Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 22

Chanyeol bangun dari tidurnya hari ini dalam keadaan yang agak penat. Seharian semalam, dia mengemas rumah Wendy untuk menyambut kepulangan gadis itu.

Tak. Wendy tak ada cakap pun yang dia nak balik tapi Chanyeol cuma nak buat persediaan awal. Dia nak pastikan yang semuanya berjalan lancar sahaja. Dia akan memujuk Wendy harini.

Seumur hidup, Chanyeol tak pernah rasa macam ni. Rasa untuk menghargai seseorang. Rasa untuk menyayangi seseorang yang bukan miliknya.

Tidak bahkan dengan Juyeon. Juyeon mungkin cinta pertamanya tapi Wendy, Wendy lain. Lelaki itu masuk ke dalam bilik air dan mencuci muka dengan pantas.

Chanyeol merenung dirinya didalam cermin. Dia terkejut. Cermin tersebut disentuh.

"Kacaknya!" Jeritnya sendiri.

Kagum dengan kehenseman dirinya. Chanyeol ketawa besar sambil membuka bajunya untuk mandi. Tak pernah lagi dia jumpa lelaki sekacaknya. Selepas itu, Chanyeol cepat-cepat menyarung pakaian dan keluar dari bilik.

Dia perlu menyediakan sarapan dan ingin membawanya kepada Wendy. Hajatnya ingin memberi Wendy merasa dahulu masakannya. Senyuman Chanyeol melebar saat melihat keadaan ruang tamu.

Dia dah siap memasang belon dan banner untuk Wendy. Sudah tentu, semuanya menggunakan duit Wendy. Ehek.

Chanyeol mulai memasak omelette dan sandwich sahaja. Dia tak tahu apa makanan yang Wendy suka jadi main terjah sahaja. Asal masak sudah.

Sementara itu, seseorang masuk ke dalam rumah dengan senyap. Langkahnya menuju kearah Chanyeol. Lelaki itu sedang fokus pada omelettenya sehingga tidak sedar siapa yang berada dibelakangnya.

Tangannya melingkar pada pinggang Chanyeol sekarang, membuatkan Chanyeol tersentak.

"Wen—"

"Wanginya sayang.."

Suara perempuan itu membuatkan Chanyeol cepat-cepat melepaskan pelukan.

"Juyeon rupanya." Ujar Chanyeol, nampak kecewa. Tapi dia tak sembunyikan senyumannya. Dia cuba melayan Juyeon sebaik mungkin.

Walau apa pun, Juyeon masih kekasihnya. Chanyeol pula perlu menjadi seorang lelaki budiman. Perlu bersopan dengan perempuan.

"Kenapa awak nampak kecewa je? Awak tunggu siapa?" Soal gadis itu. Chanyeol menggeleng laju. Dia mematikan api dapur dan pergi kearah peti sejuk.

Ingin menyediakan air buat Juyeon.

"Takdelah. Perasaan awak je tu." Balas Chanyeol. Juyeon mendengus kasar.

Hari tu, Chanyeol tak menyapa pun dia lepas nampak apa yang berlaku ditempat pembahagian makanan kepada gelandangan. Juyeon sangka Chanyeol akan datang untuk bertanya tapi lelaki itu berpatah balik. Membuatkan Juyeon akan kesal.

"Awak buat sarapan? Saya rasa—"

"Jangan! Saya masak tak sedap nanti awak keracunan."

Chanyeol menghalang Juyeon daripada merasa masakannya yang dibuat khas untuk Wendy. Lelaki itu merampas chopstick daripada tangan Juyeon. Gadis itu agak terkejut. Sampai jatuh botol air ditangan Chanyeol.

"Hei. Kalau tak sedap pun, takkan sampai saya boleh sakit? Jangan mengarutlah Chanyeol." Balas Juyeon sambil tersenyum lebar.

Juyeon berlalu dan menolong mengutip botol air sejuk yang dijatuhkan oleh Chanyeol. Dengan pantas Chanyeol mencurah garam ke dalam omelettenya tanpa pengetahuan Juyeon.

Gadis itu kembali dan merampas semula chopstick ditangan Chanyeol. Dia tersenyum sinis dan merasa masakan tersebut. Senyumannya pudar.

Juyeon memuntahkan semula telur tersebut ke dalam sinki dan membasuh lidahnya.

"Chanyeol! Awak nak darah tinggi ke apa?!"

'Tengok kau pun dah darah tinggi' Monolog Chanyeol dalam hati.

"Kan saya dah cakap. Saya dah biasa makan macam ni." Balasnya. Juyeon berdecit. Lengan berotot Chanyeol dipeluk.

"Sayang.. saya nak jalan-jalan lagi boleh tak?" Pintanya, manja. Sengaja menyandarkan kepalanya pada dada Chanyeol. Juyeon menolak Chanyeol sehingga bersandar pada kaunter dapur secara paksa.

Misinya bermula.

"Erm. Harini tak boleh. Saya sibuk." Jawabnya.

Juyeon mencebik. Chanyeol menolak Juyeon perlahan dan menutup bekas makanannya dengan segera.

"Awak nak pergi mana? Saya ikut—"

"Tak boleh! Ini...urusan kerja. Lain kali ye?"
Chanyeol mencium dahi Juyeon dan terus berlari keluar dari rumah.

Dia meninggalkan Juyeon bersendirian. Juyeon mengepal penumbuknya. Dia turut sama berjalan pergi namun langkahnya terhenti saat melihat sesuatu diruang tamu. Dia baru perasan sekarang.

Banner 'Welcome Home Wendy' itu tergantung dibawah gambar sebuah istana di dinding. Api cemburu mulai membakar Juyeon.

Juyeon mengambil bantal dan melemparnya kearah banner sehingga membuatkannya terjatuh.

...

"You're selfish!" Marah Wendy pada Sehun. Lelaki itu ketawa jahat. Dia melihat tangannya separas dada. Senyuman sinis terukir.

"Selfish? Aku rasa bukan aku je yang pentingkan diri Wendy. Tapi kau pun sama." Balasnya dan menapak kearah Wendy. Wendy tak berganjak. Dia membalas renungan tajam Sehun.

"Kau biarkan lelaki yang curi lejar emas milik vampire tertinggi dan tak beritahu aku. Itu bukan selfish?" Sambung Sehun.

Wendy mengerutkan dahinya. Curi apa?

"Kau cakap pasal siapa ni?"

Tiada lagi gelaran awak saya pada Sehun.

"Chanyeol. Kau fikir aku tak tahu kau berkomplot dengan pencuri tu? Kau sembunyikan dia dekat rumah kau bukan?"

Mata Wendy membulat. Buat pertama kalinya dia rasa takut. Sehun tersenyum sinis dengan semakin lebar.

Chanyeol curi lejar emas milik vampire dan bukannya duit? Tapi kenapa?

"Oh. Kau pun tak tahu apa yang dia curi rupanya. Atau kau sengaja pura-pura tak tahu? Wendy, Wendy. Kau tahu lejar tu ada rahsia kita sejak berkurun lamanya, bukan? Jatuh pada tangan yang salah, bukan kau je yang akan dibakar."

Wendy meremas baju kotnya. Dia menggigit pipi dalamnya. Chanyeol ni kan! Nak curi pun curi lah barang yang tak penting!

Lejar tersebut memiliki semua maklumat tentang bilangan, tempat, dan biodata manusia yang telah ditukarkan kepada makhluk penghisap darah. Bahkan terisi maklumat bagaimana untuk mengembalikan ingatan vampire supaya mereka tak terikat lagi dengan ketua vampire, dimana mereka akan menerima kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Tapi tak ada yang tahu tentang ini. Ianya disembunyikan demi kepentingan ketua vampire. Cuma Sehun dan orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

Yang mereka tahu, lejar emas itu berharga dan tidak boleh terlepas dari bilik rahsia.

"Saya tak faham maksud awak. Maafkan saya, saya perlu pergi dulu—"

Wendy menolak badan Sehun dengan kuat. Dengan pantas Sehun menggenggam pergelangan tangannya.

"Jauhkan diri dari pencuri tu dan dia akan selamat. Kau tahu apa yang aku boleh buat." Ugut Sehun. Anak matanya berubah merah. Cuba untuk memukau Wendy.

Wendy tersenyum sinis. Pegangan tangan itu direntap olehnya.

"Sentuh Chanyeol, dan aku akan pisahkan kepala kau dari badan kau."

Pukauan Sehun kepada Wendy tak akan menjadi lagi. Dengan adanya zing, vampire akan dilindungi.

Malang bagi Sehun, Wendy dah menemui pelindungnya.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro