Part 18
Wendy sekarang sedang berkumpul bersama rakan-rakan dan senior-seniornya untuk makan malam. Mereka bekerja lewat malam hari ini. Para vampire berkumpul bersama setelah begitu lama tidak menikmati darah segar.
Doktor Yuta memandang rakan-rakan seperjuangan yang berada dihadapannya.
"Korang pernah dengar tak pasal vampire jadi gila sebab tolak zing?" tanya Yuta.
Beberapa orang vampire mulai tertarik begitu juga dengan Wendy.
"Ada ke?"
"Ada. Mak aku cakap---"
"Asyik mak kau je. Takde orang lain ke?"
"Nak dengar ke tak nak?"
"Nak nak!"
"Mak aku pernah cerita dulu, kawan dia hampir jadi gila sebab nak tolak zing. Kau pun tahu kita zing sekali seumur hidup je. Kawan mak aku tak nak sebab lelaki tu suka orang lain. Dia tak nak sakitkan hati lelaki tu."
Wendy mengelamun saat mendengar cerita Yuta. Dia pun, boleh jadi gila ke?
"Kawan mak kau ni semuanya memang bermasalah eh?" Sindir Sehun.
Mana tidaknya, hampir kesemua kisah vampire yang menjadi teladan buruk merupakan kawan mak kepada Yuta.
"Analogi je.." balas Yuta. Sehun menggeleng perlahan. Yuta memang suka bergosip.
"Eh Wendy. Kau ada roommate eh sekarang?" soal Yuta kepada Wendy yang sedang menunduk menikmati makanannya.
"Huh?"
"Aku ada nampak lelaki keluar masuk rumah kau. Roommate baru ke? Dia kerja apa?"
Wendy tersentak. Rakan sekerjanya semua memandang Wendy. Tak mungkinlah Yuta nampak Chanyeol. Sehun yang sudah pun cemburu berpura-pura tak mendengar walaupun dia sendiri terkejut.
Wendy mana pernah bawa lelaki ke rumah selama dia perhatikan gadis itu.
"Bukanlah. Itu.. tukang paip je.." jawab Wendy sambil tersenyum kekok. Yuta nampaknya tak berpuas hati dengan jawapan Wendy.
Baru dia nak membantah, Sehun terus mencelah.
"Makan jelah. Jangan sibuk pasal hal orang." arah Sehun.
"Lain macam kau, Hun? Tiba-tiba sokong Wendy ni?"
"Dia junior aku. Jadi kenapa?"
"Erm, senior. Saya nak tanya boleh?"
Wendy menghentikan pergaduhan kecil antara Yuta dan Sehun.
"Tanyalah."
"Cerita tu.. betul ke?"
"Zing tu ke?"
Wendy mengangguk.
"Takdelah. Rekaan je tu. Tapi aku pun tak pasti. Entahlah."
"Habistu yang kau sebar tu kenapa?" Sehun marah lagi.
"Kan cerita je! Siapa je yang akan percaya?!"
...
Chanyeol sekarang sedang berada dirumah keluarga Juyeon. Mereka menjemputnya untuk datang makan malam bersama.
Sedang dia menikmati makanan, ayah Juyeon bersuara.
"Pembantu kamu tak ikut ke?" soalnya.
Chanyeol mendongak seraya menggeleng.
"Kenapa?"
"Bukan apa. Abeoji takut dengan dia."
"Takut kenapa?"
Keluarga Juyeon senyap. Mereka nampak gelisah. Ini membuatkan Chanyeol tertanya-tanya.
"Abeoji.. Kenapa ni?"
"Haih. Pembantu kamu tu ugut abeoji." jelasnya.
"Dia datang marah-marah haritu. Omma takut sangat, Chanyeol."
Chanyeol terkejut mendengarnya. Biar betul Wendy buat semua tu? Tapi untuk apa?
"Nasib baik kamu dah pecat dia. Lega sikit abeoji rasa.." ujar Encik Yoon lagi.
Chanyeol terkedu. Kenapa keluarga Juyeon tak habis-habis memburukkan nama Wendy ni? Tak tahan dengan hinaan yang diterima kepada Wendy, dia terus bangun dan meminta diri untuk pergi. Katanya ada urusan penting di pejabat.
Chanyeol memandu pulang ke rumah sepantas mungkin. Dia tak habis fikir lagi dengan keluarga Juyeon. Seolah-olah Wendy terlalu jahat disini. Padahal gadis itu terlalu elegan untuk berkelakuan seperti ini.
Wendy tu dungu. Macam mana dia boleh marah orang?
"Dia kata dia doktor kan?" gumam Chanyeol perlahan.
Dia memandu ke sebuah hospital besar berdekatan dengan rumah Wendy. Hanya dari hospital itu sahaja Wendy mampu pulang dengan berjalan kaki.
Hospital Universiti Konkuk.
Chanyeol memarkirkan keretanya dan terus mencari Wendy. Dia perlukan penjelasan. Dia bertanya kepada jururawat-jururawat disana samaada mereka mengenali Wendy atau tidak.
"Dekat sini ada ramai doktor, encik. Boleh saya tahu doktor dibahagian mana?"
Chanyeol buntu. Wendy tak ada sebut pula dia doktor apa. Doktor sakit jiwa kot.
"Chanyeol?"
Suara Wendy mengalihkan perhatian Chanyeol. Gadis itu terkebil-kebil memandangnya. Dia lengkap berpakaian seperti seorang doktor dengan steteskop dileher.
Wendy nampaknya sedang dalam perjalanan ke wad kecemasan. Mereka bertatapan buat seketika.
Tak semena-mena, Chanyeol menarik tangan Wendy jauh dari orang ramai. Wendy menuruti sahaja langkah lelaki itu.
Sampai ditepi tingkap, Chanyeol melepaskan pegangan.
"Boleh kau explain?" soal Chanyeol. He's dying to know the truth.
"Apa? Ouh. Ini ke? Maaflah. Saya tengah kerja sekarang. Sibuk sikit dengan pesakit." jelas gadis itu. Dia masih mampu menayangkan senyuman walaupun telah dihalau oleh Juyeon tempoh hari.
Chanyeol jadi tak yakin dengan apa yang keluarga Juyeon katakan tentang Wendy.
"Betul-betul sibuk?"
Wendy mengangguk.
"Iya. Tak sempat tidur pun lagi ni." jelasnya lagi.
Chanyeol terpandang hujung jari Wendy yang sedikit luka. Dia menarik tangan gadis itu dan meniliknya.
"Haish. Kau dah makan?" soal Chanyeol tapi masih belum melepaskan pegangan pada tangan Wendy. Wendy mengangguk.
"Kita pergi makan."
"Chanyeol saya tak tipulah. Baru je lepas makan tadi--"
"Aku tahu aku tak layak. Aku cuma menumpang dekat rumah kau. Aku pencuri je. Tapi biar aku buat baik dengan kau. Walaupun nanti aku bayar guna kad kredit kau jugak."
Wendy tersenyum pendek. Mereka menuju ke kafeteria sekarang.
Wendy merenung Chanyeol dalam diam. Ini ke yang orang kata angau? Chanyeol macam sedang memancarkan cahaya disekelilingnya sekarang.
"Aku nak kau balik duduk rumah. Itu rumah kau, bukan rumah aku. Kenapa kau yang kena keluar?" pinta Chanyeol.
Wendy tersedar dari lamunannya.
"Tak apa. Awak guna je dulu rumah tu. Kan awak tengah pikat Juyeon. Nanti rosaklah plan kita." Tolak Wendy. Chanyeol mengeluh perlahan.
"Kau duduk mana sekarang?"
"Rumah Sehun."
"Serius?"
"Iya. Dia benarkan duduk sana selama mana yang saya nak."
"Jadi kau dah suka dia?"
"Apa kaitannya?"
"Sebab pipi kau tengah blushing sekarang."
Wendy menyentuh pipinya yang sedang panas. Ianya merah berona. Sebelum ni tak ada pun macam ni. Kenapa bila dia dengan Chanyeol je, mesti dia rasa macam cacing kepanasan? Tak senang duduk.
"Saya...Saya panas jelah. Belum mandi." dalihnya.
"Macam tak boleh percaya je kau ni."
"Betullah. Kenapa awak suka sangat meragui saya eh?"
"Sebab muka kau ni tak macam boleh menipu pun."
"Nak menipu pun kena ada jenis rupa eh? Macam rupa awak? Gitu?"
Chanyeol terasa. Dia terdiam.
Memang kenyataannya, Chanyeol seorang penipu.
to be continued
enjoy it 💙 vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro