Part 2
Seorang lelaki berlari dengan sepantas kilat sambil membawa beg dibelakangnya dengan kemas. Lima orang pegawai polis mengejarnya meskipun penglihatan mereka terhad disebabkan keadaan gelap.
"Pencuri! Berhenti!" jerit mereka.
Lelaki itu, Park Chanyeol tersenyum sinis mendengar jeritan tak bermaya tersebut. Dia berhenti seketika untuk mencari jalan melarikan diri.
Beg berharganya dipegang dengan kemas. Dia tak boleh hilangkannya kali ini. Peluhnya dilap.
Chanyeol menyasarkan sebuah rumah dihadapan sana. Pihak polis semakin dekat dengannya. Chanyeol berlari dan memanjat tembok rumah yang kosong dan tidak mempunyai duri-duri tajam diatasya.
Sebaik sahaja berjaya naik, Chanyeol terkejut saat melihat wajah seorang gadis yang tersembul keluar dari sebelah sana.
Tangannya yang berpegang pada tembok terlepas sehingga menyebabkan keduanya terjatuh. Beg Chanyeol terlepas begitu juga dengan kucing mati ditangan si gadis.
Chanyeol dan gadis itu bertentangan mata. Mulutnya segera ditekup. Pegawai polis sedang melalui rumah yang dia cerobohi itu.
"Senyap kalau kau nak hidup!" ugut Chanyeol.
Gadis itu menurut sahaja. Dia leka merenung wajah Chanyeol sekarang. Memandangkan dia vampire, dia boleh nampak jelas wajah Chanyeol walaupun keadaan gelap-gelita.
Chanyeol menunggu keadaan menjadi hening supaya dapat melarikan diri.
Dia ternampak bangkai kucing yang berada berdekatan dengan begnya. Gadis itu pula dipandang.
Tangannya terasa aneh. Macam ada sesuatu tajam saja pada mulut gadis ini. Chanyeol mengalihkan tangannya daripada mulut gadis itu.
"Wargh!"
Chanyeol terkejut saat melihat gigi taring pada Wendy. Dia mengesot menjauhi gadis tersebut. Yang dia lihat sekarang ni, vampire ke?
"Jangan takut! Saya tak akan makan awak. Saya dah kenyang!" jelas Wendy. Chanyeol terkebil-kebil memandang Wendy.
Macam mana raksasa ni boleh bercakap dalam bahasa manusia?
"Awak ke pencuri yang diorang cari tu?" soal Wendy.
Chanyeol mengangguk perlahan. Dia yang sedang menyandar pada tembok tidak berani untuk mendekati Wendy.
Gadis vampire itu mengambil beg milik Chanyeol yang berada disebelah bangkai kucing yang dia makan tadi. Lantas beg tersebut diserahkan kepada Chanyeol.
"Kalau awak pulangkan beg ni pada tuannya, saya tak akan bagitahu pada polis," ujar Wendy.
Chanyeol terus merampas begnya dari tangan Wendy.
"Kau siapa nak arah-arah aku? Takde! Ni barang aku!" tegas Chanyeol.
"Tapi awak pencuri! Baik awak serahkan kalau tak nak masuk penjara,"
"Kau pulak raksasa! Kalau kau bagitahu polis, kau pun akan ditangkap."
"Kenapa pulak saya ikut sekali?"
Chanyeol mendekati Wendy dan menunjuk kearah gigi taring tersebut.
"Manusia takut pada makluk ngeri macam kau ni. Aku kalau masuk penjara pun, esok lusa dah boleh bebas. Tapi kau? Esok lusa kena bakar," jelas Chanyeol.
Bunyi siren polis kembali bising dikawasan kejiranan tersebut. Pihak polis sedang berkawal berhampiran mereka sekarang.
Wendy terdiam saat mendengar kata-kata Chanyeol. Sepanjang dia hidup disekeliling manusia pun, ketuanya selalu menasihatkan agar tak muncul sebagai vampire dihadapan manusia.
Chanyeol mencarut. Dia mengintai disebalik tembok dan melihat beberapa pihak polis yang sedang mencarinya. Mereka turut sama memanjat tembok disetiap rumah.
"Tak reti nak mengalah ke orang-orang tua tu?!" umpat Chanyeol.
Dia menoleh kearah Wendy yang sedang bengong seketika.
"Kau! Bawak aku keluar dari sini kalau kau masih nak hidup!" arah Chanyeol. Wendy tersentak.
"Bukan saya ke yang patut cakap macam tu pada awak?"
"Aku serius ni! Kalau kita kena tangkap, kita berdua mati! Tak, kau je yang mati tapi tetap masuk penjara. Apa-apa jelah, cepat lah guna kuasa kau!"
Wendy termangu mendengar penjelasan Chanyeol. Dia berfikir sebentar.
"Apa saya dapat kalau selamatkan awak?"
"Nyawa kau,"
"Hm. Walapun tak berbaloi sebab saya memang dah mati, tapi jomlah." ajak Wendy. Dia tahu jalan keluar untuk mengelak daripada bertembung dengan polis.
Chanyeol mengekorinya.
...
Rumah besar yang berada ditengah-tengah kawasan kejiranan itu dipandang kagum. Jadi inilah rumah milik Wendy.
Orang kaya lah ni. Wendy membawa Chanyeol masuk melalui pintu belakang supaya tiada sesiapa yang melihat mereka.
"Masuklah, buat macam rumah sendiri--"
Belum sempat apa-apa, Chanyeol sudah pun mendaratkan tubuhnya diatas sofa milik Wendy. Buat macam rumah sendiri betul-betul ni.
Wendy duduk dihadapan Chanyeol memerhati lelaki kacak itu.
"Betul ke awak ni pencuri? Macam tak boleh percaya je?" soal Wendy.
Yelah, mana ada pencuri sekacak ini. Chanyeol mengangguk mendengar soalan Wendy.
"Asal?" soalnya lagi.
"Muka awak macam anak CEO syarikat ternama je. Saya tak percaya lah," jawab Wendy.
"Habistu kau? Betul ke vampire?" tanya Chanyeol.
"Iya,"
"Kau buat apa? Kalau siang-siang kau tido dekat bawah tanah macam dalam movie eh? Malam kau merayau cari makanan?"
"Tak lah. Saya doktor. Tapi baru je kena pecat. Eh, bukannya pecat tapi saya ambil cuti," jelas Wendy.
Chanyeol mengorek telinganya sambil mendengar Wendy bercakap. Kemudian, tahi telinganya ditiup-tiup dan tangannya dilap pada sofa Wendy. Tak ada adab punya pencuri kacak.
"Kalau kau vampire, asal kau tak hisap je darah aku dari tadi?"
"Saya dah dilatih supaya tahan diri daripada minum darah manusia. Sebenarnya, kami vampire dah lama tak buat kerja macam tu."
Chanyeol memandang Wendy dengan pandangan datar. Poker face. Macam mengarut sahaja dengar kata-kata Wendy itu.
"Kau ni vampire ke dungu? Manusia makanan vampire. Patutnya korang makan kitorang. Yang korang buat berlainan tu kenapa? Gila eh? Ibarat manusia yang mengelak nak makan daging sebab katanya fish is friend not food dan habiskan hidup makan rumput!"
Rumput yang dia maksudkan adalah sayur. Chanyeol benci sayur.
"Mana ada dungu! Kitorang cuba untuk jadi kawan kepada manusia," ujar Wendy lagi.
"Heh! Serius lah makhluk macam kau ni, macam ni?! Mana ada singa yang berkawan dengan rusa!"
"Tapi dalam Lion King--"
"Itu kan cerita kartun?!"
"Yang awak nak marah saya sebab tak hisap darah manusia ni kenapa? Nak sangat ke saya hisap darah awak? Awak ni bukan pencuri pun kan? Tak mungkin awak ni pencuri! Mana ada pencuri kacak macam ni! Mengaku yang awak ni sebenarnya anak orang kaya yang tak tahan jadi kaya dan nak cuba jadi miskin kan?!"
Chanyeol menepuk dahinya.
"Kan aku dah cakap aku ni pencuri! Pencuri!! Patutlah kena buang kerja! Tak faham bahasa rupanya!"
"Hei, jaga mulut awak pencuri kacak!"
to be continued
rasa macam nak update dua hari sekali je ff ni supaya tak bertindan dgn rich man poor girl tu..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro