

"Nak buat macam mana kan? Kena lah.." jawab Mijoo.

Baru sahaja mereka hendak pergi, satu kiub ais terjatuh diatas kepala Sulli. Sulli mengaduh kesakitan. Dia mendongak keatas untuk melihat puncanya. Membulat matanya saat melihat bahagian atas gua yang dipenuhi ais itu.

"Lubang apa tu?" soal Sulli sambil menghalakan jarinya kearah lubang besar diatasnya.

"Mungkin ada jalan dekat atas tu?" jawab Taeyeon. Dia menepuk bahu Chanyeol, mengarahkannya untuk tunduk.

"Apa?" soal Chanyeol.

"Aku nak kau dukung aku. cepat! Nak harapkan Baekhyun, pendek!" arah Taeyeon. Baekhyun ternganga. Rasa seperti dikhianati.

Chanyeol memandang Hana seperti ingin meminta kebenaran namun Hana melarikan anak matanya kearah bertentangan. Chanyeol terus melutut setelah diabaikan sebegitu. Tanpa berlengah, Taeyeon terus memijak bahu Chanyeol dan mengimbangi dirinya.

Bergelut mereka cuba untuk menaikkan Taeyeon. Hana ketawa besar saat melihat betapa tidak seimbangnya Taeyeon diatas Chanyeol itu.

"Kenapa korang tak terbang je? Kan vampire boleh terbang?" Pertanyaan Mijoo membuatkan Chanyeol berhenti daripada bergerak, menyebabkan Hana dan Baekhyun merenung gadis itu dan mengakibatkan Taeyeon terjatuh.

Krik.. Krik..

Senyap.

"Haah kan. Sengal jugak kitorang ni kan?" Baekhyun menjawab. Terus dia ketawa tak henti-henti. Agaknya selera humornya sememangnya serendah ini.

"Lawak ke bodoh?" Chanyeol melempang kepala Baekhyun.

Terus dia membawa Hana dan Taeyeon naik keatas menggunakan kuasanya. Nasib baiklah dirinya itu besar seperti gergasi. Bolehlah dia bawa dua orang penumpang sekaligus.

"Oi oi! Kenapa bawak girlfriend aku?! Tak guna kau Yeol!!" marah Baekhyun. Dia memberontak sekarang. Rambutnya dikusutkan dengan kasar.

"Tak pasal-pasal kena bawak dua orang badak ni.. eee!!" Bentak Baekhyun.

Mijoo dan Sulli sudah pun dalam posisi gangster.

"Kau cakap apa tadi Byun Baekhyun?!"

"Aku tak salah dengar kan? Badak kau cakap?!!!"

PANG! PANG! BUSH! PANG! BUSH! PANG!

Baekhyun dibelasah oleh Mijoo dan Sulli serentak.

Setelah pergaduhan tadi, mereka akhirnya terbang juga masuk ke dalam lubang tersebut. Hampir sampai dipenghujung, nampak Chanyeol, Hana dan Taeyeon yang sedang merangkak disana.

"Korang jenguk apa?" soal Mijoo.

"Shuu!! Tengok sana!" arah Taeyeon.

Mijoo menjengukkan kepalanya dan tergamam. Nampak kesemua ahli EXO yang hilang dulu sedang diikat disana dalam keadaan sadis. Apa yang merunsingkan adalah, separuh badan Xiumin kini telah dipenuhi oleh ais.

Ais itu sekarang hampir mencecah lehernya. Mijoo merenung keatas Taeyeon dengan wajah risau.

"Apa kita nak buat ni?"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro