Part 4
Wendy menjegilkan matanya kearah Chanyeol. Kata-kata pencuri kacak itu masih terngiang-ngiang ditelinganya.
"MACAM MANA AWAK BOLEH MASUK RUMAH KETUA OH SEDANGKAN SISTEM PENGAWAL RUMAH DIA LAGI MAJU DARI RUMAH SAYA?!" jerit Wendy.
Nasib baiklah mereka sudah pun berada didalam rumah. Chanyeol menutup telinganya dengan kedua jarinya.
"Siapa je yang bodoh tak tahu password rumah lelaki tu? Dah abad ke-22 tu ada lagi yang letak password 'vivivivi01'" jawab Chanyeol.
Vivi? Itu nama anjing Sehun. Macam mana Chanyeol tahu? Sebab dekat halaman rumah Sehun, ada rumah anjing disana. Diatas rumah anjing itu pula ada papan tanda yang tertulis nama anjingnya. Orang bodoh je yang tak tahu password tersebut.
Wendy terdiam. Bengap juga ya Sehun ni?
"Tapi tak bermaksud awak boleh sesuka hati buat dia macam tu." ujar Wendy.
"Bukan dia ke yang pecat kau?"
Wendy mengangguk kemudian menggeleng.
"Bukan pecat lah! Ambik cuti je!" Nafinya. Chanyeol berdecit.
"Samalah tu. Alah kau tak payah risaulah. Aset dia dekat rumah tu banyak lagi. Aku ambil sikit je," kata Chanyeol.
Beg yang berisi barang berharga Sehun itu ditepuk-tepuk. Wendy mengeluh perlahan. Matilah kalau Sehun perasan duitnya ada yang hilang.
Macam mana kalau Sehun tahu Chanyeol tinggal dengannya? Bukan kah itu dianggap bersubahat? Kalau dia ditangkap dan dibuang kerja macam mana?
Badan Chanyeol dipukul sekuat hati.
"GERAMNYA SAYA!!!"
...
Chanyeol memerhati Wendy yang masih tak berpuas hati dengannya. Rasa bersalah pula makan nasi sedangkan Wendy tengah risau sendiri.
Takut terciduk katanya.
"Yah! Orang tu tak jatuh miskin pun lah! Yang kau emo sangat tu kenapa?" soal Chanyeol.
Habis tersembur nasi yang dimakannya. Wendy menyembamkan mukanya ke meja. Dia merengek lagi. Dia tak dapat bayangkan bagaimana wajah Sehun bila marah nanti. Memang dia dah biasa nampak, tapi kalau Sehun makin marah macam mana?
Mati dia tak ada kerja. Dah mati dulu, sekarang mati kali ke-dua pulak. Habistu nanti, hidup sebagai zombie pula ke?
Tak nak dia! Zombie menggelikan. Dah lah makan otak. Pengotor.
"Bagilah balik duit diaaa.." rayu Wendy. Dia menayangkan mata bulatnya pada Chanyeol.
Chopstick ditangan Chanyeol terlepas.
Chanyeol mengetuk kepala Wendy kerana membuatkan dia rasa nak termuntah melihat wajah gedik itu.
"Kau tunjuk muka geli tu, aku cucuk dengan chopstick ni!" marah Chanyeol.
Wendy meraung.
Frustnya dia.
"Kenapalah dalam banyak-banyak orang, Sehun yang awak sasar?!" ujar Wendy. Chanyeol menjongket bahu.
Manalah dia tahu kenapa dia mencuri dari Sehun. Dah rumah lelaki tu je yang paling besar dekat kawasan yang dia pergi. Jadi dia pecah masuk sajalah. Siapa suruh jadi kaya.
Bak kata orang twitter, eat the rich!
Jangan kesiankan orang kaya. Mereka tak peduli pun dengan orang miskin. Mereka baik sebab mereka kaya je.
Itulah apa yang disemai didalam kepala Chanyeol.
"Haish awak ni. Pastikan awak tak tertangkap je. Kalau tertangkap pun, jangan pernah sebut nama saya." arah Wendy.
Kepala Wendy dijentik lagi.
"Aku tahulah. Aku ada pengalaman," ujar Chanyeol.
Makin frust Wendy dibuatnya. Dia tengah bersubahat dengan pencuri yang ada pengalaman sekarang ni. Matilah dia.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro