Part 24
haloo.. chapter baru 💙 ada yang rindu tak 😂
"Penipu? Jangan nak tipu aku, Wendy!" Gertak Juyeon. Dia tak terima bila Wendy menuduh Chanyeol sebegitu. Sementara Chanyeol, dia menarik lengan Juyeon supaya tidak menyerang Wendy.
Siapa tahu apa yang boleh berlaku bila Wendy marah nanti.
"Bukak mata kau, Juyeon. Guna untuk tengok sekeliling kau dan bukannya asyik fikirkan duit. Kau tak pernah fikir kenapa tak ada satu pun gambar Chanyeol dalam rumah ni? Kenapa ada gambar aku je? Kau tak syak apa-apa?" Soal Wendy, menyindirnya. Bibirnya menguntum satu senyuman sinis.
Juyeon tersedar akan sesuatu. Apa yang Wendy katakan itu benar. Tak ada gambar Chanyeol di sini kecuali gambar Wendy. Dan bila difikirkan lagi, dia tak pernah tahu Chanyeol bekerja dengan syarikat mana.
Juyeon merenung Chanyeol dengan pandangan kecewa. Pegangan tangan Chanyeol terlepas.
"Kau tipu aku.." Ujarnya dengan suara yang agak serak. Juyeon tak pernah rasa ditipu sebegitu.
Chanyeol menggigit bibir bawahnya. Dia cuma memegang Juyeon tapi gadis itu menjauhinya.
"Kau anak pencuri yang paling jijik pernah aku kenal. Berani kau cuba dapatkan aku dengan duit. Aku benci kau, Chanyeol. Sentuh aku, dan tunggulah apa yang akan berlaku. Jangan jumpa aku lagi, Chanyeol!"
Serentak itu, Juyeon terus keluar dari rumah Wendy, berlari pulang. Chanyeol menjerit memanggil nama Juyeon namun sahutannya tidak terjawab. Chanyeol merenung Wendy dengan pandangan marah.
"Apa?" soal Wendy, sinis.
"Kau dah rosakkan hubungan aku dengan Juyeon!"
Wendy ketawa. Dia menyilangkan tangannya separas dada dan merenung Chanyeol dengan pandangan sinis.
"Aku tak pernah rosakkan pun. Dari awal, kau yang buat semua tu sendiri Chanyeol. Kau yang rosakkannya sejak kau setuju untuk tipu dia. Masih salah aku?"
"Kau yang cadangkan–"
"Tapi kau ada pilihan untuk tolak. Jangan pernah salahkan orang lain atas kesalahan kau Chanyeol. Sekarang, keluar dari rumah aku," Wendy menghalau Chanyeol dengan kasar.
Dia pergi ke bilik, mengambil pakaian lelaki itu lantas dimasukkan ke dalam beg. Kemudian, dia kembali semula, melemparkan beg tersebut kearah Chanyeol.
"Pergi.. ke tempat asal kau.."
Chanyeol mengetap giginya. Matanya bertembung dengan mata Sehun. Sehun nampaknya menikmati kekecohan tersebut. Dengan langkah yang tenang, Chanyeol keluar. Dia cuba untuk tak tunjukkan perasaan marahnya.
Sementara Wendy, gadis itu masuk ke biliknya dan mengurung dirinya disana. Kalau ini caranya untuk lindungi puaknya, dia buat. Dia tak mahu bahayakan Chanyeol juga.
"Maafkan saya..Chanyeol.."
...
Chanyeol tak ada hala tuju sekarang. Dia cuma merayau-rayau dibandar, memerhati sekeliling. Kadang dia duduk di tepi kedai makan, melihat orang menikmati masa dengan duit didalam tangan.
Kadang dia berada di stesen bas, cuba untuk tidur namun dia akan dihalau oleh orang-orang di situ.
Chanyeol tahu, dia tak patut cari pasal dengan Wendy. Cuma dia tak faham kenapa Wendy tiba-tiba sahaja bersikap dingin dengannya. Dia ada buat salah apa-apa ke dengan Wendy?
Chanyeol memejamkan matanya. Dia berada ditaman sekarang, di dalam gelongsor, menyorok daripada polis untuk tidur. Sehinggalah saat dia betul-betul kepenatan dan hampir terlelap, ada sesuatu jatuh diatas gelongsor sehingga membuatkan dia terbangun.
Chanyeol terhantuk pada gelongsor, membuatkan dia kembali terbaring. Dia menggelongsor keluar, cuma untuk mendapati ada seorang lelaki tua sedang menghalakan kayu kearahnya.
"Aduh. Pakcik ni siapa? Saya tengah cuba nak tidur–"
"Diam! Kau salah satu dari mereka kan?" Soalnya, garang. Chanyeol mengerutkan dahinya. Salah satu dari siapa?
Dia menggosok matanya supaya dapat melihat siapa yang berada dihadapannya sekarang ini.
"Pakcik ni siapa–"
Lelaki itu melempar bawang ke muka Chanyeol sehingga membuatkan kata-katanya terhenti. Chanyeol mendesah malas.
"Apa yang pakcik buat–"
Dia disembur pula dengan air. Chanyeol bertambah geram. Dia bangun, menerpa kearah lelaki tersebut sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh.
"Ka–kamu bukan vampire.." Ujarnya, terketar-ketar.
"Memanglah bukan! Kau ingat aku siapa?!" Marah Chanyeol.
"Maaf. Cuma bau mereka ada pada kamu."
Chanyeol berkerut.
"Macam mana pakcik boleh bau, bau vampire? Pakcik siapa?" soal Chanyeol. Lelaki itu memandang sekeliling lantas menarik kepala Chanyeol mendekat kepadanya.
"Aku.. vampire hunter," jawabnya. Chanyeol diam sebentar, kemudian dia ketawa. Dia ketawa kerana tidak percayakan lelaki itu.
"Kenapa kau gelak?"
"Takkan lah vampire hunter tua macam ni?"
buk!
Kepala Chanyeol dipukul.
"Tua bukan sebarang tua! Jangan berani kau memandang rendah pada aku! Suatu masa dahulu, keturunan aku yang paling berani sekali diatas ruang angkasa ini dalam menyelamatkan manusia! Hoi-hoi! Kau nak pergi mana?!"
Lelaki tua tadi memanggil semula Chanyeol kerana masih belum selesai bercerita. Chanyeol yang kebosanan tidak berminat untuk mendengar kisah rekaan itu. Dia berlalu pergi sahaja sambil mengusap perutnya yang lapar.
Tak disangka-sangka, lelaki tua itu mengekori Chanyeol. Chanyeol buat tak peduli.
"Macam mana kau dekat dengan vampire-vampire tu?" tanya lelaki tua itu. Chanyeol menjelingnya tajam.
"Jangan menyibuk lah!" marahnya.
Lelaki tua itu berdecit. Dia boleh sahaja memukul kepala Chanyeol sekarang, namun dia tahan.
"Kau nampak macam baru kena tolak je. Gaduh dengan makwe ya?" soalnya lagi. Chanyeol mendengus kasar.
"Bukanlah! Aku ada masalah lagi besar dari tu," ujar Chanyeol.
"Masalah apa?"
"Aku tak ada tempat nak tinggal. Aku dah kena halau.."
Lelaki tua itu mengangguk kecil. Kemudian, dia menjerit "Aha!" sekuat hati. Hampir gugur jantung Chanyeol dibuatnya.
"Marilah ke rumah aku? Kebetulan, aku tinggal seorang," ajaknya. Chanyeol tersenyum mengejek.
Nak ajak tidur tepi stesen bas lah tu. Chanyeol dah boleh agak. Tapi dia diamkan. Kakinya mengikuti sahaja langkah lelaki tua dihadapannya. Sampai di suatu tempat di tepi sungai, dia nampak sebuah rumah usang di sana.
Chanyeol berdecit. Boleh tahan juga pakcik gila ni.
Sebaik sahaja masuk, mulut Chanyeol ternganga. Ini bukan apa yang dia bayangkan.
"Masuklah. Rumah tak seberapa hehe.."
Sebaik sahaja lelaki tua itu menghidupkan lampu, dia nampak segala gambar orang-orang yang ditampal disana. Betul ke lelaki ni?
"Pakcik.. ambil gambar dengan apa?" soal Chanyeol.
"Itu.."
Dia menunding jari kearah kamera Sony yang mahal. Rahang Chanyeol hampir tercabut. Handal juga pakcik ni dalam mencuri kamera ya? Itu yang ada dalam benak fikirannya.
Chanyeol meneliti gambar-gambar di sana. Ada pelbagai anak panah dihalakan kearah gambar-gambar manusia yang membuatkan dia tertanya-tanya.
Mata Chanyeol tertancap pada gambar yang dia kenali. Oh Sehun yang sedang berbual melalui telefon. Kemudian, ada gambar beberapa doktor dan jururawat yang pernah dia nampak di hospital sebelum ini. Sehinggalah pada gambar yang berada ditengah-tengah diantara mereka.
Wendy.
"Pakcik..apa tujuan kau bawa aku ke sini? Kenapa gambar Wendy ada dekat sini?!" marah Chanyeol. Dia dapat rasa lelaki dihadapannya ini bukan lelaki tua biasa.
Lelaki tua itu termangu seketika kemudian memandang gambar yang sedang ditunjuk oleh Chanyeol. Dia mengangguk seketika.
"Ouh, jadi kau kenal perempuan tu?"
Dahi Chanyeol berkerut.
"Mestilah! Dia kawan aku!" balasnya.
"Hm.. Itulah sebabnya bau mereka ada pada kau. Kau tak sedar dengan siapa yang berkawan anak muda.." ujarnya. Dia pergi kearah salah satu dinding yang ditutupi dengan kain dan membukanya.
Anak panah itu semuanya menuju ke sana, kearah sebuah gambar yang lebih besar.
"Gambar-gambar yang ada disini, semuanya adalah anak buah kepada ketua vampire ini. Misi aku adalah untuk bunuh mereka sebelum mereka angkut lebih ramai manusia menjadi vampire!"
"Tak ada kaitan dengan aku! Aku nak tahu kenapa kau bulatkan gambar Wendy seolah-olah dia ancaman besar!"
"Dia bukan ancaman besar! Dia mangsa mereka!"
Kata-kata itu membuatkan Chanyeol semakin bingung.
"Mangsa? Tapi Wendy salah satu dari mereka."
"Kau kena tipu anak muda," ujarnya. Pakcik tua itu pergi mengambil sebuah lembar yang berada di bawah tanah.
Sekembalinya dia, dia membuka muka surat yang bakal memberi petunjuk kepada Chanyeol.
Ianya adalah daftar nama manusia yang ditukarkan menjadi vampire pada suatu ketika dahulu.
"Apa ni?" soal Chanyeol.
"Ini hasil turun-temurun daripada keturunan aku. Kami, vampire hunter mempunyai misi untuk menghalang vampire daripada terus mengancam umat manusia. Di sini, adalah daftar nama mereka yang menjadi mangsa-mangsa percubaan eksperimen mereka," jelasnya.
Lelaki itu pergi kearah gambar besar tadi. Kayu di tangannya dipukul ke wajah pada gambar itu.
"Ketua kepada segala vampire. Dia yang mengarahkan supaya anak-anak manusia diculik dan dijadikan tenteranya. Wendy, kawan kau itu salah satu mangsa paling tragis. Dia dirampas dalam suatu kemalangan besar yang dirancang. Ibu bapanya mati dalam nahas kebakaran kereta," ceritanya.
Chanyeol membaca keterangan tentang Wendy yang berada pada salah satu muka surat yang di-highlightkan.
"Tapi.. Wendy kata dia kena tikam dan masa tu ada kemalangan.." gumam Chanyeol.
"Otak mereka. Otak mereka dimanipulasi. Aku yakin mereka lakukan hal yang sama pada kawan kau tu. Dan setakat yang aku perhatikan, kawan kau masih tak tahu menahu akan hal ini," ujarnya. Chanyeol terkedu.
Wendy yang ceria dan dungu selama ini sedang dipergunakan oleh puak vampire?
"Kalau kau sayang kawan kau, kau kena dapatkan dia balik. Barulah kena dengan gelaran 'pencuri' kau tu," sambung lelaki itu.
Chanyeol tersentak. Matanya terkebil-kebil memandang lelaki tua ini.
"Mana kau tahu pasal aku?"
"Dah lama aku perhati kau juga. Aku bukan lelaki gila macam yang kau fikir. Ingat aku tak tahu ke apa yang kau kutuk aku dalam otak kau tu?" ujar lelaki tua itu lagi. Chanyeol tersedak. Malu pula dia.
"Kalau kau sudi bekerjasama, kita boleh selamatkan dia. Kita kena curi semula dia daripada para vampire.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro