Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 26


Wendy menghidangkan teh panas buat Juyeon, sementara menunggu teksi datang. Gadis itu juga diberikan selimut untuk menutupi pahanya yang terdedah. Juyeon menerima teh buatan Wendy dan minum dengan senyap.

"Kau suka Chanyeol?" soal Juyeon kepada Wendy.

Wendy yang baru sahaja duduk menghadap Juyeon, tersentak. Kemudian, gadis itu menggeleng. Juyeon tersenyum sinis.

"Berapa lama kau berkomplot dengan dia untuk tipu aku?" soalnya lagi. Wendy menghitung hari. Baru sahaja dia mahu menjawab, dia tersedar sesuatu.

Kalau dia jawab, sah-sah lah dia bengap. Jadi, dia memilih untuk mendiamkan diri.

"Kau pula, suka Chanyeol?" tanya Wendy semula. Juyeon menjongket bahu.

"Bergantung."

"Bergantung kepada apa?"

"Bergantung kepada sejauh mana dia boleh dapatkan aku semula. Sebelum ni pun, aku suka dia, tapi sekadar kawan," jawab Juyeon. Wendy mengerutkan dahinya.

"Kenapa sekarang baru kau nak terima dia? Sebab duit?"

Juyeon tertawa tetapi tidak menafikan. Matanya merenung seluruh isi rumah Wendy. Kemudian, jelingan tajam dihadiahkan kepada gadis itu.

"Semua orang hidup perlukan duit, Wendy. Kalau kau tak perlukan duit tu, maknanya ada something wrong somewhere dengan kau. Zaman sekarang, tak ada duit, kau akan ditindas. Aku rasa kau mungkin tak faham orang-orang macam kami," balas Juyeon.

Wendy menggeleng perlahan. Menindakkan kata-kata Juyeon.

"Aku faham!" tegasnya.

"Faham dari celah mana? Dari apa yang kau nampak? Dari fantasi dalam drama? Orang-orang kapitalis macam kau tak akan faham orang miskin macam kami. Jangan cuba nak berpihak pada kami," kata Juyeon dengan sindiran pedas.
Dia seolah-olah membuat Wendy seperti orang jahat di sini.

"Tapi itu bukan alasan untuk korang jadi macam ni. Korang boleh kerja—"

"Aku nak balik dulu. Buang masa aku berbual dengan kau."

Juyeon melempar selimut kecil itu ke tepi lantas segera keluar. Wendy menghalang memandangkan mereka masih perlu menunggu teksi.

"Juyeon! Bukan itu yang aku maksudkan! Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau!"

"Shut up, bitch! Kau tak payah tunjuk yang kau baik sangat lah. Ingat aku tak tahu niat asal kau?" marah Juyeon. Dia menolak Wendy ke belakang dengan kuat.

Kebetulan, teksi telah pun tiba. Juyeon tanpa berlengah terus masuk dan meninggalkan Wendy. Gadis vampire itu kecewa. Wendy cuma tak mahu membuat musuh sahaja tetapi Juyeon dah salah anggap.

Mungkin, jadi baik pun tak ada guna bagi orang seperti dia.

...

Chanyeol keluar dari kedai serbaneka dengan membawa segulung surat khabar. Lelaki itu menconteng sesuatu di dalamnya kemudian memandang sekeliling.

Dia tersenyum kecil sambil menyeluk sakunya. Lelaki itu terus beredar dari sana dan mengeluarkan sebungkus sosej yang dia curi tadi.

Chanyeol nampaknya masih tidak berubah. Kebiasaan mencurinya masih tidak menghilang. Chanyeol tidak segan-segan memakan makanan haram tersebut. Yang penting, dia kenyang.

"Si Wendy ni suka tak kalau aku beli—"

Chanyeol terdiam sebentar. Dia lupa yang dia sudah tidak tinggal bersama Wendy. Seketika, dia terasa sunyi. Kalau tidak, pasti dia akan bergaduh dengan Wendy. Chanyeol tersenyum mengingat kenangan-kenangan singkat itu.

Wendy gadis yang baik. Itu sahaja yang boleh Chanyeol katakan.

Dia teringat akan gambar Wendy yang dia curi tempoh hari. Selama ini, dia simpannya di dalam poket dan membawanya ke mana-mana sahaja. Di belakang gambar tersebut, tertera tarikh 27 November di belakangnya.

Chanyeol mengambil marker pennya dan terus menulis namanya di sana, bersebelahan nama Wendy.

"Haa kan baru cantik. Nampak lengkap," pujinya. Chanyeol tersenyum seperti orang bodoh.

Sedang Chanyeol menatap gambar tersebut, dia ternampak Sehun yang keluar bersama seorang gadis berwajah beku yang hampir sama dengannya. Akan tetapi, aura gadis itu lebih lembut daripada Sehun. Dia bahkan tidak berhenti tersenyum dan cuba berbual dengan Sehun, namun diabaikan.

Chanyeol berkerut. Sehun bukan lelaki lembut yang selalu dia lihat dengan Wendy ke? Rasanya dulu dia selalu nampak Sehun tersenyum bila nampak Wendy.

"Eh, pegang tangan pulak dah? Bukan perempuan lembut tu dulu pernah cium Wendy ke?" getus Chanyeol. Dia memanggil Sehun dengan gelaran perempuan sebagai sindiran.

"Nampak macam kahwin paksa je. Kesian. Hahahaha— Bodo. Kalau kahwin paksa, maknanya Wendy tu perempuan simpanan ke?! Shibal! Wendy tahu tak ni?!" jerit Chanyeol. Surat khabar di tangannya dikeronyokkan dengan perasaan marah.

Berani Sehun ingin mempermainkan perasaan Wendy?! Hadap abang kawasan dulu lah!

Dengan pantas, Chanyeol berlari menuju ke rumah Wendy. Dia perlu memberitahu maklumat ini kepada gadis itu. Yang penting, Wendy perlu tahu.

Kalau Wendy tidak mahu percaya, Chanyeol akan bawa gadis itu bertemu Sehun. Dia tak mahu gadis itu sakit hati dan kecewa. Kalau Wendy halau dia sekali lagi pun, tak apa. Yang pasti, Wendy tidak menyakiti diri sendiri.

"Wendy! Tunggu aku!" jerit Chanyeol.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro