Part 17
Selepas beberapa ketika, Hana membuat keputusan untuk keluar dari bilik untuk mencari keberadaan lima gadis aneh itu berada.
"Chogieo? Chogieo? Awak semua kat mana?" Jerit Hana diseluruh pelusuk istana. Tiada seorang pun yang menyahut sebaliknya yang kedengaran hanyalah suara gemanya sahaja.
Dia berlari-lari menuruni anak tangga satu persatu dengan pantas. Pintu istana dihadapannya itu dituju.
Dia merempuh pintu yang lima puluh kali ganda lebih besar darinya itu dengan kuat dan cuba untuk keluar dari tempat itu. Baju yang dipakainya sekarang melemaskan dirinya dan menyukarkan dia untuk menjalankan kerjanya.
DUM! DUM! DUM!
"Bukalah!!" Jerit Hana dengan cemas. Dia cuba untuk mencari pertolongan.
"Awak buat apa?" Tanya Irene yang berambut merah kepada Hana. Wajah pucatnya itu membuatkan dia menjadi semakin menyeramkan. Dia memandang Hana dengan pandangan yang tertanya-tanya. Mulutnya ternganga.
Hana berpaling ke belakang dan tersentak. Irene dan yang lain kini terapung dihadapannya. Dengan muka yang pucat, berbaju putih dan merenungnya dengan pandangan yang kosong.
"Ehehehe. Jangan takutlah. Ini bentuk fizikal sebenar kami. Kami ialah anak saudara kepada King Woobin yang pernah menjadi pemerintah disini dulu."
Joy mula mendarat diatas lantai istana dan badannya mula bertukar warna kepada warna badan seorang manusia.
Dia mula mendekati Hana dengan mesranya. Senyuman yang paling manis dihadiahkan sehingga Hana turut tersenyum. Mudah sahaja Joy menceriakan orang, sama seperti namanya.
"Awak tidak dibenarkan untuk keluar dulu untuk sementara waktu. Dekat luar tu bahaya. Ada makhluk---"
"Makhluk aneh macam raksasa kan? Yang berbahaya dan lebih-lebih lagi vampire. Saya tau.. Saya tau semuanya. Sa-saya cuba keluar tadi pun sebab saya ingatkan tiada orang dekat sini. Jadi saya cuba untuk dapatkan bantuan." jelas Hana kepada mereka berlima. Dia kelihatan seperti hilang arah.
"Hah? Macam mana awak tau??" Tanya Wendy yang agak blur dengan kenyataan Hana tadi. Sedangkan dia baru sahaja sampai ke dunia Lyoxo. Yeri menunjal kepala kakak ketiga tuanya itu.
"Kan dia yang selamatkan kita semua dulu! Unnie janganlah hilang ingatan alahai!" Marah yeri .
Wendy yang bagaikan sudah hilang ingatan mengangguk sahaja. Memang benar dia tak ingat pun. Inilah sebab kenapa Irene tak benarkan dia makan biskut semut banyak-banyak.
"By the way awak dah minum ke air herba yang kami bagi tu?? Awak kena minum kalau nak bertenaga.." Tanya Seulgi pula. Eyesmile yang terbentuk membuatkan Seulgi terlihat lebih ramah.
"Nantilah saya minum. sekarang ni saya nak tahu kenapa kami ditarik semula ke sini?? Ada apa sebenarnya??"
×××
"Jalanlah cepat woii!!" Jerit Kris, seolah-olah ketua disitu padahal dia yang berada dibelakang mereka berempat.
Luhan dihadapan membaling daun pisang ke muka Kris dengan kasar. Biar senyap sikit lelaki tiang elektrik itu. Bising mengalahkan mak nenek.
"Kurang hajar sape baling ni hah??" Marah Kris. Sudahlah ada taik ayam melekat didaun pisang itu. Yucks..
Tiada siapa menjawab pertanyaan Kris. Mereka hanya mengabaikan bebelannya. Dua jam berlalu, adik-beradik berlima itu meneruskan perjalanan ke dalam hutan tanpa mempunyai hala tuju.
Sresssttt. Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh semak samun membuatkan mereka terperanjat.
Dalam masa sesaat mereka berlima berpelukan antara satu sama lain. Masing-masing memandang kearah semak samun berhampiran.
Pergerakan makhluk hitam disitu masih dapat dilihat.
"Hyung! Apa benda tu??" Tanya Sehun sambil menarik-narik bahu Baekhyun. Dia cuba untuk menolak Baekhyun ke sana namun Baekhyun cepat-cepat memeluk Chanyeol dihadapannya.
"Luhan! Kau ketua kau pergi tengok!" Arah Kris yang sedang memeluk bada Sehun.
"Mwo?! Hyung lahir dulu hyung pergilah!" Balas Luhan pula. Dia menolak Kris ke hadapan dibantu oleh yang lain.
Tak nak lah dia mati dulu. Kalau iya pun mati, biarlah ikut turutan dari yang tua ke muda. Jangan langkah bendul--- ehh??
"Aku yang paling tua jadi kau kena dengar cakap aku!! Kalau tak kau tinggal sini." ugut Kris lagi. Chanyeol menolak-nolak badan Luhan dengan kuat sehingga dia tersungkur dihadapan semak berdekatan.
Luhan mengaduh kesakitan dan cuba untuk bangun. Dia merangkak kearah semak itu dan cuba untuk memeriksanya.
"BWAAAAA!!" Jerit makhluk hitam itu dan memeranjatkan Luhan sehingga membuatkan lelaki itu pengsan.
Lipas gergasi itu memandang kearah empat orang yang sedang berdiri dihadapannya.
"Nak kena jugak ke?"
-bersambung
Vote lah weh😂 sedih aku tgk vote chapter sebelum ni..huhu..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro