Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 23

"Maaflah sebab tak percaya tadi. Saya sepatutnya jaga korang semua." Ujar Seulgi. Dia berasa bersalah kerana mempersendakan mereka.

Tak sangka pula sampai boleh jadi macam tu. Agaknya, kalau MinAh tiada disitu tadi, mungkin Kris sudah mati.

"Tak pe lah Seulgi. Benda dah jadi dah. Lupakan jelah.." kata Eunqa, membela Seulgi. Kesian dia tengok puteri pontianak ni, dari tadi lagi asyik murung sahaja.

"Sebenarnya kan, aku nak bagitahu korang sesuatu ni.." Kata Irene, tiba-tiba. Mereka semua senyap. Masing-masing memandang Irene dengan tanda soal didalam kepala.

"Kitorang dah tak boleh bawa korang keluar dari sini.. Nampaknya, sihir Leon lagi kuat dari kitorang.. Jadi, korang sendiri yang kena pergi ke sana tanpa bantuan kami.." jelas Irene, serba-salah.

Terkejut YEOGI mendengarnya. Habistu, siapa nak lindungi mereka selepas ini? EXO? Jangan harap, sedangkan mereka pun tak tahu yang mereka ada kuasa. Inikan pula nak jaga YEOGI.

"I-irene! Kita baru je berjumpa takkan nak berpisah dah? Awalnya!" Rungut Taeyeon. Cemas dia apabila Irene berkata begitu.

Lagipun sekarang ni, hanya Red Velvet yang dapat menjaga keselamatan mereka sementara ingatan EXO pulih. Taeyeon memeluk badan Irene dengan eratnya.

"Mianhae..Kuasa kami tak mampu untuk lawan Leon.. Kami baru sedar yang kuasa kami ni hanyalah seperti secubit garam sahaja kalau nak dibandingkan dengan Leon." Balas Irene, dengan penuh dramatis.

Dia mula berpura-pura mengelap air mata. Kemudian dia memandang kearah lima orang lelaki yang sedang terpinga-pinga itu.

"Korang semua kena bantu Kris, Chanyeol, Baekhyun, Luhan dan Sehun untuk dapatkan balik kuasa mereka. Kalau tidak, korang semua akan senang-senang sahaja dibunuh oleh Leon." Kata Irene lagi.

"Tapi, macam mana?" Tanya Seohyun.

×××

Pada pagi keesokannya, wajah mereka semua murung. Semalam, Hana telah mengarahkan untuk membatalkan perjalanan mereka .

"Korang janganlah murung.. Jangan buat kami rasa bersalah.." ujar Wendy dan cuba menceriakan member YEOGI. Namun mereka semua seperti tidak mahu melayannya.

Merajuk lah tu. Mereka terus meneruskan perjalanan sehingga sampai dihadapan satu pintu gerbang yang besar. Tapi ianya bukanlah pintu keluar dari hutan larangan itu.

"Nampaknya, sampai sini sajalah kami dapat hantar korang..Mianhae.." ujar Seulgi, dalam nada sedih.

Yeogi akur. Tak ada guna mereka menghalang. Kesian pula kalau dipaksa. Mereka semua terus berpelukan buat kali terakhir. Lantas pintu pagar itu dibuka oleh Joy.

Satu persatu dari mereka melangkah ke dalam kawasan asing itu. Irene merenung tajam kearah Sehun. Seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan.
Dia mendekati Sehun dan berbisik kepadanya. Sehun menjeling Irene dengan ekor matanya. Senyuman sinis dilontarkan.

"Hati-hati. Ingat pesan aku, jangan pandang mata 'dia' .." ujar Wendy dengan wajah yang dingin sedingin rambut birunya.

"Dia siapa?" Tanya Hana. Red Velvet hanya diam. Orang-orang kata, kalau disebut namanya, nanti dia datang. Baik mereka bagi petunjuk saja.

"Adalah..Nanti korang akan tahu. Cuma tu je yang saya boleh cakap..Jangan renung atau pandang mata dia."

Sambung Wendy. Joy terus menutup pintu pagar itu dan memagarinya dengan pokok duit-duit dan beberapa akar pokok. Mereka segera menjauhi tempat itu.

"Nampaknya..Kita kenalah jaga satu sama lain mulai sekarang.."

-bersambung

Kalau free, jemputlah baca ff ..misi 1.0: sunatkan exo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro