Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 16

Guni yang mengisi Kris, Luhan, Chanyeol, Baekhyun dan Sehun itu dicampak ke dalam sungai di hutan Vampire Light.

Mereka berlima yang berada didalam guni hampir lemas disebabkan air yang memenuhi ruangannya. Sedaya upaya mereka cuba untuk menahan nafas.

Kris yang mempunyai kaki yang panjang dan yang paling tua segera bertindak. Dia cuba untuk berenang keatas dan cuba untuk membuka guni itu.

'Ketatnya!!' Marah Kris dalam hati.

Dalam beberapa minit dia bergelut, adik-beradiknya yang lain sudah kehabisan nafas.

Sehun, yang paling muda mula lemah. Badannya perlahan-lahan turun ke dasar guni. Baekhyun cuba mencapai tangan Sehun namun dia tidak tersengaja membuka mulutnya sehingga air sungai memasuki badannya.

Kini, tinggal Chanyeol dan Luhan yang masih lagi cuba untuk bertahan. Mereka berdua memejamkan mata dan cuba untuk bertenang. Dikira pula biri-biri yang sedang melompat pagar didalam fikiran.

Kris yang sudah hampir selesai membuka ruang untuk mereka keluar akhirnya mampu tersenyum. Dia keluar terlebih dahulu untuk menghirup udara segar.

"Warghh!!" Teriaknya dengan kuat setelah dapat bernafas dengan normal.

Terus sahaja dia menyedut oksigen dan kembali menyelam. Dasar guni doraemon, boleh pula didalamnya itu seluas lautan.

Dia mencapai kolar baju Chanyeol dan Luhan lalu menarik mereka berdua naik keatas. Seterusnya, ditarik Sehun dan Baekhyun yang sudah pengsan.

×××

"Mereka dah mati lemas ke apa?"

"Unnie, yang unnie tutup almari tu kenapa?"

"Laaa mana unnie tau.. Ingatkan diorang boleh tahan nafas lama-lama"

"Ingat diorang katak?"

Wajah Hana berkerut-kerut sebaik sahaja mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh suara-suara manusia.

Dia membuka matanya dan cuba untuk melihat sekeliling. Terkejut bukan main lagi apabila terdapat lima orang gadis dalam pakaian bangsawan inggeris sedang merenungnya.

"Oh! Dia dah bangun!" Gadis berambut pendek mula berteriak. Bingit telinga Hana dibuatnya.

"Ahh. Baguslah awak dah bangun." Seorang gadis berambut oren menyapanya. Eyesmile yang terbentuk membuatkan gadis itu tampak seperti seekor beruang yang comel.

"Ini madu yang dicampur pudina.. Minumlah, untuk kembalikan semangat awak," sambungnya lagi. Dihulurkan cawan yang diperbuat daripada perak itu dengan sopannya.

Hana yang masih blur berdiam diri sahaja. Takut juga dia melihat mereka berlima. Sudahlah dia tidak mengenali satu pun diantara gadis comel ini.

"Janganlah takut. Baiklah biar kami perkenalkan diri.. Saya Bae Irene, yang paling tua kat sini.. Ini Kang Seulgi, yang kedua tua, ini Son Wendy, yang ketiga tua.. Ini Park Joy dan Kim Yeri, mereka yang paling muda.."

Perkenal Irene. Riak wajah Hana masih lagi tegang.

"Unnie, jomlah kita tinggalkan dia untuk bertenang. Mungkin dia masih terkejut." Ajak gadis yang berambut bang hitam. Kelihatannya seperti dia yang paling muda. Mungkin ini Yeri, teka Hana.

"Khaja.."

Anak mata Hana mengekori pemergian gadis berlima itu. Setelah pintu bilik ditutup, dia perlahan-lahan keluar dari almari dan memerhati sekelilingnya. Bilik ini nampak usang seperti bilik daripada zaman Eropah. MinAh, Eunqa, Taeyeon,dan Seohyun masih terbaring lemah diatas tanah. Mereka semua kelihatan sangat penat. Dia pandang pula air madu yang diberikan oleh gadis berambut oren bernama Seulgi itu. Hatinya was-was untuk meneguknya.

"Entah-entah dalam air ni ada racun.. Uish tak baiklah berfikiran negatif.." Ujar Hana sendirian.

Dia menjauhkan air madu pudina itu daripadanya. Kemudian dia menghampiri tingkap yang berdekatan yang cuba untuk membukanya.

"Ishh susahnya..dah berapa lama tak bukak tingkap ni!" Marah Hana. Ditolaknya lagi daun tingkap itu sekuat hati.

Lima minit bergelut, pndangan matanya terarah kearah bawah daun tingkap. Rupanya tingkap itu dikunci dan bukannya berkarat. Malu betul. Dia mengetuk kepalanya sendiri kerana terlalu lembap.

Hana membuka kunci tersebut dan menolak daun tingkap dengan kuat. Sekali lagi dia terkejut. Apa yang dilihat didepan matanya ini sungguh tak logik.

"I-ini kan.. Lyoxo.."

×××

"Bangunlah! CPR pun dah bagi, takkan lah tak nak bangun lagi? Habis first kiss aku hilang.. Haduh.. Nanti kena cop gay pulak.. Uishh taknaklah.."

Rungut Kris sendirian. Mereka sekarang sedang berada ditebing sungai. Langit yang berwarna oren merah itu mengingatkan dia kepada sesuatu.

Macam dejavu sahaja. Dia terasa seperti sudah pulang ke kampung halaman.

"Uhukk uhukk!" Chanyeol terbatuk-batuk. Badannya automatik terbangun.

Kepalanya berpinar-pinar. Macam baru lepas mabuk je.

"Dah bangun? Baguslah" kata Kris, selamba. Apa? Nak dia tepuk-tepuk belakang Chanyeol? Euu, no way!

"Eung.. Hyung, kita kat mana ni?" Tanya Chanyeol dan cuba untuk mengakses otaknya.

Hutan, sungai, hutan ,sungai dan hutan sahaja yang dapat dia lihat. Menyeramkan.

"Molla.. " jawab Kris sepatah dan kembali merenung langit. Anak matanya berubah menjadi merah tanpa dia sedar.

Manakala Chanyeol, dia masih memerhati sekeliling. Entah bagaimana, matanya tertancap pada seorang budak lelaki diseberang sana yang sedang memerhati mereka..

Meremang bulu romanya seketika. Sedang dia cuba menghapuskan ilusinasinya itu, dia terpandang sebuah istana yang berada tak jauh dari situ.

Dapat dia lihat seorang wanita sedang merenung ke luar tingkap dan badannya pegun sahaja disana.

"Tempat..apa..ni..?"

-bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro