Part 37
Wendy mengerang, melihat ketua vampire yang muncul di hadapannya. Juyeon berundur sambil tersenyum sinis dan mendekati Jungkook. Lelaki itu merangkulnya dengan kemas.
"Juyeon apa semua ni?! Kau tak ada bau vampire. Macam mana kau boleh terlibat dengan semua ni?!" soal Wendy. Juyeon ketawa kecil.
"Sedikit balas dendam dah cukup untuk beralih arah, Wendy," kata Juyeon. Tapi tak semena-mena, leher Juyeon dipukul dengan tangan oleh Jungkook. Juyeon jatuh pengsan di dalam dakapan Jungkook.
"Maaf. Gadis baik tak patut tengok keganasan," ujar Jungkook, menayangkan wajah tidak bersalahnya. Ketua vampire ketawa megah.
"Kerja yang bagus Jungkook. Kau boleh keluar dengan manusia tu," ujarnya. Jungkook mengangguk faham seraya mendukung Juyeon keluar. Dengan kebenaran ketua vampire, Jungkook dibenarkan menyimpan Juyeon sebagai hak miliknya. Itu pun syaratnya Juyeon harus berjaya membawa Wendy kepada mereka.
Mujurlah, rancangan Juyeon berjaya. Semasa keluar dari ruang tersebut, Jungkook bertembung dengan Sehun yang dibawa masuk sambil diikat. Wajah lelaki itu bengkak dipukul.
Sehun ditolak dan diletakkan di hadapan Wendy, tidak jauh dari gadis itu. Mata Wendy terbeliak melihat keadaan Sehun.
"Kau gagal, Oh Sehun. Ini ke orang yang aku harapkan selama ni?" soal ketua vampire. Sehun mengerang kesakitan saat lelaki itu menindih perutnya. Wendy bergerak kasar, cuba untuk mendapatkan Sehun tapi pergelangan tangannya sedikit terbakar.
Tali itu diperbuat daripada perak nampaknya.
"Tch. Kalau aku tahu, aku tak benarkan perempuan ni jadi salah satu dari pengikut aku," kata ketua vampire, memandang jijik kearah Wendy. Wendy tahu apa yang lelaki itu maksudkan. Tentang dirinya yang dijadikan vampire atas permintaan Sehun.
Meski dia benci akan Sehun kerana perbuatan pentingkan dirinya itu, Wendy masih memiliki simpati.
"Apa yang kau nak?!" soal Wendy. Ketua vampire melepaskan pijakan pada sehun dan bergerak mendekati Wendy. Dia mengambil kerusi lantas duduk dengan malasnya menghadap Wendy.
"Let me see. Erm. Nyawa kau?"
Wendy mengerutkan dahinya. Matanya berkerdip beberapa kali.
"Jangan takut. Aku bergurau. Aku cuma nak lejar aku balik. Sekarang, mana dia?" Tangannya dihulurkan untuk meminta lejar emas namun Wendy sekadar melihat sahaja. Lagipula tangannya terikat.
"Aku tak ada," jawab Wendy. Ketua vampire itu bangun lantas menghempas kerusi dengan marah.
"Memanglah kau tak ada! Tapi kawan manusia kau tu ada!" bentaknya. Wendy tersentak. Matanya terpejam, terkejut dengan kemarahan ketua vampire.
"Aku tak faham apa yang kau cakap," kata Wendy, cuba berdalih. Ketua vampire terus menampar pipi Wendy sehingga pipinya bercalar. Buat pertama kalinya, dia berjaya disakiti secara fizikal.
"Aku paling tak suka bila orang menipu secara terang-terangan. Kau tahu apa terjadi pada orang yang menipu?" soalnya sambil mencengkam pipi Wendy dengan kuat. Wendy dapat rasakan sekiranya dia manusia biasa, rahangnya pasti sudah patah.
"Mereka mati," sambung ketua vampire. Pipi Wendy dilepaskan. Dia menuju kearah Sehun dan menarik rambut lelaki itu. Sehun meronta-ronta minta dilepaskan.
"Serahkan lejar tu atau Sehun mati," arah ketua vampire. Kuku panjangnya kini menyentuh leher Sehun. Wendy menggeleng laju.
"Tak! Lepaskan Sehun! Bukan dia yang kau nak!" balas Wendy. Dia cuba bergerak meski tangannya kini menggeletar kesakitan. Tali tersebut membakar kulitnya tapi Wendy cuba untuk tidak mempedulikannya.
"Pandai pun. Tapi tanpa dia, aku tak boleh nak pujuk kau dapatkan lejar tu balik," ujarnya. Jarinya menekan leher Sehun dan bergerak perlahan-lahan ingin memotongnya.
"Tolong! Jangan apa-apa kan Sehun! Ambi aku! Aku akan bagi lejar tu tapi kau kena lepaskan Sehun dulu!" pinta Wendy. Ketua vampire ketawa. Wendy merenung Sehun dengan wajah meminta maaf. Sehun menahan kesakitan.
Kuku ketua vampire yang panjang itu merupakan racun bagi mereka.
"Lepaskan dia? Kalau itu yang kau nak."
Serentak itu, teriakan Wendy kedengaran. Kepala Sehun tercabut dan dilempar kearah obor. Ianya terbakar begitu juga dengan badannya yang disuakan api oleh pengikut vampire lain.
Wendy menjerit, terkejut melihat apa yang sedang berlaku. Dia terkedu. Sehun belum sempat pun bercakap dengannya, tapi nyawanya sudah diambil.
"Tadi kata nak lepaskan kan?" ujar ketua vampire tanpa rasa bersalah. Wendy mengetap gigi. Tangannya dikepal.
"Tuan.. kita ada tetamu.." ujar seorang vampire lantas membisikkan sesuatu. Ketua vampire tersenyum. Dia mendekati Wendy dan berdiri di sebelah gadis itu, memandang kearah pintu.
Tanganny diletakkan diatas kepala Wendy. Wendy bergerak, tidak ingin disentuh olehnya.
"Nampaknya, malam akan berakhir dengan cepat. Tengoklah siapa datang. Vampire slayer.." ujar ketua vampire.
Wendy tidak peduli. Matanya masih memandang tubuh Sehun yang sedang terbakar. Entah kenapa, dia tiba-tiba menggigil. Mungkin dia rasa takut.
Mungkin dia takut mati sebegini. Dia tak mahu dibakar. Kematian sebegitu paling menyakitkan.
"Chanyeol.. jangan datang.." rayu Wendy, menggigit bawah bibirnya sehingga berdarah.
Malangnya, Wendy mendengar bunyi pintu ruangan tersebut hancur disebabkan sesuatu. Dia tidak dapat melihat memandangkan kerusi tersebut membelakangi pintu. Dia tak tahu apa yang sedang terjadi.
"Selamat datang ke kediaman kami, vampire slayer. Dah buat appointment belum?" ujar ketua vampire.
"Puih! Tak ingin pun aku datang ke sini!" suara orang tua pembunuh vampire kedengaran. Ketua vampire nampaknya kenal dengan lelaki itu.
"Dari keturunan pertama sampai sekarang, sama je. Nampaknya, kau boleh ucapkan hai pada ayah dan datuk kau," kata ketua vampire, bersedia untuk menyerang.
"Oh aku risau. Kau yang melawat keluarga kau dulu," balasnya. Tongkatnya dihentak ke tanah. Serentak itu, mereka mula menyerang.
Bulu roma Wendy meremang saat terasa sentuhan pada bahunya. Saat dia menoleh, dia melihat Chanyeol yang sedang merenungnya dengan mata yang paling menyeramkan yang pernah dia lihat. Mata seorang pemburu vampire.
"Cha—Chanyeol.." panggilnya.
Mata tajam itu terus menghilang setelah melihat Wendy. Ianya berubah lembut semula.
"Eh? Wendy rupanya. Syukurlah!" ucap lelaki itu lalu memeluk Wendy. Dia sudah agak perkara sebegini akan berlaku. Nasib baiklah dia mengekori Wendy dan memberitahu orang tua itu sekali.
"Chanyeol awak kena keluar dari sini. Dekat sini tak selamat—"
"Kita akan keluar sama-sama. Saya tak akan tinggalkan awak," ujar Chanyeol. Dia mencekup pipi Wendy dan mengusapnya perlahan. Wendy menggeleng.
"Tak boleh. Awak tak boleh lawan diorang. Diorang kuat," kata Wendy. Chanyeol tersenyum.
"Oh jangan pandang rendah pada saya sayang. Saya bukan Chanyeol yang lama. Tak ada masa nak berbual, kita keluar sekarang sementara orang tua tu alihkan perhatian," ujar Chanyeol. Dia membuka tali yang mengikat tangan Wendy. Kemudian, Chanyeol mengangkat Wendy, mencari jalan untuk keluar selain dari pintu masuk tadi.
"Woi! Sejak bila dia masuk?" jerit seorang vampire sambil menghala kearah Chanyeol. Chanyeol dan Wendy menoleh serentak.
"Tak guna. Kalaulah boleh guna kage bunshin no butsu sekarang.." umpat Chanyeol. Dia menurunkan Wendy dan melindunginya.
"Wen, lari ke tepi. Biar saya yang selesaikan," arah Chanyeol. Wendy memegang lengan Chanyeol, ingin menahan tapi Chanyeol tetap berkeras. Gadis itu mengalah. Dia mengikut arahan Chanyeol dan pergi.
"Hah! Manusia tak berguna. Dia fikir dia boleh lawan kita," ujar seorang lagi vampire. Chanyeol berdecit.
Dia memejamkan matanya, kemudian tangannya disatukan. Para vampire menggaru kepala melihat reaksinya.
"Tidur ke?" soal mereka.
"Kame.."
"Nani the fuck?" Mereka bingung begitu juga Wendy.
"Hame.. HAAAAAAA!!" teriaknya. Tapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Para vampire tersedak kemudian mentertawakan Chanyeol.
"Bahahahaha. Ini vampire slayer? Nak bunuh semut pun tak boleh ni!" kutuk mereka. Chanyeol tersenyum nakal. Sedang mereka ketawa, dia berlari dan menyasarkan leher para vampire itu dengan pedang miliknya lantas kembali ke tempatnya.
"Apa yang kau tengok, semut-no-slayer?" soal vampire itu. Chanyeol menghalakan kearah lehernya. Si vampire terus menunduk, dan tak semena-mena, kepala mereka terputus.
"Holyshit.." ujar Wendy.
"Bhaa!! Tengok! Tengok! Bhahahahaha! Aku menang!" jerit Chanyeol. Wendy yang melihat dari tepi tak mampu menahan ketawa.
Walau seserius mana pun Chanyeol, dia masih lagi Chanyeol yang lama.
Si dungu.
bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro