Part 5
"Kenapa awak mencuri ya?" tanya Wendy kepada Chanyeol yang sedang menonton televisyen. Seronok benar dia menonton drama sampaikan menyumpah beberapa kali.
"Suka hati aku lah," jawab Chanyeol.
Popcorn dimasukkan ke dalam mulut. Wendy merampas makanan tersebut dan meletakkannya diatas meja. Tapi Chanyeol mengambilnya semula dan kembali memakannya.
"Awak ada rupa. Kenapa tak cari kerja je?" tanya Wendy lagi. Chanyeol menjeling Wendy.
"Muka aku ni nampak macam rajin sangat ke nak kerja?" soal Chanyeol. Wendy mengangguk sehingga membuatkan Chanyeol ketawa. Dahi Wendy dijentik.
"Apa guna hidup dua kali kalau kau masih tak boleh baca air muka orang. Aku ni manusia paling pemalas atas bumi tahu tak? Sebab tu aku mencuri untuk hidup senang. Ada faham?" jelas Chanyeol.
Wendy mencebik.
"Habistu awak hidup senang ke sekarang?"
"Yelah. Ni tak nampak aku tengah buat apa dalam rumah besar ni?" balas Chanyeol. Wendy memandang sekeliling.
Betul juga apa yang Chanyeol cakap. Dia kan tengah bersenang-lenang dalam rumah Wendy tanpa rasa bersalah sekarang.
"Tapi tak macam tu jugak. Pencuri tu kerja orang jahat. Kenapa awak nak jadi orang jahat? Bukannya bawa faedah pun--"
Chanyeol melempar bekas popcorn sehingga ianya jatuh berterabur diatas lantai. Dia memandang Wendy dengan pandangan tajam.
"Kau bukan Juyeon untuk membebel pada aku macam ni! Kau tak kenal pun aku jadi baik kau senyap jelah!" marah Chanyeol.
Sakit telinganya mendengar bebelan vampire kaya dihadapannya ini. Betullah yang orang kata. Orang kaya ni menyakitkan hati sahaja.
Chanyeol pergi ke biliknya. Buat macam rumah sendiri betul. Wendy tersentak saat dimarahi oleh Chanyeol.
Tak cukup dengan Sehun, Chanyeol pun nak ikut pertandingan jadi singa juga ke? Wendy memandang sekelilingnya yang sudah pun kotor dan tidak kemas seperti rumah gelandangan.
Apalah nasib kena bagi pencuri duduk serumah. Telefon rumah dipandang.
Sekali panggilan sahaja, Wendy boleh bawa Chanyeol masuk penjara. Dia menggeleng perlahan. Nanti polis soal siasat dia pula kenapa bagi Chanyeol duduk dengan dia. Letih pula nak jawab soalan.
Tiba-tiba, telefon rumah berdering. Wendy terkejut. Nasib baik tak ada sakit jantung. Wendy terus mengangkatnya.
"Hello?"
"Wendy? Free tak?" suara lelaki didalam talian membuatkan Wendy berkhayal seketika.
Macam kenal je suara ni. Serak-serak basah dan seksi. Ini macam suara si singa iaitu Oh Sehun.
"Ketua?"
"Ya. Ini saya. Awak free tak?"
"Tak. Saya mahal. Kenapa?"
Sehun tertawa dengan sungguh comel. Membuatkan Wendy semakin tertanya-tanya. Mestilah dia tak ada apa-apa nak dibuat memandangkan kena buang kerja. Heih! Cuti maksud dia. Chanyeol lah ni buat dia asyik nak sebut buang kerja.
"Kalau macam tu saya bayar. Jom keluar? Berapa sejam?"
"Ketua. Tahu tak ketua bunyi macam lelaki gatal sekarang ni?" soal Wendy.
Sehun yang berada dihujung panggilan kedengaran tertawa lagi.
"Saya cuma nak keluar dengan awak. Tak sangka susah juga eh?"
Wendy terdiam. Sehun tengah main game Truth or Dare ke? Jangan-jangan ini sebahagian daripada 'dare' yang ketuanya terima.
"Wendy, awak masih dekat sana ke?" soal Sehun.
"Ah.. Ya.. Ketua nak datang pukul berapa?"
"Dalam beberapa minit lagi. Pakai baju sejuk tau?"
Panggilan dimatikan.
Wendy mengeluh perlahan. Kenapa Sehun tak telefon nombor telefonnya sahaja? Kenapa perlu sampai hubungi telefon rumah? Pelik betul lelaki tu.
Wendy pergi ke bilik Chanyeol dan mengetuk pintu beberapa kali.
"Chanyeol. Saya nak keluar sekejap. Jangan keluar dari rumah selagi saya belum balik."
Tak ada jawapan dari Chanyeol. Wendy membiarkan sahaja. Baik dia bersiap cepat.
...
Sehun tersenyum-senyum sambil memandang Wendy. Mereka sedang berjalan-jalan ditaman berdekatan Sungai Han sekarang. Wendy diam sahaja sepanjang mereka berada disini tadi.
"Maaflah kalau awak tak selesa dengan saya," ujar Sehun.
Wendy menoleh. Pipinya merah kerana sejuk. Pelik betul vampire yang satu ini. Macam lah dia ada darah.
"Huh? Kenapa?" soal Wendy.
Sehun menahan dirinya daripada menyubit pipi Wendy. Pipi pau itu membuatkan dia rasa nak sentuh sahaja. Comel.
"Saya selalu marah-marah awak. Mesti menakutkan kan?" jawab Sehun.
Wendy terdiam seketika lantas mengangguk.
"Seram lah jugak. Ketua punya muka tu garang macam singa. Sampai nama dalam telefon pun saya tukar jadi Ketua Singa--" Wendy menekup mulutnya.
Dia terbabas. Sehun ketawa lagi mendengar kata-kata Wendy.
Nampaknya dia dah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Wendy.
"Maaf Ketua. Saya tak bermaksud pun," sambung Wendy.
"Tak apa. Comel jugak nama singa tu," kata Sehun.
Wendy tersenyum pendek.
"Haih. Salah saya jugak. Selalu gugup tiap kali berdepan dengan pesakit." Kata Wendy.
Dia teringat saat-saat merawat pesakit di hospital. Dia sendiri tak tahu kenapa dia gugup. Mungkin sebab sebelum dia mati dulu, dia ada terlibat dengan sesuatu berkaitan dengan hospital? Dia tak ingat semua tu.
"Saya tak kisah. Saya lagi suka awak selalu datang bilik saya adalah." kata Sehun, tiba-tiba.
Langkah mereka terhenti.
"Ke--Kenapa Ketua suka?"
"Sebab saya suka awak,"
"Apa?"
To be continued
Vote ye anak-anak tak rasmiku ❤
Selamat hari raya jugak❤ Maaf zahir batin dari saya dan Chanyeol. Serta Sehun💕
So far, korang rasa cerita ni macam mana? Agak bosan dan jalan cerita lambat atau okey je?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro