Part 18
Hana, Eunqa, Seohyun, MinAh dan Taeyeon duduk berhadapan dengan lima orang vampire yang juga merupakan sejenis hantu diruang utama istana. Masing-masing agak kekok untuk memulakan perbualan.
"Erm.. Kami anak saudara kepada King Woobin yang pernah menjadi raja kat sini. Kalau korang masih ingat dia lah. Dia sebenarnya dah mati kena lahap dengan vampire lain di kerajaan Light. Sekarang ni, King Leon telah mengambil alih tempat Woobin.
Permaisuri Hyeri pula, mati semasa cuba melarikan diri daripada serangan askar Leon. Anak-anak diorang iaitu pahlawan EXO telah diturunkan ke bumi dan dipisahkan ke tempat yang berlainan." Jelas Yeri, yang paling muda sekali diantara mereka.
Yeogi kelihatan terkejut dengan kata-kata Yeri tadi. Bagaimana pula Raja Kim Woobin dan Permaisuri Hyeri yang baik dan peramah itu boleh mati begitu sahaja?
Terkedu.
Itu sahaja yang boleh digambarkan oleh mereka sekarang. Tak sangka, lepas setahun meninggalkan Lyoxo, kekecohan sama telah berlaku.
Mula-mula Sistar, sekarang Leon. Dengar nama sahaja boleh tahu yang Leon ialah seorang yang berkuasa bahkan lebih berkuasa daripada Sistar.
"Jadi sekarang, apa yang awak semua nak kami buat?" Tanya Taeyeon pula.
Matanya memandang kelima-lima gadis dihadapannya. Boleh tak kalau mereka dipanggil Red Velvet je? Sebabnya rambut mereka yang berwarna-warni tu mengingatkan dia kepada kek Red Velvet dan sekaligus akan memudahkan cara untuk berkomunikasi.
"Kami nak...awak tolong selamatkan Lyoxo sekali lagi.. Hanya awak berlima yang boleh selamatkan dunia kami sekarang ni." Balas Yeri, mendesak.
"Ka..Kami berlima?? Kami dulu ada 12 orang. Kenapa tak ajak semua datang sini??" Gugup Taeyeon bersuara.
"Mian tapi, sejak Leon jadi pemerintah.. Dia dah ubah peraturan dan mengehadkan jumlah makhluk-makhluk yang dapat memasuki planet ni.. Mungkin sebab dia takut yang kuasa luar akan dapat mengalahkan dia." Jawab Irene.
Mereka berlima (YEOGI) semakin resah. Kalau ber-12 adalah juga keberanian tu. Ini tidak! Berlima tu menakutkan. Sikit sangat.
"Hurm. Memandangkan Hana unnie ada pengalaman dalam melawan benda-benda ghaib ni. Kitorang setuju!" Celah MinAh tiba-tiba. Siap buat muka comel lagi. Nak bodek lah tu.
"Ehh.. Bukan unnie sorang tahu? Korang semua pun sama. Janganlah nak letak beban tu dekat unnie seorang.." balas Hana pula.
Ada ke patut buat macam tu? Cis!
"Tak kesah lah siapa-siapa pun..Yang penting korang berlima memang kena bersatu dan lawan Leon.."
×××
"Kau buat kitorang hampir mati kena serangan jantung tahu tak?!!" Marah Chanyeol kepada lipas gergasi yang kini menyerupai seorang manusia.
Mereka menggelarnya sebagai Jimin. Nama keluarga pula Park. Alasannya kerana badan lipas itu sebenarnya pendek dan Park pula kerana Chanyeol bermuka seperti lipas. Alang-alang Chanyeol dah bermuka macam lipas, mereka menjadikan Park Chanyeol sebagai abang kepada Park Jimin. Okey faham ke tidak??
"Maaflah.. Aku tak pernah jumpa manusia dalam hutan larangan ni. Ini pertama kali tahu? Jadi, aku rasa ini miracle in december wooo.."
Balas Jimin pula. Acah-acah cool siap buat dab lagi. Maju betul.
"Wei lipas..Sebenarnya kitorang ni ada dekat mana?? Apa yang terjadi sebenarnya?? Hutan larangan tu apa? Takleh memburu ke dekat sini??"
Tanya Kris pula. Sambil-sambil itu, dia tetap mengunyah ikan bakar yang baru ditangkap oleh Jimin tadi.
Sedap!
"Oh korang kan manusia so korang tak tahu apa-apa lagi..Begini ceritanya, hutan ni sebenarnya milik nenek moyang kami yang terdahulu.. disini lah terletaknya Batu Mutiara Biru yang paling berkuasa sekali yang mampu memberikan kuasa yang tiada had kepada pemiliknya.
Nenek moyang kami bercadang untuk meminta bantuan nenek sihir untuk memagari hutan ni daripada ancaman luar. Jadi, nenek sihir dah sihirkan hutan ni sehinggakan vampire-vampire diluar sana tak dapat masuk.
Yang tahu kata laluan je boleh masuk! Untuk pengetahuan korang, kat sini banyak makhluk aneh dan boleh membahayakan vampire lain. Jadi, hati-hati.. Mulut jangan celupar."
Panjang lebar Jimin menjelaskan tentang hutan larangan itu. Padahal itu baru satu daripada sepuluh bahagian cerita yang lengkap.
"Ohh.. Habis tu, kenapa kami ada kat sini pulak? Apa kena mengena?" Tanya Sehun pula. Jimin mengetuk kepala Sehun dengan kepala ikan.
"Manalah aku tahu!! Aku ni pun baru jumpa korang!! Bodoh!"
"Ingatkan kau tahu!! Tak payah lah marah!!"
"Bengap!! Nasib hensem!"
"Kau jangan nak goda aku eh?! Aku tak horny dengan lipas!"
-bersambung
Sorry tak dapat update macam selalu. Oh ya, jangan lupa November 2 nanti❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro