Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 34


"So maksud kau, kita ni bangsawan dulu?" soal Chanyeol sambil menyuap ramen kepada Wendy. Wendy mengangguk.

Dia menceritakan semua yang dia lihat daripada imbasan saat dipeluk Sehun. Chanyeol mencebik. Dia menggigit chopstick yang digunakan untuk menyuap Wendy itu.

"Tak adil," gumam Chanyeol.

"Huh?"

"Kalau kita bangsawan dulu, kenapa aku je yang lahir semula jadi orang misqueen? Aku ada buli kau ke dulu? Mana aci!" bentak Chanyeol.

Wendy berdecit. Hidung mancung Chanyeol ditarik.

"Itu yang awak fikirkan? Saya tengah rasa bersalah ni sebab buat awak mati tapi awak fikir pasal benda lain? You need to sort out your priorities," bebel Wendy. Tak jadi dia nak rasa bersalah.

Kalau dia tahu tadi dia tak bazirkan air mata ataupun peluk Chanyeol. Mesti Chanyeol kesenangan tadi kena peluk dengan perempuan cantik. Puih!

"Lah. Benda betul. Sayang saya ni tak kesian saya kena hidup kais pagi makan nasi kais petang makan ramen?"

"Patut makan batu je kalau perangai macam budak tak habis sekolah."

"Auch! Mana tahu sayang tak habis sekolah ni?"

"Park Chanyeol!" Wendy mengerutkan wajahnya. Bibirnya muncung sedepa. Chanyeol tergelak.

"Betul. Aku tak habis sekolah. Sebab itu aku bengap macam ni. Jadi pencuri untuk tanggung hidup."

Intonasi suara Chanyeol berubah. Itu membuatkan Wendy rasa bersalah. Dia menukar tempat dan duduk di sebelah Chanyeol.

"Appa aku banyak hutang dan suka berjudi. Omma pulak sakit. Aku terpaksa berhenti untuk cari duit. Diorang tak mampu tanggung aku."

Chanyeol tersenyum hambar sambil mengacau ramennya. Wendy yang berada di sebelah memeluk Chanyeol dengan erat. Dia tak sangka pula Chanyeol mempunyai kisah hidup sesedih ini.

"Dah. Jangan kesian kan aku. Tak adalah teruk sangat pun hidup aku. Miskin-miskin aku, tetap ada rupa, badan sihat. Jadi jangan nak sedih-sedih."

"Awak ni suka kan kacau mood saya? Saya baru nak zahirkan rasa simpati tapi awak terus cut off. Hish!"

"Mengaku jelah kau nak peluk aku je kan? Ouh Son Wendy ni gatal jugak eh?"

"Kalau nak peluk pun kenapa? Awak teman lelaki saya. Tak salah pun kan?"

Chanyeol terpana. Tak sangka Wendy tidak malu untuk mengakuinya.

"Sekarang aku faham kenapa kita ditakdirkan bersama untuk kali kedua."

"Kenapa?"

"Sebab.. mana mungkin aku mampu hidup tanpa perempuan paling istimewa yang pernah wujud dalam hidup aku."

"Chan.."

Chanyeol mencium dahi Wendy untuk seketika sehingga mengembalikan beberapa cebisan ingatan Wendy terhadap kehidupan lamanya. Dia nampak lelaki sama dihadapannya ini namun dalam pakaian berbeza.

Aura mereka juga lain. Tapi tatapan mereka sama. Tatapan penuh perasaan sayang.

"Kalau kau sudi, aku nak melamar kau. Boleh?"

"Lamar?"

"Ya. Lepas kita selesaikan konflik antara vampire and vampire hunter, aku nak habiskan hidup aku bersama kau. Aku nak kahwin dengan kau, Wendy. Aku nak kau jadi isteri aku buat selama-lamanya. Sudi ke kau terima aku?"

Mata Wendy bergetar. Dia memegang pipi Chanyeol dan mengusapnya perlahan. Telinga gadis itu berubah merah kerana malu. Kemudian perlahan-lahan Wendy mengangguk.

"Sudi. Mestilah sudi!"

"Nice. Kalau aku mati lagi sekali, pastikan aku reincarnated dan jadi kekasih kau lagi."

"Chanyeol! Jangan buat lawak lah!"

"Hahahahaha! Jangan lah marah. Wen! Wen nak pergi mana tu? Wen ramen ni tak habis lagi jangan lah merajuk!"

...

Vampire hunter tua misteri yang ditemui Chanyeol itu merenung lejar emas di tangannya. Cahaya daripada lejar tersebut semakin berkurangan dari hari ke hari.

Ini tandanya kuasa vampire semakin melemah. Benar kata moyangnya. Lejar ini, selain mengandungi rahsia vampire, ianya juga merupakan pusat tenaga kepada bangsa tersebut.

Jika lejar tersebut berada jauh daripada bangsa vampire, kekuatan lejar akan hilang dan para vampire juga sama. Lelaki itu menutup lejar tersebut sebaik sahaja Chanyeol tiba.

"Oi pakcik tua. Aku ada bawak onigiri ni. Sambut," ujar Chanyeol sambil melempar makanan tersebut kepada si pakcik tua.

"Cis! Anak muda tak de adab. Terima kasih!" balasnya.

"Kau buat apa tadi pakcik? Ada aku boleh bantu?" soalnya.

"Hah, ada."

"Apa?"

"Tolong sapu kawasan sini. Dah berhabuk teruk. Aku alergik habuk."

"What the f— Bila kau nak latih aku jadi vampire hunter? Kau cakap aku kena curi balik girlfriend aku dari puak vampire tu?" soal Chanyeol, tidak berpuas hati.

"Apa girlfriend? Bukan kawan kau ke?" tanya lelaki tua itu. Ke telinga dia yang pekak?

"Dah upgrade next level," jawab Chanyeol sambil tersengih seperti kerang busuk. Pakcik tua itu menggulingkan bebola matanya.

"Menyampah aku. Tahniah la tak mati bujang. Disebabkan aku salty sebab kau dah ada pasangan, aku tunda dulu. Aku latih kau bila kau dah sedia," balasnya.

"Hah?! Tapi bila? Kalau aku tak mula sekarang, macam mana aku nak lindungi dia?"

"Haih, anak muda zaman sekarang tak kenal erti sabar. Adab dengan guru pun tak ada lagikan mahu menimba ilmu. Cis cis."

"Timba tak timba. Janji tetap janji. Kau dah janji haritu. Lagipun kalau tanpa aku, kau tak dapat lejar tu. Kalau tak nak ajar, bagi balik," ugut Chanyeol.

Pakcik tua itu memekakkan telinga dan terus melempar penyapu kearah Chanyeol. Bertindak membuta tuli, Chanyeol tidak dapat menyambut penyapu tersebut sehingga ianya menghantuk kepalanya.

"Mula dari kosong dulu. Kalau kau berjaya bersihkan bilik ni dalam masa sejam, aku akan latih kau. Adios."

"Auchhh. Nak pergi mana tu?!"

"Tidur siang." Pakcik tua itu melambai-lambai tanpa melihat kearah Chanyeol.

"Haih la orang tua. Demi Wendy, aku sanggup." ujar Chanyeol dan mulai membersihkan bilik tersebut.

Lejar emas yang dicurinya itu dipandang. Ada yang aneh. Warna emasnya semakin memudar. Ah, peduli apa.

Dia perlu fokus pada hal lain terlebih dahulu.

Di sisi lain pula, Sehun dan vampire-vampire lain memasuki bilik mesyuarat tergempar mereka. Sehun tahu ada sesuatu yang besar bakal terjadi. Dia perlu bersiap sedia.

Wendy pula masih berada di rumah, sedang merenung dirinya. Dia juga perasan ada kelainan pada tubuhnya. Kekuatannya semakin memudar.

Tapi kenapa?

bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro