Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 7

"Kau merajuk ke?" soal Chanyeol.

Sedari tadi Wendy diam sahaja sambil mengekorinya. Wendy tak menjawab soalannya. Chanyeol mengeluh dan memeluk bahu gadis itu.

"Cakap sikit merajuk. Macam perempuan."

"Tapi kan saya memang perempuan?"

"Ha! Ada pun suara. Ingatkan bisu dah tadi."

Wendy mencebik. Dia memeluk tubuhnya. Chanyeol terus melepaskan pelukan dan berjalan mendahului Wendy. Dia menuju ke sebuah rumah sekarang.

Tiba-tiba, Chanyeol menyorokkan tubuhnya disebalik tiang. Dia berpura-pura seperti sedang menelefon seseorang sambil memerhati kediaman tersebut.

"Awak buat apa?"

"Omo kamchagiya!"

Chanyeol melatah manakala Wendy ketawa. Pasalnya, Chanyeol begitu khusyuk tadi.

"Hish! Diamlah. Nanti orang dengar!" arah Chanyeol.

Wendy menyorok dibelakang Chanyeol dan turut sama mengintai. Dia mencebik menunggu siapa yang sedang diperhatikan oleh Chanyeol sekarang.

"Awak tunggu siapa?" tanya Wendy lagi. Bosan.

"Mangsa."

Wendy berkerut. Sejak bila Chanyeol makan orang ni? Jangan-jangan, Chanyeol kanibal kot? Hah?!

"Mangsa? Awak pun makan manusia? Sejak bila? Kenapa?" tanya Wendy bertubi-tubi. Kali ini, Chanyeol pula yang pening.

Baru sahaja dia nak menjawab, mangsanya keluar. Chanyeol menolak muka Wendy dengan sebelah tangannya ke belakang dengan begitu mudah sekali. Wendy yang berasa terganggu mengalihkan tangan Chanyeol dan turut sama melihat.

"Eo? Pakcik! Pakcik ini Wendy--"

Chanyeol menekup mulut Wendy dan menolak gadis itu ke dinding. Wendy yang tidak faham dengan apa yang berlaku menggunakan kekuatan vampirenya untuk melepaskan diri.

"Kau jerit tu kenapa?! Kalau dia tahu aku nak rompak dia macam mana?!"

"Awak ni kenapa?! Itu pakcik saya lah. Saya nak tegur--"

Wendy dan Chanyeol bercakap serentak. Tapi kata-kata Wendy terus terhenti saat mendengar penjelasan Chanyeol.

"Awak nak merompak pakcik saya?" soal gadis itu, perlahan.

Chanyeol mengangguk. Tak rasa bersalah langsung. Rupa-rupanya, rumah besar yang Chanyeol perhatikan itu adalah rumah pakcik Wendy. Salah satu orang kaya dikawasan perumahan ini.

"Awak tak serik-serik lagi ke? Awak tahu tak polis tengah cari awak? Tapi awak masih nak buat kegiatan haram ni? Awak tak rasa berdosa ke?" Wendy mula memberi ceramah.

Sementara Chanyeol, dia cuma menguap sahaja mendengarnya.

"Dah?"

"Apa yang dah?"

"Membebel macam nenek aku?"

Lengan Chanyeol dipukul oleh Wendy.

"Awak ni! Saya marah sebab tak nak awak jadi jahat!"

Chanyeol mengorek telinganya dan menegur anjing-anjing yang berjalan melalui mereka. Dia tak mendengar langsung apa yang Wendy katakan.

"Chanyeol!"

"Yelah-yelah. Tapi kali ni je."

"Kali ni apa?"

"Haih kau ni. Diam dan belajar dari pakar jelah."

Chanyeol mulai menarik tangan Wendy ke tempat lain. Mana boleh dia hidup tanpa mencuri. Sekarang, mereka akan pergi ke tempat awam pula.

"Kita nak buat apa?"

Chanyeol berpura-pura seperti sedang berjanji temu dengan Wendy.

"Kau duduk sini dan belajar."

Chanyeol nampak ada seorang lelaki yang sedang berjalan melalui mereka sambil melihat telefon. Lelaki itu menyeluk poketnya beberapa kali. Itu menjadi tanda yang dia menyimpan dompetnya disana.

Dengan pantas, Chanyeol berjalan melawan arus dan secara sengaja melanggar lelaki tersebut. Dia menyeluk poket si lelaki dan terus meminta maaf. Lantas dia melarikan diri masuk ke dalam semak.

Wendy ternganga. Chanyeol memang seorang pencuri handal. Dia menggigit bibirnya, geram.

Kali ini, Chanyeol sasarkan perempuan pula. Ada seorang gadis yang secara leka membiarkan beg dompetnya dibawah kerusi tanpa pengawasan. Chanyeol apa lagi, terus ambillah apa yang patut.

Wendy tak senang duduk. Mana boleh dia biarkan sahaja perkara ini berlaku.

Wendy nampak Chanyeol yang sedang menuju kearah seorang nenek tua. Dompet didalam poket nenek itu jelas kelihatan.

"Dengan nenek pun dia boleh mencuri? Seriuslah?"

Kerana tak mahu bersubahat, Wendy mengganggu Chanyeol. Dia menolak Chanyeol sehingga lelaki itu jatuh ke tanah dan membawa si nenek pergi dari sana.
Chanyeol mengaduh kesakitan.

"Yahh Wendy! Apa tadi tu?!" marah Chanyeol.

"Awak ni agak-agaklah. Takkan dengan orang tua pun awak boleh buat macam tu?"

Chanyeol mendengus kasar. Sibuk je hal orang. Saat itu, Chanyeol ternampak lelaki yang dilanggarnya tadi kembali. Sepertinya dia sedar yang dia kehilangan dompetnya. Terus Chanyeol menarik Wendy pergi.

...

Chanyeol nampak gembira menikmati ramen panas didalam 711 sekarang. Dengan menggunakan duit yang dia curi tadi, dia membeli makanan sebagai hadiah untuk dirinya.

Wendy berdecit. Tak sangka betul dengan perangai Chanyeol yang satu ini.

"Sedap ke?" soal Wendy. Chanyeol mengangguk. Dia menghulurkannya kepada Wendy namun ditolak oleh gadis itu.

"Macam manalah awak boleh makan tanpa ada rasa bersalah?"

"Eyyy. Makanan percuma adalah makanan paling sedap atas dunia tahu tak?"

"Percuma. Yelah tu. Makanan curi maksud awak?" sindirnya.

"Makanan percuma!"

"Suka hati awaklah. Asal awak gembira."

Wendy mengunyah sosej yang dia beli dengan duitnya.

Chanyeol menoleh kearah Wendy yang sedang leka merenung jalan. Dia menghirup kuah dan membuat bising.

"Kau memang tinggal sorang dalam rumah tu?" soal Chanyeol.

"Hmm. Kenapa?"

"Boleh lah kan aku jadi housemate kau?"

"Awak takde rumah ke?"

Chanyeol hampir-hampir sahaja meluku kepala Wendy. Suka sangat buat dia sakit hati dengan sindiran gadis itu.

"Aku kan wanted sekarang ni. Ala bolehlah eh? Bila lagi kau nak ada orang rumah yang hensem macam aku?"

Chanyeol mula menayangkan wajah menggodanya sehingga membuat Wendy geli.

"Okey-okey. Tapi kena bayar sewa tau?"

"Wahh. Aku ingatkan sebongok-bongok kau, kau takkan mintak duit. Tak jadilah nak duduk sekali." Bentak Chanyeol.

Sesedap mulut dia sahaja mengutuk Wendy.

"Saya ni.. nampak bongok sangat ke?" tanya Wendy. Mula dah drama sedih dia.

"Kau bukan bongok. Cuma nampak lurus je."

"La kan saya manusia-vampire. Kalau bengkok tu maknanya tak normal lah. Saya normal lagi tau? Masih suka pada lelaki bukan perempuan."

Chanyeol menepuk dahinya. Apa ke bengapnya Wendy ni?

"Bukannya itu maksud aku! Eyy dia ni panas pulak aku!"

"Kalau panas belilah aiskrim."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro