Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 23


Chanyeol tiba di hospital seperti biasa, menunggu Wendy untuk keluar dan menyerahkan bekal makanan kepadanya. Malangnya, Wendy tetap tidak kunjung tiba walaupun sudah sejam sejak jam makan tengahari berlalu.

Chanyeol frust. Baru kali ini dia rasa gelisah seperti ingin bertemu kekasih sendiri. Beg plastik digenggam dengan erat. Chanyeol mengalah juga akhirnya. Dia sudah tidak larat menunggu.

Mungkin Wendy ada pembedahan sekarang. Makin lama dia menunggu, makanan itu berkemungkinan akan basi. Baru sahaja Chanyeol ingin beredar, matanya tertangkap pergerakan Wendy dari lobi hospital.

Senyuman Chanyeol melebar. Tangannya diangkat, ingin memanggil Wendy namun mulutnya terkunci saat melihat Sehun yang berada dibelakang gadis itu.

Sehun merangkul bahu Wendy dengan mesra seperti tidak ingin melepaskannya. Dia membisikkan sesuatu sehingga membuatkan Wendy menoleh kearah Chanyeol.

Wendy kaku. Dia nampak terkejut sebenarnya. Chanyeol melambai-lambai kearahnya, menunggu Wendy datang. Malangnya, Wendy tidak membalas lambaian tersebut.

Raut wajah Wendy menjadi suram. Dia terus membalikkan tubuh, tidak mahu memandang Chanyeol. Chanyeol terasa seperti ada sesuatu yang menikam hatinya. Dia kecewa.

Saat itu, dia ternampak bagaimana Wendy menyatukan tangannya dengan jari Sehun dan berlalu pergi. Wendy tak menoleh ke belakang walau sedikit pun.

Ini ke masanya untuk Chanyeol berundur? Hah. Apa yang dia fikir selama ini? Dia ingat dia boleh tawan hati seorang gadis kaya macam Wendy?

Mengarut. Berangan sahajalah.

Dengan perasaan yang sedih, Chanyeol turut sama pergi meninggalkan hospital. Dia pulang ke rumah dengan langkah yang berat.

Sampai disana, Juyeon masih belum pulang nampaknya. Gadis itu mulai memasang raut wajah risau. Dia berlari memeluk Chanyeol dan mengusap belakang badan lelaki itu.

"Chanyeol. Awak pergi mana? Saya risau–"

Juyeon mencengkam pipi Chanyeol dengan lembut. Dia perasan Chanyeol nampak seperti sedang bersedih sekarang.

"Ada apa-apa yang berlaku ke?" Soal Juyeon. Chanyeol mengeluh. Bekal makanan itu diletakkan diatas meja.

Juyeon menarik Chanyeol supaya duduk diatas sofa dan menatap ke dalam mata Chanyeol.

"Bagitahu lah. Mana tahu saya boleh tolong?" Ujar Juyeon, tersenyum manis. Chanyeol membalas tatapan tersebut.

"Tak ada apa–"

"Chanyeol. Saya tahu awak tak percayakan saya. Tapi awak tak boleh lupa juga yang kita ni masih berkawan. Awak tak percaya kawan awak sendiri?" Juyeon memintas.

Betul. Sebelum mereka bercinta, Juyeon dan Chanyeol pernah berkawan. Juyeon tak adalah sejahat mana untuk membiarkan rakannya sendiri dalam dilema sebegini. Dia pun ada sisi baik walaupun cuma sebesar zarah kuman.

"Saya.. Saya tak jujur pada awak Juyeon." Jelas Chanyeol. Juyeon mengerutkan dahinya. Chanyeol nak mengaku yang dia curang ke? Ini ke masanya untuk dia bertindak?

Juyeon tersenyum sinis. Dia masuk ke dalam alam lakonan sekali lagi.

"Ceritalah. Saya dengar."

"Saya.. Saya jumpa Wendy di belakang awak walaupun awak dah halang saya. Saya sepatutnya tak buat macam tu. Saya sepatutnya hormat awak sebagai kekasih saya.." Terangnya. Chanyeol nampak betul-betul bersalah sekarang. Juyeon tersenyum.

"Tak apa. Saya maafkan awak." Kata Juyeon dengan tenang.

"Tak. Awak sepatutnya pukul saya. Juyeon saya dah curang–"

"Chanyeol. Saya tak akan kira semua tu sebagai curang. Lagipun, Wendy setiausaha awak kan? Dekat pejabat pun awak akan jumpa dia kan?"

"Pejabat? Sejak bila saya kerja dekat–" Kata-kata Chanyeol terhenti. Dia hampir-hampir membocorkan rahsianya. Chanyeol nampak gugup sekarang.

"Hurm? Awak cakap apa tadi?" Juyeon nampak bingung.

"Lu–lupakan pasal tu. Mestilah saya jumpa dia dekat pejabat. Haha."

Kening Juyeon terjongket sebelah. Chanyeol nampak mencurigakan baginya sekarang. Kemudian, bekas kotak makanan tadi mengalih perhatiannya.

Juyeon mengambil dan membukanya.

"La belum makan lagi ke? Biar saya tolong habiskan sebelum basi–"

"Eh jangan–"

Chanyeol dan Juyeon berebut sekarang. Chanyeol tak mahu hasil kerjanya dimakan oleh Juyeon sebelum Wendy yang merasa terlebih dahulu sementara Juyeon pula cuma mahu mengambil hati Chanyeol.

Tak semena-mena, bekas tersebut jatuh keatas baju Juyeon. Juyeon tergamam. Telur gulung itu telah mengotorkan bajunya.

"Tengok apa awak dah buat!" Marah Juyeon. Chanyeol menggaru belakang telinganya. Dia mengambil tisu dan cuba mengalihkan telur gulung itu daripada riba Juyeon.

Chanyeol cuba mengelap sos yang terkena baju Juyeon dengan tisu. Kedudukan mereka nampak aneh sekarang kalau dilihat dari belakang. Keduanya memarahi sesama sendiri sampailah bunyi tapak kaki seseorang menghentikan mereka.

...

Wendy menggulingkan bebola matanya setelah masuk ke dalam kereta Sehun. Tapak tangannya dia lap dengan tisu. Geli setelah memegang tangan Sehun. Sehun tergelak.

"Untuk keselamatan dia, Wendy." Ujar Sehun. Wendy berdecit.

"Apa je yang boleh dia buat? Dia bukan boleh baca pun apa yang tertulis dalam tu." Balas Wendy. Matanya fokus pada jalan sahaja.

"Tak kalau dia dari keturunan hunter." Kata Sehun, lagi.

"Hunter? Kau rasa diorang masih hidup ke? Dah beratus tahun–"

"Kita pun beratus tahun sembunyi, Wendy. Tak mustahil mereka pun sama. Dan aku nasihatkan kau supaya berhati-hati. Hunter dan vampire bercinta? Tak mungkin." Sambung Sehun.

Dia membuatkan Wendy terdiam sekarang. Kalau betullah Chanyeol salah satu keturunan pemburu vampire, lelaki itu mungkin boleh membangkitkan keluarganya yang lain dan menyebabkan keluarga vampire dalam bahaya.

"Kau tahu, Wendy? Selama ni aku berusaha sedaya-upaya lindungi kau supaya tak buat benda-benda yang boleh bahayakan kita. Dan sekarang, aku cuai, dan kau dah pun letak nyawa kita dihujung tanduk." Sehun menjeling kearah Wendy dengan pandangan tajam.

"Tak ada siapa minta kau jaga aku. Lagipun, apa je masalah yang boleh Chanyeol bagi pada kita? Dia cuma seorang pencuri. Tak ada keluarga dan hidup merempat. Menumpang dekat rumah aku."

Mata Sehun terbeliak mendengar perkataan terakhir itu. Dia menghentikan keretanya dengan pantas sehingga membuatkan keduanya hampir terbunuh.

"Kau gila ke?!"

"Kau masih tak halau lelaki tu?!"

Keduanya menjerit serentak.

"Dia tak ada tempat nak tinggal!"

"Kalau dia jumpa apa-apa pasal kau macam mana? Wendy kau faham tak rahsia kita ni bahaya. Kau sanggup nak tengok keluarga kau yang lain kena arak macam lembu ke tengah bandar dan dibakar hidup-hidup?" Marah Sehun.

Wendy terkedu. Membayangkan sahaja sudah buatnya perutnya kecut.

"Halau dia sebelum aku yang buat Wendy. Ini amaran pertama dan mungkin yang terakhir aku. Berhenti libatkan diri dengan lelaki tu." Tegas Sehun.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi!"

Sehun mulai menekan pedal minyak menuju ke rumah Wendy. Setibanya disana, mereka berdua masuk ke dalam rumah untuk mencari Chanyeol.

"Chanyeol tu tak macam apa yang kau sangka Sehun. Dia baik."

"Baik selagi dia tak sedar siapa diri dia yang sebenarnya. Tunggulah sampai dia tahu kalau dia keturunan hunter. Kau tengok macam mana dia menggila nanti."

Wendy mengeluh. Dia terpaksa menamatkan permainan kolot ini dengan Chanyeol. Cukuplah Chanyeol sahaja yang tahu tentang dia sebagai vampire. Kalau Juyeon pun tahu sama, Wendy tak jamin Juyeon akan berdiam diri.

Namun, apa yang Wendy dan Sehun lihat sekarang buatkan mereka terkedu. Chanyeol dan Juyeon sedang melakukan sesuatu yang buruk bagi mereka diruang tamu. Anak mata Wendy bergetar.

"Park Chanyeol!" Entah dari mana datangnya kekuatan untuk menjerit ini, Wendy terus lepaskannya.

Chanyeol dan Juyeon terkejut sehingga terbangun. Mereka pucat melihat kedatangan Wendy dan Sehun.

"Wen..Wendy.."

"Aku baru tinggalkan rumah tak sampai beberapa minggu pun dan kau berani buat benda tak senonoh?! Are you fucking nuts, Park Chanyeol?!" Marahnya.

Chanyeol adalah pasangannya. Chanyeol adalah zing-nya. Sampai hati lelaki itu curang dengannya sebegini?

"Wendy ini bukan macam apa yang kau nampak." Jelas Chanyeol tapi dia nampak seolah-olah takut untuk menjelaskannya.

"Keluar dari rumah aku." Kata-kata Wendy seterusnya membuatkan Chanyeol tak berani nak membalas. Mata Wendy seolah-olah berapi sekarang.

"Hello? Ini rumah Chanyeol. Apa hak kau nak halau tuan rumah? Kau tu cuma pembantu je. Mana adab kau ni?" Soal Juyeon, menyampuk.

Pandangan Wendy beralih kepadanya sekarang. Dadanya naik turun.

"Tuan rumah? Haha. Lawaknya. Kau fikir lelaki disebelah kau tu tuan rumah? Naifnya kau Yoon Juyeon. Kalau kau nak tahu, Chanyeol tu sebenarnya seorang pen–"

"Okey! Kitorang keluar. Puas hati kau?" Chanyeol memintas sebelum sempat Wendy membocorkan rahsianya.

Chanyeol mungkin sayang Wendy tapi dia belum bersedia untuk kehilangan Juyeon juga. Chanyeol cuba menarik Juyeon pergi namun gadis itu tak mahu.

"Chanyeol apa? Habiskan ayat kau, Wendy." Arah Juyeon.

"Juyeon. Dah lah tu–"

"Awak diam Park Chanyeol! Wendy! Bagitahu aku apa yang kau nak beritahu tadi!"

Chanyeol memandang Wendy seperti ingin meminta pertolongan namun Wendy tak menghiraukannya. Wendy dah dikaburi dengan perasaan marah dan kecewa. Sementara Juyeon, dia berdebar-debar, ingin tahu apa yang Wendy cuba katakan. Sehun pula tersenyum seperti menikmati drama dihadapannya ini.

"Pencuri. Kekasih kau tu, seorang pencuri yang menumpang dirumah aku untuk dapatkan kau. Chanyeol tu penipu, Juyeon. Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan dia.."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro