Part 15
Hana, MinAh, Eunqa, Taeyeon, dan Seohyun masuk ke dalam bilik stor untuk mengemas bilik tersebut. Sebentar lagi, ia bakal digunakan oleh Jimong dan Hanbin.
Menyesal mereka berlima bermain kai-bai-bbok(batu-gunting-kertas) untuk menentukan siapa yang akan mengemas stor. Alih-alih mereka yang cadang, mereka yang kalah.
"Jom angkat almari tu dulu?" Ajak Eunqa sambil menundingkan jarinya ke arah almari antik milik seseorang yang mereka tidak kenali.
Memang almari itu sudah berada disana sejak mereka pulang ke bumi. Hongki sendiri pun bingung bagaimana almari itu boleh berada disana.
Satu, dua, tiga..
Mereka cuba untuk mengangkatnya. Malangnya, mereka gagal. Berat almari itu memang diluar jangkaan mereka.
"Hana, cuba check apa benda yang ada dalam almari ni sampai berat macam ni.. Ada gajah ke apa?!" Arah Eunqa sambil bercekak pinggang.
Dia hampir sahaja menyepak almari tersebut biar jatuh menghempap lantai dan musnah. Menyesal pula bagi kebenaran untuk dua orang lelaki itu tinggal disini.
"Okay." Jawab Hana bersahaja. Tanpa berlengah, tanganya mula mencapai tombol pintu almari.
Kesemua mereka memandang tanpa menyedari akan sesuatu yang bakal menghantui mereka.
"Cit cit cit!"
Seekor tikus jatuh dari siling dan mendarat diatas kepala Hana. Suasana sunyi seketika.
"Unnie.. Jangan gerak.." Arah MinAh dengan penyapu ditangannya.
Hana yang sudah terketar-ketar dan tidak mampu untuk bersuara hanya memegang tombol pintu almari dengan kuat.
"Satu..dua..PPAP!!"
Kepala Hana menjadi mangsa pukulan penyapu daripada MinAh manakala tikus tadi sudah melompat jauh dari mereka.
Dek kerana hentakan yang kuat itu, Hana hampir pengsan dan tangannya secara tak sengaja membuka pintu almari.
Cahaya putih yang keluar dari almari itu menyilaukan mata mereka. Semakin cerah cahaya itu, semakin silau mata mereka dibuatnya. Tiba-tiba, satu angin yang kuat telah menarik badan mereka masuk ke dalam almari dan menghilang.
Suasana hening seketika. Sehelai daun mendarat tepat-tepat diatas lantai, dihadapan almari. Aneh, ianya berwarna perak.
Beberapa minit kemudian, satu tangan yang mulus telah keluar dan mencapai pintu almari. Tangan yang dimiliki oleh seorang gadis itu perlahan-lahan menutup pintu almari. Wajahnya pula menghadiahkan satu senyuman sinis.
Prakk!! Pintu almari ditutup olehnya. Serentak dengan itu, Jimong membuka pintu bilik stor untuk mencari mereka berlima. Matanya melilau memandang seluruh isi bilik.
Daun perak yang berada diatas lantai menarik perhatiannya.
"Tak guna. Kau tak patut bawa mereka ke sana!"
×××
"Masuk dalam ni!!" Arah Marice kepada mereka berlima.
Terketar-ketar Baekhyun melangkah masuk ke dalam guni yang hanya sebesar seorang kanak-kanak berusia 8 tahun.
Dia duduk mencangkung didalamnya. Habis segala peluh dan air mata keluar. Marice kini memandang kearah Kris. Matanya mengarahkan Kris untuk masuk ke dalam guni yang sama.
"W-what? Masuk dalam ni? Tak muatlah gila." Ujar Kris. Pedang yang berada didalam kot diambil dan dihala kearah Kris.
"Masuk atau aku--" Ugut Marice. Pedang tadi dihalakan ke leher dan bergerak seolah-olah dia mengelar lehernya sendiri.
Kris akur.
Daripada nyawanya melayang, baik dia ikutkan sahaja kata orang gila tu. Sebaik saja dia masuk, dia melihat Baekhyun yang wajahnya sudah hampir hitam. Ianya kerana eyelinernya sudah luntur akibat air mata dan juga peluh.
Seterusnya, Luhan menjadi mangsa Marice. Rambutnya ditarik dengan kuat sehingga ia hampir tercabut. Badannya disepak kuat sehingga tercampak masuk ke dalam guni.
Chanyeol pula ditarik dengan menggunakan tongkat. Tongkat itu diselit ditengkuk Chanyeol, dan dia ditarik masuk ke dalam guni. Hampir mati tercekik lelaki itu dibuatnya.
Sehun pula, Marice hanya merenungnya lama. Renungan Sehun yang tajam membuatkan mata Marice gementar. Dihalakan sahaja guni tersebut kearah Sehun tanpa berkata apa-apa.
Sehun pula bodoh, kerana dia mengikuti sahaja apa yang Marice mahukan. Seandainya dia bertindak bijak dan lari daripada situ..Hurm.
"Tak lama lagi.. Aku akan bebas.."
-bersambung
enjoy 😀💓 vote and comment yea❤
nak promote ff❤ jemputlah..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro