Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 32


Sehun merenung Wendy di sebalik tirai pejabatnya. Gadis itu sedang tersenyum mesra dengan rakan-rakan sekerjanya. Seketika, fikirannya melayang kepada kata-kata Chanyeol.

Dia mulai mengingati semula kejadian di mana dia pertama kali bertemu Wendy.

Saat itu, Sehun sedang berjalan di sebuah kejiranan mewah kerana tersesat. Dia tidak risau memandangkan dia boleh sahaja terbang jika ingin melihat jalan pulang.

Saat itu, di tangannya terdapat sejambak bunga yang dia beli untuk suka-suka. Hasratnya ingin meletakkannya sebagaia hiasan di dalam bilik.

Tak semena-mena, saat sibuk meneliti bunga lilac tersebut, Sehun terlanggar bahu seorang gadis muda cantik yang baru sahaja keluar dari rumah agam di sebelahnya.

Keduanya terjatuh sehingga bunga lilac tadi terlepas dari tangan Sehun. Entah kenapa Sehun tiba-tiba menjadi selemah ini padahal badan vampirenya lebih kuat daripada gadis itu.

"Alamak. Maafkan saya. Awak okey?"

Sehun mendongak melihat ke hadapan. Matanya terpana kepada gadis dengan mata anime yang bersinar-sinar di hadapannya ini. Gadis itu menghulurkan bunga lilac tadi kepada Sehun seperti sedang melamarnya.

Lidah Sehun kaku. Senyuman gadis ini terlalu mematikan. Membuat sesiapa yang melihat terpesona dalam sekelip mata sahaja.

"Maaf ya? Saya kena pergi dulu. Ini sapu tangan. Lap tangan awak yang kotor tu ya? Bye bye!"

Gadis comel itu melambai kecil kepada Sehun kemudian berlari kearah jalan. Di sana, seekor kuda sedang menunggu bersama seorang lelaki di dalamnya.

"Wendy!" Jerit lelaki itu. Gadis yang bernama Wendy itu berlari keriangan menyambut lelaki itu. Mereka berpelukan seketika.

Lelaki itu mengelus rambut Wendy seperti sudah akrab dengannya. Bahkan Wendy memberikan ciuman singkat di pipinya. Itu membuatkan Sehun sedikit cemburu.

Sejak dari hari itu, dia sentiasa memerhati Wendy. Tidak kira di mana Wendy berada, Sehun akan ada di sana untuk melindunginya. Sehingga pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa Wendy akan dikahwinkan dengan lelaki yang bergelar teman lelaki kepada Wendy.

Sehun jadi tidak tentu arah. Dia sampai meminta tolong ketua vampire untuk menolongnya mendapatkan Wendy walaupun itu caranya itu salah. Sehun menawarkan ibu bapa Wendy sebagai habuan kepada ketua vampire jika dia membantu mendapatkan Wendy.

Setuju dengan cadangan Sehun, ketua vampire itu bersama-sana beberapa lagi anak buahnya membantu Sehun mendapatkan Sehun.

Pada malam hari saat Wendy sedang berjalan pulang ke rumah, sebuah kereta yang dikawal oleh para vampire menuju kearahnya.

Akan tetapi, Wendy tidak sedar akan hal itu. Dia sibuk melihat teman lelakinya yang berada di seberang jalan, menunggu kepulangannya. Wendy melambai-lambai kearahnya dengan gembira.

Namun dalam sekelip mata, badan teman lelakinya dilanggar oleh sebuah kenderaan putih dan melayang sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. Wendy kaku.

Kakinya tidak dapat bergerak. Saat itu, ada seorang lelaki keluar dari kenderaan tersebut dan menikam Wendy bertubi-tubi di bahagian perut. Darah memancut dari mulut Wendy.

Dia berpaut pada lelaki itu kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Pemandangan tiba-tiba berubah gelap.

Saat dia membuka mata setelah pengsan, Wendy nampak dirinya di dalam bilik bedah. Di sebelahnya, tubuh teman lelakinya sedang disiat untuk di beri makan kepada vampire. Wendy cuba untuk menghulurkan tangan ingin membantu teman lelakinya tetapi tidak berjaya.

Ketika para vampire menoleh kearah Wendy, dua orang lagi vampire masuk. Sehun dan ketua vampire.

Sehun tampak terkejut dengan keadaan Wendy yang semakin parah. Gadis itu berubah pucat seperti mayat.

"Cuma ini peluang kau untuk miliki dia. Blend your blood within her. Dan dia akan jadi milik kau," ujar ketua vampire.

Tak menunggu lama, Sehun terus menggigit leher Wendy dan menyalurkan darahnya kepada Wendy.

Badan Wendy diangkat dan ingin dibawa keluar dari bilik bedah. Saat itu, mata Wendy tetap menatap kearah teman lelakinya. Bibirnya menutur perkataan terakhir;

"Chanyeol.." ujar Sehun.

Baru Sehun teringat nama yang disebut oleh Wendy dahulu. Chanyeol.

Lelaki itu lah teman lelaki Wendy dahulu. Nampaknya, selepas berpuluh-puluh tahun, Wendy masih lagi mencintai lelaki bernama Chanyeol itu. Bahkan meski darah mereka terikat antara satu sama lain, hatinya tetap dimiliki oleh Chanyeol, si pencuri.

Tanggal 27, hari di mana kedua Wendy dan Chanyeol meninggal, disemadikan bersama gambar-gambar Wendy yang direka oleh Sehun.

Wendy bukannya hidup di zaman di mana teknologi tidak wujud. Sebaliknya, dia ditipu dan diberikan kenangan baru. Setiap gambar-gambar Wendy itu adalah helah daripada para vampire sahaja. Disebabkan itu lah dia tidak mengingat satu pun kenangan tersebut meski tertera di hadapannya.

Sehun agak terkejut sebenarnya yang mereka tidak jadi zing antara satu sama lain. Bahkan dia mempersoalkan ketua vampire samaada apa yang vampire itu katakan dulu benar atau tidak.

Berpuluh tahun dia terpaksa menjauhkan diri daripada Wendy dan sebaik sahaja mereka dibenarkan bertemu, Sehun terpaksa bertindak kasar kepada Wendy untuk menutupi kejahatannya.

"Kau bertuah Park Chanyeol. Kau cuma perlu tunjukkan rupa kau di hadapan dia, dan dia akan jatuh hati dengan kau. Sedangkan aku, aku boleh dapatkan alam semesta untuk dia, tetapi dia tetap tak akan pandang aku," gumam Sehun.

Sehun membalikkan tubuh saat melihat Wendy yang sedang menaiki lif menuju ke tingkat dia berada. Gadis itu sedang menuju ke pejabatnya.

"Tapi, kalau aku tak boleh miliki Wendy, tak ada siapa boleh miliki dia juga. Dalam peraturan alam vampire, dua pasangan yang memiliki perantaraan darah harus mendampingi satu sama lain. Lambat laun, Wendy akan jatuh cinta juga dengan aku."

Tok! Tok!

"Ketua Oh! Boleh saya masuk?"

Sehun membuka pintu menggunakan kuasanya. Wendy tercegat berdiri di sana seperti terpaksa datang berjumpanya. Sebaliknya, Sehun tersenyum.

"Doktor Min kata dia perlukan bantuan ketua. Ada emergency case dan dia tak dapat elak. Dia suruh ketua bersiap. Lagi dua jam ketua kena masuk bilik bedah tiga," jelas Wendy.

"Arasseo. Wen.."

"Apa?" Wendy tidak jadi untuk pergi.

"Jadi ketua bedah harini," tawar Sehun.

Wendy yang awalnya tak berminat tiba-tiba berubah raut wajahnya.

"Ke—ketua bedah?"

"Ya. Aku belum pulih sepenuhnya. Nanti kalau aku buat salah, kau akan tengking aku lagi. Jadi, harini aku akan jadi pembantu kau."

"Ta—tapi.. Ini pembedahan jantung—"

"Aku ada untuk assist kau. Kau kata nak naik pangkat kan? Ini masanya untuk kau tunjuk bakat kau."

Hari itu, adalah kali pertama Sehun melihat Wendy benar-benar ikhlas menunjukkan senyuman lebarnya. Senyuman yang Sehun selalu cemburukan.

Senyuman khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Park Chanyeol.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro