Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 20

Seperti yang dijanjikan, Wendy dan Chanyeol keluar bersama-sama sewaktu makan tengahari. Lelaki itu membawa Wendy ke pusat bandar untuk menikmati Starbucks.

Pastinya, Wendy yang bayar.

Chanyeol memakai hoodie berwarna blueblack sekarang. Rambut blondenya pula sedikit kusut. Membuatkan dia kelihatan seperti badboy. Seluarnya pula terkoyak pada lutut. Fesyen katanya.

Cakap jelah tak ada duit nak beli seluar. Hek eleh.

"Err...Nak order air yang ada ekor ikan duyung tu." Ujar Chanyeol dengan tak malunya. Wendy menahan dirinya daripada tergelak.

"Apa?" Soal Chanyeol. Wendy menggeleng kecil.

"Nama?" Soal barista.

"Chanyeol. Wendy."

Mereka keluar dari barisan dan menunggu disalah satu tempat duduk. Wendy mengikat rambutnya sambil diperhati oleh Chanyeol. Tak Chanyeol nafikan, Wendy memang pucat lebih daripada manusia biasa.

Putihnya seperti kertas A4. Menakutkan. Tapi bibir pink itu menyelamatkan gadis itu. Tak sedar, Chanyeol sebenarnya sedang memerhati bibir Wendy.

"Chanyeol! Wendy!"

Nama mereka dipanggil. Chanyeol bergegas mengambil pesanan dan membawanya kepada Wendy. Dia berkerut seketika membaca nama yang ditulis pada cawannya.

"Chanyul? Asal nama aku je salah eja? Dia ni nak kena-" Baru sahaja Chanyeol nak mengadu, Wendy menarik semula tangannya.

"Chan. Itu strategi jelah. Biarkan lah. Kan dah dapat air tu." Pujuk Wendy, menenangkan Chanyeol.

Dia menarik Chanyeol keluar dari sana sebelum lelaki itu bertindak menggila. Sebaik sahaja keluar, Chanyeol membawa Wendy membeli gula-gula kapas. Makan apa jelah mereka waktu tengahari macam ni. Haih.

Chanyeol dan Wendy, keduanya duduk ditengah taman sambil memerhati manusia yang sedang lalu lalang disana.
Wendy nampaknya gembira menikmati makanannya.

"Wen.." Panggil Chanyeol. Wendy menoleh.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?" Soal Chanyeol. Wendy mengangguk.

"Waktu dekat rumah, aku perasan sesuatu dalam frame gambar kau."

"Hurm? Perasan apa? Saya dah nampak tua?" Wendy memegang wajahnya dengan cemas. Chanyeol menggeleng dan mengalihkan tangan gadis itu. Tak mahu terhalang daripada melihat wajah cantik Wendy.

"Bukanlah."

"Fuh. Nasib baik. Sambung sambung." Ujar Wendy, lega.

"Aku perasan dekat bawah gambar kau, ada nombor bertaip 27 November. Semuanya sama. Boleh aku tahu, itu tarikh apa?"

Wendy meneguk minumannya sebentar. Dia memandang kearah jalan sambil tersenyum.

"Itu tarikh saya mati." Balasnya, tenang.

Chanyeol terbeliak. Baru dia nak meminta maaf, Wendy memotongnya.

"Dan itu juga tarikh saya hidup semula." Sambungnya. Wendy masih nampak ceria.

"Awak tahu, Chan? Bila vampire mati, mereka tak ingat langsung kisah lama mereka. Mereka guna identiti baru dan sebagainya. Cuma tarikh itu sahaja yang saya ingat. Tarikh yang mana saya tetapkan sebagai hari jadi tanpa tahu sebab yang jelas." Wendy menunduk, menikmati cotton candy.

"Vampire percaya, tarikh hari jadi tu ada kaitan kuat dengan peristiwa kematian mereka. Sebab itulah, itu tarikh yang paling dibenci oleh kami."

"Maaf.." Ujar Chanyeol, perlahan. Wendy ketawa.

"Tak apa. Awak cuma nak tahu je." Wendy menepuk bahu Chanyeol perlahan.

"Hari jadi aku.. 27 November jugak." Kata Chanyeol lagi. Mata Wendy membesar. Dia nampak teruja.

"Betul? Hari jadi awak 27 November?!" Soalnya dan menjerit kecil. Chanyeol mengangguk.

"Tapi tak penting kot-"

"Kalau macam tu saya akan suka hari tu!"

"Huh?"

"Itu hari jadi awak! Hari jadi saya! Hari jadi kita! Kenalah sambut!" Ujar Wendy, gembira sambil bertepuk tangan.

"Wen, itukan hari-"

"Saya dah ubah fikiran. Saya tak jadi lah nak benci." Wendy tersengih dengan lebar membuatkan Chanyeol tertawa.

"Kau ni peliklah. Tapi comel."

"Sa-saya comel?" Pipi Wendy menjadi merah. Chanyeol yang sedar dengan kata-katanya terus meluku dahi Wendy.

"Aku tak puji ye. Jangan perasan. Juyeon lagi comel dari kau."

...

Wendy melambai kearah Chanyeol yang kini sedang melintas jalan pergi selepas menghantarnya semula ke hospital. Dia tersenyum pendek, masih teringat kata-kata Chanyeol tadi.

Juyeon lagi comel.

Juyeon lagi comel.

Hmm.

Wendy sakit hati lagi. Semenjak dua menjak, makin menjadi-jadi pula. Sifat cemburunya semakin kuat. Tapi dia tak berani nak buat kesimpulan awal-awal.

Wendy baru sahaja ingin masuk ke dalam hospital sebelum dia terdengar bunyi brek mengejut dibelakangnya. Saat dia menoleh, dia nampak Chanyeol yang sedang meminta maaf kepada pemandu van.

Wajah Wendy pucat. Dia ternampak flashback malam kejadian dia ditikam itu. Chanyeol menoleh kearahnya dengan senyuman gelisah.

Jantung Wendy berdegup kencang sekarang. Matanya bergetar.

Wajah Chanyeol.

Dia macam pernah nampak wajah Chanyeol.

Kakinya menggeletar kuat sekarang. Wendy hampir terjatuh. Dia memusingkan tubuh dan terus masuk ke dalam bangunan hospital. Gadis itu berlari kearah tandas.

Mengurung dirinya disana sebentar sementara waktu makan tengahari masih belum tamat. Wendy berpeluh.

Dia nampak lagi waktu dirinya dibawa ke hospital oleh seseorang. Dia nampak lagi bagaimana vampire menyerang doktor-doktor yang cuba untuk membunuhnya.

"Tak.. tak mungkin.." Gumam Wendy perlahan. Wendy menggigit bibirnya kuat sehingga tak sengaja mencederakan dirinya.

"Tolonglah.. bukan dia.."

...

Juyeon mendengus kasar sebaik sahaja pulang ke rumah. Pintu rumah ditutup dengan kasar sehingga mampu merobohkan rumah mereka.

"Juyeon.. Kamu ni kenapa? Balik marah-marah macam ni!" Ujar Puan Yoon, geram.

Juyeon menjerit dan melempar bantal-bantal ke sekelilingnya. Dia menghentak kaki beberapa kali dan akhirnya terduduk.

"OMMA!! APPA!! CHANYEOL CURANG!!" Bentaknya.

Tuan dan Puan Yoon terkejut. Mereka terus berlari kearah Juyeon dan duduk bersimpuh dihadapan anak gadis mereka itu.

"Jangan main-main. Takkanlah dia nak curang dengan anak appa yang secantik Miss Korea ni?" Soal Tuan Yoon.

Juyeon menjelingnya tajam.

"APPA DIAMLAH! DIA KELUAR DENGAN PEREMPUAN MANA ENTAH DEKAT TENGAH BANDAR! TAK GUNA BETUL LAH!" Marah Juyeon lagi.

Dia menyepak-nyepak paha Tuan Yoon dengan kuat. Juyeon terbaring sambil menghentak lantai dan mula merengek.

Tuan dan Puan Yoon memandang satu sama lain.

"Yakin ke?"

"YAKINLAH!!"

"Pasti?"

"PASTILAH!!"

"Are you sure?"

"APPA DENGAN OMMA JANGAN MAIN-MAIN BOLEH TAK?! JUYEON TENGAH SAKIT HATI NI!!" Jerit Juyeon, hampir histeria.

Tuan dan Puan Yoon terus meminta maaf, seperti hamba.

"Habistu kamu nak buat apa ni?" Tanya Puan Yoon.

"Tak tahu lagi.." Balas Juyeon, masih dengan renungan tajamnya.

"Fikir cepat, Juyeon! Jangan sampai Chanyeol terlepas! Kalau kamu sanggup, kamu buat supaya dia tak boleh tolak kamu lagi!" Ujar Tuan Yoon pula. Juyeon mengerutkan dahi.

"Maksud appa? Yang tu?"

Tuan Yoon mengangguk sementara Puan Yoon terkejut.

"Awak! Takkan nak suruh anak kita-"

"Kalau dia tak buat, pada siapa lagi Chanyeol akan turunkan harta tu? Fikir sayang."

Juyeon termangu seketika. Perutnya disentuh. Kedua ibu bapanya dipandang.

"Patut ke.."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro