Part 4
"Terima kasih kerana telah menghubungi kami. Nasib baik dapur kamu tidak hancur sepenuhnya," kata pegawai bomba kemudiannya berangkat pulang. Kyungsoo bersandar pada dada Baekhyun yang dua kali ganda lebih kecil daripadanya. Kakinya lemah.
"Kyah gwenchana??!" Tanya Baekhyun, dengan suara yang bergetar. Badan Kyungsoo terlalu berat untuk ditampungnya.
"Kenapa kau pergi panaskan tin susu atas dapur wahai anak Oh?!" Soal Kyungsoo dalam nada pasrah. Dia sudah lemah dengan semua ini. Mujurlah duitnya sempat diselamatkan. Sehun menggentel bajunya. Dia menunduk ke bawah.
"Hun..hun nak makan susu bakar. Tu je.. Salah ke?"
"Kau tanya salah ke?! Eiii budak ni!! Nasiblah bukan adik aku! Kalau adik aku dah lama aku lempang!" Jerkah Kyungsoo. Sehun dan adik-beradik yang lain tersentak. Mereka semua memandang tepat kearah Kyungsoo tanpa berkerdip.
"Kyungsoo, kenapa kau cakap macam tu?" Bisik Luhan, agar tidak didengari oleh Sehun. Kyungsoo bagai tersedar dengan apa yang baru dituturnya tadi. Dia serba salah. Dia cuba untuk mendekati Sehun namun langkahnya terhenti sebaik sahaja Sehun bersuara.
"Sehun tau..Sehun bukan adik yang baik.. fine.." Sehun membawa diri ke dalam rumah dengan awan hitam disekelilingnya. Dia kelihatan lemah.
"Haih.. Kenapa lah kau tersasul macam tu," keluh Luhan dan turut masuk ke dalam rumah diikuti oleh Baekhyun, Chanyeol dan gerai aiskrimnya. Mereka memang sedia maklum dengan sifat hati tisu Sehun.
Kyungsoo memandang kearah dapur rumahnya yang separuh hancur. Habislah duit dia nak kena baiki dapur tu. Fikirannya tiba-tiba melayang kepada seorang lelaki pendek dan berkulit putih seperti salji yang dia nampak dua saat sebelum dapurnya meletup.
"Ish. Lelaki ni datang balik dalam fikiran aku. Dah kenapa aku ni? Atau dalam kehidupan sebelum ni aku ni gay? Atau ada orang bomohkan aku ni, eee!!"
Kyungsoo terus masuk ke dalam rumah sambil menggeliat-geliut seperti ulat beluncas. Geli apabila dia mendapat bayangan dirinya memeluk lelaki putih itu dengan mesra sekali.
×××
"Kenapa lah korang ni suka susahkan aku? Apa kejadahnya aku yang kena beli first aid sedangkan korang yang kaut kelawar tu??" Bebel Hana yang baru sahaja pulang dari mall. Jungli memberikan tanda peace kepada Hana.
"Jangan marah. Nanti manira masakkan nasi goreng ayam tandoori untuk akak leader yaa? Hehehe.." pujuk Jungli. Dia terus mengambil plastik yang mengandungi kotak first-aid dan membawanya ke loteng.
"Manira manira. Guna 'SAYA' bukan manira! Ni lah kau selalu sangat google benda pelik-pelik. Entah apa maksud manira tu," bebel Hana lagi.
"Manira tu maksud dia saya la akak leader. Tapi dalam bahasa Malaysia!" jerit Jungli.
"Aku tak peduli!"
Di loteng, member YEOGI yang lain kecoh melihat kelawar yang sedang membuang air besar. Ada yang sedang mengambil gambar dan ada yang ternganga kerana terpegun.
"Korang rasa, EXO berak pun macam ni ke?" Tanya Mijoo tiba-tiba. Mereka mula meng'eee' kearah Mijoo serentak.
"Mereka tu bukan kelawar."
"Kelawar lah.. Kelawar kan saudara vampire?" ujar Mijoo lagi.
Jungli yang sudah sampai bersama first-aid dengan pantas menuju kearah haiwan peliharaannya itu. Mereka semua memberinya ruang untuknya merawat haiwan kecil itu. Hana memerhati dari belakang. Dia menyandar pada tiang loteng.
"Tangan dia patah. Kesiannya," kata Jungli lalu menyapu ubat luka ke sayap kelawar kecil itu dan membalutnya dengan kain kasa. Dia cuba untuk membuat kelawar itu berdiri.
Kelawar tersebut cuba untuk berdiri dengan sokongan daripada Jungli. Mereka mula memerhati dengan teliti. Sayap kelawar itu mengibas-ngibas dengan perlahan. Makin lama makin laju dan ia mula terbang. Tanpa diduga, kelawar itu mula terbang kearah Hana dan menggigit lehernya.
Menjerit histeria gadis itu dibuatnya. Loteng rumah mula bergegar dengan larian daripada 11 orang member YEOGI. Mereka mula mendapatkan Hana.
"Tolonglahh! Lepaskan kelawar ni!" Jerit Hana dan menarik-narik kelawar itu dari lehernya. Namun, gigi kelawar itu melekat dengan sungguh kuat dilehernya. Darahnya perlahan-lahan disedut tanpa dia sedar.
"Pukul kelawar tu!! " jerit Mijoo seraya mengambil kayu besbol berdekatan. Dia mula menghayunnya ke udara namun dihalang oleh Hyoyeon. Hyoyeon melempar kayu besbol itu jauh dari mereka.
"Kau nak tengkuk kakak kau ni patah?" Soal Hyoyeon, mata dijegil kearah Mijoo.
"Sembur ridsect!" Cadang Sulli pula. Kepalanya diketuk oleh Hyoyeon pula.
"Kau pikir kelawar ni serangga?!" Marah Hyoyeon. Sedang mereka bertelingkah, Hana masih bergelut dengan sang kelawar.
Seohyun menarik ekor si kelawar dengan kuat. Hampir putus ekor kecil kelawar itu dibuatnya. Dia menggeleng pantas dan memberanikan dirinya. Dia mula memegang seluruh tubuh kelawar itu dan menariknya sekuat hati.
Pit! Badan kelawar itu bertembung dengan dinding loteng setelah dilempar oleh Seohyun. Badan Hana yang sudah kelihatan seperti mayat dicempung oleh Eunqa. Seohyun pula membantunya untuk turun dari loteng. Mereka mula membawanya masuk ke dalam bilik.
Manakala Jungli, dia mengambil kelawarnya itu dan memasukkannya ke dalam sangkar kucing. Kelawar itu memandang sinis kepada kucing parsi berwarna putih dan berbulu lebat milik Shinka.
"Panggil doktor Im! Palli!!"
-bersambung
Enjoy 💓 Maaf kalau merapu dan tak best😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro