Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 17

Sebelum tu nak kasitau, Kim tunggu chapter ni dapat 20+ votes baru Kim update eh. Bye.

Wendy masuk ke dalam bilik pembedahan setelah mencuci tangannya dengan sabun khas. Pesakit lelaki yang telah diberikan bius itu memandangnya. Lelaki itu masih ketakutan.

"Aku.. tak.. nak.. dia.."

Kepala Wendy pening. Perasaan takut itu datang kembali. Dia mendekati pesakit yang sedang perlahan-lahan tidur itu.

Nafasnya tak teratur sekarang. Wendy nampak lagi bayangan sewaktu dia menjadi manusia dulu.

Ada seseorang dilanggar betul-betul dihadapannya. Badan manusia itu melambung sehingga terjatuh ke kakinya. Ada seorang lelaki keluar dari kereta sambil membawa pisau.

Dia sama terkejut saat melihat Wendy yang berada disana. Wendy kaku sehingga tidak dapat bergerak. Dia terlalu takut sampai tak dapat berfikir secara waras.

Entah bila, pisau ditangan pembunuh itu telah mendarat di perutnya. Wendy mengalirkan air mata tanpa dia sedar, tapi tanpa esakan.

Dia terjatuh.

Apa yang Wendy ingat, dirinya dibawa ke hospital selepas itu. Mayat lelaki itu diletakkan disebelahnya.

Doktor masuk sambil berbincang sesuatu yang Wendy tak fahami. Mereka merenungnya setelah puas berbincang.

Wendy nampak bagaimana doktor-doktor itu mengeluarkan organ-organ mayat lelaki disebelahnya. Doktor-doktor itu mulai beralih padanya. Tapi dia tak dapat bergerak untuk meminta tolong.

Pisau bedah mulai membelah perutnya. Wendy tak berdaya lagi.

Tak semena-mena, bilik bedah diceroboh oleh sekumpulan manusia aneh. Mereka membunuh para doktor yang sedang melakukan kerja haram mereka. Yang Wendy nampak lagi, seorang lelaki datang menyelamatkan dia.

Dia yang mengubah Wendy menjadi vampire sekarang.

"Doktor Wendy!" suara jururawat mengejutkan Wendy. Gadis itu nampak blur.

"Doktor boleh ke ni? Saya boleh panggilkan doktor lain--"

Wendy takut dengan pisau bedah. Matanya bergetar. Tangannya dikepal.

"Tak apa. Saya boleh." Wendy menghalang.

Dia mengelap tangannya dan memakai sarung tangan. Skalpel diambil. Selepas bertenang, Wendy mulai mendekati pesakit tersebut.

'Son Wendy.. Kau boleh..'

Wendy mulai membelah perut lelaki tersebut.

...

Wendy berlari keluar dari bilik pembedahan dengan pantas. Dia muntah didalam tandas sekarang. Mask dan penutup kepala dibuang.

Wendy tak dapat gambarkan perasaannya sekarang. Dia menangis. Dia membasuh mukanya dengan perasaan terharu.

Pembedahannya berjalan lancar setelah sekian lama. Mereka hanya perlu menunggu pesakit itu sedar dari kesan bius sahaja.

Dia membiarkan air didalam sinki bertakung dan kemudiannya menyelamkan wajahnya ke dalam sana. Wendy teringat imbasan tadi.

Yang anehnya, Wendy rasa dia kenal dengan lelaki yang dilanggar itu. Tapi siapa?

Wendy muntah sekali lagi.

...


Wendy sekarang berada di pejabat Sehun. Dia ada sesuatu untuk ditanyakan.

"Ketua tahu tak pasal kematian saya?" soalnya, tiba-tiba.

Sehun merenungnya, lama. Kenapa Wendy tiba-tiba berminat dengan kisah hidupnya sendiri ni? Selalunya vampire tak berapa peduli pun dengan zaman manusia mereka.

"Tak tahu. Kenapa?"

"Ah. Ye ke? Sikit pun tak tahu?"

"Tak."

Wendy kecewa. Dia ingatkan Sehun adalah tahu sikit-sikit memandangkan lelaki itu seniornya.

"Ada masalah ke?"

"Tak apalah. Saya keluar dulu." Wendy tak menjawab soalan Sehun. Dia terus keluar tanpa menunggu Sehun meneruskan ayat seterusnya.

Lelaki itu berkerut seribu. Kening tajamnya hampir bertaut.

"Dia dah mula ingat ke?"

...


Chanyeol membersihkan rumah Wendy sementara Juyeon tidak menganggunya hari ini. Dah lama rumah Wendy dibiarkan bersepah.

Saat sedang mengemas, Chanyeol terjumpa sampul surat yang terselit dibelakang rak buku berdekatan televisyen.

Dia mencangkung dan mengambilnya seraya dibaca. Mata Chanyeol terbeliak saat membaca isi kandungannya. Dia terus duduk diatas kerusi sambil membacanya.

Chanyeol rasa tertarik.

Surat tersebut disimpan olehnya didalam biliknya. Bilik Wendy dituju. Dia cuba untuk membuka pintu bilik tapi tidak berjaya.

Chanyeol cuba untuk mencungkilnya dengan pencungkil nipis tapi tetap tak berjaya. Apa yang Wendy, si vampire sembunyikan?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro