Part 3
Wendy bangun dari tidurnya. Harini hari paling pelik yang dia rasa. Buat pertama kalinya dia tak perlu bergegas ke hospital. Macam sedih pun ada.
Dia menuju ke dapur untuk mengambil pek darah memandangkan dia haus lagi. Wendy ternampak Chanyeol yang sedang menonton televisyen sambil tergelak-gelak tak ingat dunia.
Habis ruang tamu berselerak dengan bantal-bantal bertaburan diatas lantai. Plastik makanan segera juga berada disekelilingnya.
Wendy memeriksa almari makanannya. Segala keropok segera habis dimakan oleh Chanyeol. Wendy menahan sabarnya.
Kena keluar beli makanan lah kejap lagi. Dia membuka peti sejuk untuk mengambil bekalan darahnya. Salah satu pek berperisa strawberi diambil dan diteguk.
Chanyeol menoleh untuk melihat siapa yang berada didapur. Dia ternganga saat melihat bagaimana Wendy meneguk darah dengan sungguh seksi.
Air liurnya ditelan. Macam mana Wendy boleh nampak menggoda walaupun sedang memakai baju tidur dengan rambut yang kusut?
Chanyeol menggeleng laju. Dia menampar pipinya. Lantas dia bangun mendekati Wendy.
"Kau takde nasi ke? Aku lapar ni," ujar Chanyeol.
Makan keropok je mana kenyang dia. Perutnya yang berkeroncong dipegang. Wendy menjilat bibirnya yang sedikit comot itu. Warna darah tersebut membuatkan bibir Wendy semakin merah.
Itu yang menjadi perhatian Chanyeol sejak tadi. Matanya tak lekang dari memandang bibir Wendy.
"Saya mana makan nasi," jawab Wendy.
Chanyeol menggelengkan kepalanya sekali lagi. Datang dah imaginasi pelik dia.
"Kalau macam tu bagi aku duit. Aku nak beli beras," pinta Chanyeol. Tangannya dihulur pada Wendy.
"Awak yang nak makan, awak lah yang beli. Kenapa minta dengan saya pulak?" soal Wendy.
"Kalau kau tak bagi, aku bagitahu polis," ugut Chanyeol.
"Saya bukan mak awak."
"Polis. Hello polisss.."
Wendy menayangkan wajah tidak berpuas hati. Dia menghentak kakinya ke lantai dengan geram. Wendy naik ke biliknya dan mengambil beg duitnya. Entah kenapa dia boleh ikut cakap Chanyeol.
Chanyeol menunggu Wendy kembali sambil ketawa terbahak-bahak. Senang je nak peras ugut gadis vampire tu rupanya. Wendy datang dengan memasang muka masam.
Tangan Chanyeol ditarik dan wang yang banyak diserahkan kepadanya.
"Nah!" ujar Wendy, kasar.
Chanyeol tersenyum puas. Duit tersebut dimasukkan ke dalam poketnya.
"Tapi ada syarat!" kata Wendy sebelum Chanyeol pergi.
"Apa?"
"Saya nak ikut."
...
Chanyeol dengan senang hatinya menolak troli didalam pasar raya dengan wajah tidak bersalah. Wendy mengekorinya disebelah.
Gadis vampire itu merenung Chanyeol dengan wajah masam sejak keluar dari rumah lagi. Sampaikan ada orang salah faham yang mereka pasangan suami isteri yang sedang bergaduh.
Chanyeol mengambil segala bahan masakan yang dia tahu. Tak sekali pun dia tanya Wendy samaada gadis itu mahu sesuatu atau tidak.
"Hei, pencuri. Saya masih tak tahu siapa nama awak," ujar Wendy sambil berpeluk tubuh.
Chanyeol yang sedang memilih ayam tersenyum sinis.
"Panggil sayang je," jawabnya.
Wendy berdecit. Perut Chanyeol dicubit.
"Aahh! Sakitlah! Park Chanyeol!" jawab Chanyeol.
"Yah Chanyeol! Tak reti nak tanya ke kalau saya ada nak apa-apa?" soal Wendy. Baru dia dapat suarakan apa yang terbuku dihatinya.
"La. Kau makan ke benda-benda ni? Kata tak makan nasi?" balas Chanyeol.
"Saya tak makan nasi sebab saya diet. Itu pun tak faham ke?"
'Nak faham macam mana kalau kewujudan kau pun aku tak faham'
"Kau ada duit kan?" soal Chanyeol. Wendy mengangguk.
"Ha dah tu? Pergilah beli sendiri. Ni duit aku," sambung Chanyeol.
"Tapi saya yang bagi--"
"Duit ni dah ada dalam tangan aku. Jadi aku punya lah."
Wendy mengetap giginya. Geram betul dengan pencuri yang satu ini.
"Tak gentleman langsung," kutuk Wendy.
"Dah nama pun pencuri. Nak yang gentleman, kau cari anak CEO," jawab Chanyeol dan terus tidak menghiraukan Wendy.
Wendy hampir-hampir sahaja memukul Chanyeol. Dia ternampak Sehun, ketuanya yang turut sama sedang berbelanja.
Sehun tu kacak dimata Wendy. Hampir-hampir menjadi lelaki idamannya. Tapi disebabkan dia garang, Wendy keluarkan dia dari list.
Dasar singa jadian. Itu yang dia gelarkan pada Sehun.
"Ketua!" panggil Wendy, sekadar nak bertegur-sapa.
Sehun menoleh kearahnya begitu juga dengan Chanyeol.
Terbuntang mata Chanyeol saat ternampak Sehun. Ayam ditangannya terlepas. Dengan kalut dia melarikan diri sambil membawa troli.
Wendy mendekati Sehun lantas menunduk hormat. Sehun membalasnya dan tersenyum manis.
"Ketua buat apa dekat sini?" tanya Wendy.
"Beli barang dapur. Kamu pulak?"
"Saya datang dengan Chan--"
Wendy mengerutkan dahinya saat melihat Chanyeol tiada disana. Kemana pula lelaki itu pergi?
"Dengan siapa?" soal Sehun.
"Ah. Takde siapa." jawab Wendy.
"Nak teman saya beli barang sama-sama?" tawar Sehun.
Tiba-tiba pula Sehun jadi baik macam ni. Wendy rasa pelik. Kekok pun ada. Sehun tertawa comel saat melihat reaksi Wendy.
"Jangan malu-malu. Kita bukan dekat hospital," ujar Sehun. Dia beralih ke tepi untuk memberi ruang kepada Wendy untuk memegang pemegang troli miliknya.
"Jom?"
...
Wendy melambai-lambai kearah Sehun yang sedang memandu pulang setelah selesai membeli-belah.
Dia tak sangka Sehun lucu orangnya. Peramah lagi. Siapa je yang sangka ketua yang bengis boleh jadi secomel itu diluar kawasan kerja? Adakah ini bermaksud Sehun dah masuk semula ke dalam senarai crushnya?
Tiba-tiba, Chanyeol keluar bersama barang-barang yang telah dibayarnya. Dia berdiri disebelah Wendy.
"Kau kenal ke lelaki tadi?" soal Chanyeol sambil menyerahkan air tomato kepada Wendy. Wendy menyambutnya tanpa memandang.
"Iya. Dia ketua saya. Kenapa?"
"Oh. Dia lah yang aku rompak," kata Chanyeol, jujur.
Wendy tersembur air tomatonya.
Satu, dia tersembur kerana dia ingatkan itu darah.
Kedua, dia terkejut mendengar penjelasan jujur Chanyeol.
"AWAK YANG ROMPAK SEHUN?!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro