Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 38


"Yeol? Dah habis?" panggil Wendy. Chanyeol yang sedang bergembira melihat tiga orang vampire yang berjaya dia bunuh berhenti. Lelaki itu datang berlari kearah Wendy dan memeluknya.

"Dah! Wen nampak tak tadi? Aku bunuh tiga orang—ekor—apa-apa jelah vampire. Nampak? Nampak?" ujar Chanyeol dengan begitu bersemangat. Dia menggoncang tubuh Wendy.

"Yes! Nampak. Auch!" Wendy meringis kesakitan. Tangannya melecur disebabkan tali perak tadi.

"Mian! Okey kita keluar sekarang—" Chanyeol dan Wendy terkejut saat mendengar bunyi letupan kecil berdekatan mereka. Seluruh bangunan bergegar seperti ingin runtuh.

Mereka melihat si ketua vampire yang masih menyerang pakcik tua yang selama ini membantu Chanyeol menjadi vampire slayer.

"Kuat jugak orang tua tu," bisik Chanyeol kepada dirinya sendiri. Wendy dapat mendengarnya disebabkan kuasa vampirenya.

"Chanyeol, kita kena tolong dia," kata Wendy. Chanyeol sekadar memerhati sahaja dahulu. Dia melihat bagaimana orang tua itu memusingkan tongkatnya dan menyerang balas ketua vampire.

Wendy menyentuh bahu Chanyeol tetapi tidak mendapat reaksi. Chanyeol sedang membaca gerak-geri kedua figura di hadapannya.

"Wen, boleh guna kuasa kau keluar dari sini?" soal Chanyeol. Wendy berkerut.

"Kuasa yang mana?"

"Yang lari dalam kelajuan cahaya tu. Bukan korang boleh buat?"

Wendy mengangguk.

"Tak selaju cahaya tapi cukup lah macam lima orang Usain Bolt. Kenapa?"

Chanyeol menoleh.
"Pergi sekarang," arahnya.

"Eh?"

"Dekat sini tak selamat. Keluar sebelum terlambat. Jumpa aku dekat luar," katanya. Wendy memegang baju Chanyeol dengan kuat, tidak mahu melepaskan teman lelakinya itu. Dia menggeleng laju.

"Kita keluar sama-sama?"

"Tukar rancangan. Kau kena selamat. Nyawa kau lagi penting." Chanyeol mencekup pipi Wendy.

"Saya tak yakin, Chanyeol. Tangan saya tercedera. Tali tu buatkan badan saya sakit. Saya tak boleh keluar sendiri," ujar Wendy. Chanyeol menghela nafas panjang.

"Kau boleh. Lari je. Biar aku hapuskan vampire lain yang halang laluan kau. Okey? Pergi rumah orang tua tu. Dalam peti besi dia ada penawar yang boleh rawat luka ni." Chanyeol memberi semangat. Dia melihat beberapa orang lain vampire masuk selepas mendengar bunyi pergaduhan antara ketua mereka.

Chanyeol secara tidak sengaja ternampak badan seseorang yang sedang terbakar api. Dia juga melihat kepala yang perlahan-lahan menghilang menjadi debu.

"Itu.. Sehun ke?" soal Chanyeol. Wendy turut sama memandang kearah mayat Sehun. Dia mengangguk.

Chanyeol mengeraskan kepalan tangannya.
"Pergi sekarang, Wendy, tegasnya. Dia terus merentap tangan Wendy yang memegang bajunya. Wendy terkejut. Kekuatan Chanyeol nampaknya benar-benar sudah bertambah.

Bahkan Wendy yang abnormal ini pun Chanyeol dapat lawan. Chanyeol menjeling kearah Wendy dengan mata yang mengerikan itu sehingga membuat bulu roma Wendy naik sekali lagi. Dia jadi tak keruan.

Wendy terpaksa akur. Dia terus berlari melintasi ketua vampire dan vampire slayer. Saat itu, Chanyeol terus berlari kearah vampire-vampire yang cuba menangkap Wendy.

Dia menarik perhatian mereka dengan menggores lengannya sendiri, membiarkan darahnya dihidu oleh vampire-vampire.

Rancangannya berhasil. Mereka berhenti mengejar Wendy dan menukar sasaran kearahnya. Chanyeol terus melawan satu persatu vampire dengan pedang samurai miliknya. Ianya memiliki corak api pada bilahnya. Ianya bersinar saat terkena cahaya, kelihatan seperti api sebenar.

Wendy tercungap-cungap kesakitan sambil menekan tangannya. Dia tak sangka pula kesan perak akan membuatkan dirinya selemah ini. Menjadikan dia seperti manusia yang boleh merasai kesakitan. Wendy menoleh kearah Chanyeol yang berjaya menumbangkan vampire-vampire tidak berguna itu.

Sedang Chanyeol berpusing, Wendy ternampak lejar emas yang berada dengan Chanyeol. Ianya terikat kemas pada bahagian dalam jaket Chanyeol. Matanya fokus kepada lejar tersebut.

Sekali lagi, gegaran berlaku. Wendy berundur ke belakang, melihat kesan serpihan batu yang jatuh diatasnya.

"Tempat ni nak runtuh.." ujar Wendy. Dia memandang sekeliling, cemas.

"Serahkan lejar tu pada aku!!" Teriakan ketua vampire kedengaran kuat.

"Langkah mayat aku dulu!" jerit si vampire slayer itu pula. Badannya terjatuh terkena hentakan daripada ketua vampire. Si ketua vampire pula mengalami luka pada bahunya.

Kebetulan, si pakcik tua itu terjatuh di kaki Wendy. Mereka berdua bertentangan mata.

"Kau.. Wendy kan?" soalnya. Wendy mengangguk. Lelaki itu tercungap-cungap, mengambil nafas.

Dengan terumbang-ambing, dia cuba untuk berdiri. Wendy terus membantunya.

"Lejar tu.. kena musnahkan..." ujarnya.

"Macam mana?" soal Wendy.

"Bakar."

"Okey."

"Tapi.. kita ada masalah.." ujarnya dan terbatuk.

"Masalah?"

"Aku kena pancung dia dulu. Dia dan lejar tu kena dibakar serentak."

Si vampire slayer menjeling tajam kearah vampire yang sedang menahan kesakitan pada bahunya. Tongkat yang hujungnya dibuat daripada perak itu berjaya melumpuhkan si ketua vampire meski hanya sedikit.

"Saya boleh buat," ujar Wendy, yakin.

"Buat apa?"

"Ambil lejar tu dan bakar. Pakcik teruskan lawan. Bila masa sesuai, pancung dia. Tapi kita kena cepat," kata Wendy. Dia memandang Chanyeol yang sedang dalam mood membunuh itu.

"Boleh ke aku percaya kau?"

"Kalau tak percaya, takkan pakcik bagitahu saya semua tu?"

Si vampire slayer berdecit.

"Tukar rancangan.. Lepas kau dapat lejar, bantu aku pancung dia," katanya.

"Apa? Tapi saya tak cukup kuat—"

"Kalau kau cukup kuat untuk lawan raksasa dekat sana. Kau cukup kuat nak lawan tikus tu," ujarnya. Dia menunjuk kearah Chanyeol sebagai raksasa dan sebaliknya pada ketua vampire. Sejujurnya memang Chanyeol nampak mengerikan sekarang.

"Dia Chanyeol. Dia tak akan cederakan saya."

...

"Shit! Pakcik tu betul. Chanyeol memang raksasa!" ujar Wendy sambil menahan dirinya daripada terjatuh. Chanyeol sedang menuju kearahnya dengan pedang yang dipenuhi darah.

Dia nampaknya tidak sedar dengan apa yang dia lakukan.

"Hah! Aku dah cakap kan?!" jeritan si vampire slayer kedengaran. Wendy menjeling tajam kearahnya.

"Woah!" Wendy berundur. Chanyeol melibas pedangnya beberapa kali sehingga hampir mengena pada Wendy.

"God.. Susah sangat ke nak capai jaket dia?!" marah Wendy pada diri sendiri. Wendy terbang dan cuba menyelinap daripada belakang. "Sorry Chanyeol. Saya tak nak buat semua ni.."

Dia terus menendang Chanyeol sehingga terjatuh. Pedang di tangan Chanyeol tercampak jauh. Dengan pantas Wendy menindih Chanyeol dan menahan kepala lelaki itu. Jaket Chanyeol ditarik dan lejar emas itu dirampas. Chanyeol meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Dapat!" jerit Wendy. Si vampire slayer yang melihat Wendy berjaya mendapatkan lejar emas dengan pantas mengalih perhatian ketua vampire agar tidak melihatnya. Dia tak boleh biarkan Wendy menjadi sasaran.

Wendy terus terbang dan berada diatas Chanyeol. Dia membuka lejar tersebut dan membaca kandungannya dengan pantas. Wendy menoleh kearah pertarungan yang masih belum selesai itu. Pakcik tua itu hampir sekarat. Tubuhnya berdarah habis terkena serangan bertubi-tubi.

"He's not gonna make it.." ujar Wendy. Lejar di tangannya dipeluk erat.

Belum sempat ingin bersedih, Wendy melihat Chanyeol yang sedang mendapatkan pedangnya. Idea muncul dalam fikirannya. Wendy turun semula ke tanah, memanggil Chanyeol agar melihatnya.

Lejar itu ditunjuk kepada Chanyeol. Wendy tersenyum sinis.

"Kejarlah kalau nak," katanya. Chanyeol mengetatkan pegangan pada pedang dan terus mengejar Wendy. Wendy membawanya betul-betul kearah ketua vampire.

Gadis itu tidak berhenti meski dia merasakan dirinya semakin melemah. Chanyeol cuba mencapai rambut Wendy tetapi tidak berjaya.

Sebaik sahaja berada dekat dengan ketua vampire, Wendy terus melompat ke tepi. Chanyeol yang ketika itu sudah mengangkat pedangnya, terus melibas ketua vampire. Kepala ketua vampire putus dan tergolek.

Wendy yang melihat kepala ketua vampire yang sudah terputus itu terus berlari mendapatkan obor. Lejar emas itu dilempar ke tepi kepala si ketua vampire dan dibakar. Sebaik terkena api, lejar emas itu mengeluarkan cahaya yang terang.

Seluruh bangunan bergegar untuk beberapa saat. Setelah cahayanya padam, Wendy membuka matanya, melihat ruangan yang tadinya dipenuhi emas menjadi usang. Lejar emas itu sudah pun hancur menjadi debu.

Dia melihat Chanyeol yang sudah kembali ke asalnya. Lelaki itu tampak sedikit bingung pada awalnya.

"Wen.." panggil Chanyeol. Wendy mengukir senyuman lemah. Chanyeol yang perasan Wendy seperti ingin pengsan terus datang menyambutnya. Keduanya terjatuh.

"Wen.. kita dah berjaya.." bisik Chanyeol. Wendy mengangguk. Matanya sedang fokus kearah badan-badan vampire yang kini mereput dan menghilang seperti debu.

"Chanyeol.. saya penat.." kata Wendy, lemah. Chanyeol memeluk badan Wendy dengan erat. Dia mencium kepala gadis itu dengan lembut.

"Tidur Wen."

"Tak boleh.. Kalau saya tidur.. Saya tak akan jumpa awak dah.." kata Wendy. Chanyeol menggeleng.

"Shh. Tidur. Aku janji, bila kau buka mata, aku akan ada sebelah kau. Tidur, Son Wendy."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro