Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 25

Wendy merenung Sehun yang sedang melihat data-data pesakit pada kaunter. Gadis itu nampaknya masih marah dengan Sehun. Lelaki vampire itu menoleh sekilas kemudian tersenyum.

"Kenapa?"

"Ketua tak ingat ye apa yang ketua buat pada saya?" soal Wendy. Sebelah kening Sehun terjongket. Wendy dah kembali memanggil dia dengan gelaran ketua semula. Terasa seperti ada halangan diantara mereka.

"Ingat. Tapi buat apa aku fikir lama-lama kan?" balas Sehun. Wendy mendengus kasar.

"Ketua ni dari dulu memang suka buat saya naik angin. Tak sebab kerja, sebab peribadi," rungut Wendy. Dia mengambil salah satu buku maklumat pesakit dan turut sama memeriksa tapi dalam keadaan marah.

Sehun terus memegang tangan Wendy, menghalang gadis itu daripada merosakkannya.

"Jangan buat kalau tengah marah. Kesian kertas tu kena koyak," ujar Sehun. Wendy mendengus kasar lagi.

Sehun memandang beberapa jururawat yang sedang memandang mereka. Lebih-lebih lagi kerana Sehun sedang memegang tangan Wendy sekarang. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Wen, pasal zing tu kan.."

"Doktor! Kita ada kecemasan!" jerit seorang jururawat kepada Wendy dan Sehun. Wendy terus menoleh sebaik sahaja mendengar jeritan tersebut.

"Siapa, dan sakit apa? Macam mana keadaan dia?"

"Pesakit lelaki berusia 51 tahun, penghidap sakit jantung. Beliau terkena serangan jantung sewaktu bekerja. Tekanan jantungnya dah menurun sekarang!" jelas jururawat tersebut. Memandangkan Wendy bertugas di bahagian tersebut, dia terus memakai stetoskopnya.

Tangannya yang dipegang Sehun terlepas.

"Mian. Nanti kita berbual lagi ketua," ujar Wendy seraya berlari mendapatkan pesakitnya. Gadis itu hilang dari pandangan selepas beberapa saat.

Sehun terdiam. Tangannya dipandang. Wajahnya dingin seperti air batu.

"Dia masih lagi fikir pasal lelaki tu walaupun dah kena usir.." ujar Sehun, perlahan. Lelaki itu melangkah pergi dengan rasa tidak puas hati.

Dia mengabaikan pandangan orang lain kepadanya. Ketua Singa Oh Sehun mungkin akan kembali tidak lama lagi.

...

Wendy turun daripada katil seusai berjaya menstabilkan keadaan pesakit. Gadis itu sedikit kelelahan. Dia memandang monitor yang memaparkan kadar degupan jantung lelaki ini.

"Periksa keadaan pesakit dengan kerap. Kalau ada apa-apa perubahan, maklumkan dengan segera. Kalau perlu pembedahan, saya bersedia," ujar Wendy. Jururawat mengangguk faham.

Wendy beredar dari sana sambil memeriksa telefonnya. Gadis itu memandang sekeliling, sepertinya menunggu seseorang. Ya, Chanyeol.

Dia terlupa yang dia sudah pun menghalau Chanyeol sehingga menyakitkan hati lelaki itu. Wendy teringat pula saat Chanyeol menunggu di bangku menunggu semata-mata ingin bertemunya. Walaupun tujuannya untuk memujuk dia supaya memberi tips tentang Juyeon, tapi Wendy selesa bersama Chanyeol.

"Mianhae, Chanyeol. Kalau lah kau faham," ujar Wendy, perlahan.

"Chanyeol siapa?" soal Doktor Yuta sambil memakan aiskrim di sebelah Wendy. Dia memandang kearah bangku tempat duduk pelawat. Hanya ada beberapa orang sahaja di sana dalam lingkungan 30-an.

"Eh, Doktor Yuta.."

"Hai, Doktor Wendy. Mengelamun nampak? Chanyeol siapa?" soalnya, kepoh. Wendy tersenyum pendek.

"Tukang paip," jawabnya.

Yuta tersedak. Dia cuba mengingat akan sesuatu. Kemudian, matanya membulat.

"Tukang paip yang selalu datang rumah kau tu?" soalnya. Yuta masih ingat lagi dengan penjelasan Wendy tempoh hari.

"Kau ingat?"

"Mestilah! Kau je yang paling aku tak sangka sekali akan bawa lelaki balik rumah. Takkan aku tak ingat," balasnya. Wendy berdecit.

"Muka aku ni nampak baik sangat sampai tak berani bawa lelaki balik rumah ke?"

"Takdelah baik pun. Cuma muka kau ni macam budak bawah umur. Nanti orang ingat kena culik atau pun kena rompak je," balas Yuta. Wendy hampir-hampir mahu menendang kepala Yuta sehingga tercabut.

Dia memandang aiskrim yang sedang dimakan Yuta itu.

"Nak ke? Tapi kau kena cerita pasal Chanyeol dulu," sogok Yuta. Wendy mendengus kasar.

Tapi tangannya tetap dihulur untuk memintanya. Yuta tersenyum puas lantas menyerahkan aiskrim yang masih belum dibuka dan berada di dalam poket kotnya.

"Terima kasih. Pergi dulu!" ujar Wendy lantas melarikan diri. Yuta termangu seketika.

"Hei—Hei! Tak baik tipu aku! Mak aku cakap orang kuat menipu ni jadi pencuri nanti!"

...

Wendy mengetuk pintu pejabat Sehun sebaik sahaja waktu kerja mereka berakhir. Macam biasa, dia perlu balik dengan Sehun atas permintaan lelaki itu. Dia diugut, sekiranya tidak memenuhi permintaannya, Sehun akan mencederakan Chanyeol.

Sudah pasti lah Wendy tidak akan membiarkan hal itu terjadi. Chanyeol sudah la manusia biasa. Kekuatan mereka tidak sama.

"Masuk!" ujar Sehun dari dalam. Dia tahu Wendy yang berada di luar berdasarkan bauan gadis itu.

Sebaik sahaja masuk, Wendy melihat Sehun yang segera menghentikan panggilan video bersama seseorang. Lelaki itu nampak menjeling Wendy sekilas.

"Nae, tuan!" balas Sehun dengan pantas dan segera menyimpan laptopnya ke dalam beg.

"Pengarah hospital?" soal Wendy. Sehun tidak menjawab.

"Bercakap dengan appa Irene ke? Irene bila nak balik sini?" soal gadis itu lagi. Pertanyaan itu membuat Sehun berasa agak jengkel.

"Entah. Aku tak tahu," balasnya.

"Irene tunang awak. Takkan lah—"

"Tunang atas kontrak. Wendy, kau tahu perasaan aku dan aku dah beritahu kau dulu kan?"

"Iya. Tapi saya buat keputusan untuk lupakan. Lagipun, ketua dah halang cinta saya. Jadi saya bayar balik. Cash on delivery," balas Wendy, savage. Sehun berhenti daripada mengemas sebentar.

"Manusia tu tak akan membawa apa-apa kebaikan untuk orang-orang macam kita," jelas Sehun.

"Iya. Sama macam saya yang tak beri apa-apa keuntungan kepada negara. Beban keluarga je. Sesuai lah kan?" jawab gadis itu. Sehun sampaikan menggelengkan kepala.

"Kau ni sakit," ujar Sehun.

"Betul. Sakit jiwa melayan kerenah orang gila."

Belum sempat Sehun nak berdebat lagi, beberapa orang lelaki masuk ke dalam ruangan Sehun dan menunduk hormat kearahnya. Mereka adalah orang-orang suruhan vampire.

"Tuan Kang arahkan kau untuk segera bertemu dengan dia," ujar salah seorang lelaki kemudian memandang kearah Wendy. "Sendirian," sambungnya.

"Baik. Aku jumpa lepas aku hantar dia."

"Eh tak apa. Saya boleh balik sendiri. Korang bolehlah iringi Ketua Oh sekarang. Caio," ujar Wendy dan terus keluar tanpa menunggu Sehun menghalang.

Gadis itu menggunakan kuasa vampirenya untuk berlari dan dalam beberapa saat sahaja sudah berada di luar hospital. Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.

Wendy memandang ke kiri dan kanan, seperti mencari Chanyeol. Dia fikir Chanyeol mungkin akan tidur di tepi jalan memandangkan lelaki itu tidak mempunyai tempat berteduh.

Hatinya gusar. Kalau Chanyeol tak cukup makan macam mana? Kalau Chanyeol sakit? Kalau Chanyeol kena pukul?

"Haih hati. Janganlah buat aku risau," getus Wendy. Dia berhenti seketika, cuba mencari bau Chanyeol yang mungkin ada di sana.

Tetapi bau-bau di sana sudah bercampur-campur sehingga menyukarkan dia untuk mencari. Saat Wendy ingin pergi, dia terserempak dengan Juyeon yang sedang keluar dari kereta mewah seorang lelaki tidak dikenali.

Wendy tercegat di sana, memandang Juyeon yang melambai tangan kearah lelaki itu. Pakaiannya juga telah berubah daripada polos kepada seksi.

"Yoon Juyeon?" panggil Wendy. Juyeon tersentak lantas menoleh ke belakang.
Matanya terus tajam merenung Wendy. Seperti melihat musuh.

"Kau.."

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Wendy. Juyeon tergelak.

"Bukan urusan kau pun kan? Kenapa? Kau tak puas hati dengan aku?" balasnya, kasar. Wendy menggeleng perlahan.

"Kenapa tak suruh dia hantar balik rumah kau? Kau ada duit tak nak balik nanti?" tanya Wendy, benar-benar bersimpati.

Seharusnya lelaki itu menghantar Juyeon pulang ke rumah gadis itu, bukan membuangnya sembarangan di kawasan perumahan orang lain.

Juyeon nampaknya sedikit bengang dengan jawapan Wendy. Dia rasa seperti dihina.

"Mentang-mentang kau ada duit, seronok kau sindir aku? Ye aku tak ada duit. Habistu kenapa? Kau nak gelakkan aku?" jawabnya.

"Kalau macam tu singgahlah rumah aku. Nanti aku panggilkan teksi. Bahaya malam-malam kau balik sorang-sorang," pelawa Wendy.

Padahal Juyeon sering berbuat jahat dengannya. Tapi Wendy masih melayannya dengan baik. Juyeon berdecit.

"Marilah?" ajaknya lagi. Juyeon perlahan-lahan mengekori Wendy pulang ke rumah gadis itu.

Dalam hatinya, dia mengumpat Wendy kerana berpura-pura baik. Tapi, dia akan lihat sejauh mana lagi Wendy sanggup berlakon di hadapannya.

"Pastikan kau panggil teksi premium. Kalau tidak, aku jalan kaki."

"Ye. Aku tahulah."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro